Assalamualaikum...
Awal pagi kami meninggalkan apartment Laugarvtan untuk meneruskan program lawatan kami di bumi ICELAND .. Pencarian satu lagi air terjun yg cantik . Kali ini kita melihat air terjun dari aras yg lebih tinggi.
GULLFOSS
Air terjun Gullfoss terletak kawasan Canyon Olfusa river terletak di bahagian south west ICELAND. Air terjun setinggi 32m ini menjadi salah satu air terjun tercantik yang menjadi daya tarikan pelancong.
Kali ini kami berpeluang melihat air terjun dari atas yg lebih tinggi . Ada kawasan yg air nya dah beku tapi sebahagian besar nya masih mengalir... satu pemandangan yg mepesonakan.. Masa kami sampai masih awal pagi.. makna nya masih sejuk mencengkam. tapi bila kami sampai dah ada yg sampai lebih awal.. hehe.. mungkin juga mereka duduk berhampiran kawasan air terjun ni.
mendengar deruan air yang jatuh setinggi 32m ke sungai di bawah canyon sangat mengasyikkan.. dan mendamaikan..
Biar sejuk mencengkam jari jemari. namum peluang utk berselfie tidak di persia siakan hehe. Ada satu couple mat salleh minta tolong ambilkan gambar dia.. tapi hp yg dia guna abah touch tapi tak mau klik bila pakai glove, terpaksa lah buka glove sekejap nak tangkap gambar.. Dua tiga kali dia ucap terima kasih kerana abah sanggup bersejuk2 utk tangkap gambar dia hehe.. dah terpaksa hehe..
Tempat meninjau air terjun di tandakan had nya dengan dawai besi dan di letak juga tanda amaran jangan melintas melebihi kawasan yg di benarkan. Kalau jatuh ke bawah sana assalamualaikum lah jawab nya.. ada juga terbaca kes kes di mana pelancong jatuh ke dalam gaung akibat dari kecuaian sendiri dan tidak mendahulukan keselamatan diri . agaknya teruja sangat nak berselfie di tempat2 yg extrem.
ini saja nak tunjuk kereta yg gedabak besar tu.. ada duakali ganda kot saiz kereta biasa.. ada banyak kereta jenis ni.. kereta ni kalau berjalan di atas salji tebal ke atas ais ke selamba je kot..
orang ambik gambar air terjun mak nak ambil gambar awan hehe
awan ni kot hehe
BRUAFOSS
Dah puas bergambar di Gulfoss kami meneruskan perjalanan utk mencari satu lagi air terjun. Biasa lah pencarian kami di bantu oleh pakcik google yg menunjukkan arah di mana air terjun ini terletak. Kawasan air terjun Bruafoss ni penuh di selubungi salji dan ais yg tebal. Untak sampai ke kawasan air terjun perlu berjalan kaki , takut juga kereta sangkut dalam salji tebal tu.. risau pulak nak meneruskan perjalanan.. tapi dah tak jauh pun.
di mana mana salji tebal
terdapat banyak rumah tumpangan di sini.. dan ada yg menyewa kot kebanyakkan rumah ada nampak kereta.. abah tumpang ambil gambar je lah
tapi abah dan mak tak ikut berjalan mencari air terjun ni.. cuba juga berjalan atas salji dan ais tu tapi setiap kali melangkah terasa nak jatuh. so kami tunggu dalam kereta je lah . Satu ketika dulu pernah jatuh dan merana berbulan bulan itu yg jaga sangat tu kawasan yg berisiko abah cuba elakkan.. Tak pasal pasal jatuh nanti.. tunggu lapuran je lah.
Ini lah air terjun yg abah dan mak tak dapat tengok sendiri, tengok gambar je lah.. walaupun air terjun ni tidak besar tapi ia tetap cantik dan menarik . kalau baca apa yg orang lain tulis kata nya air terjun yg tersembunyi.
ini matahari baru nak kluar.. malu2 lagi.
KERID
Kerid merupakan kawah gunung berapi terletak di daerah Grimsnes bahagian selatan ICELAND . Mempunyai kawah se dalam 55m dan se lebar 170m tasik yg terbentuk di dalam kawah ini sedalam 7-14 meter bergantung kepada air hujan. Baru tau kawah gunung berapi yg berusia 3000 tahun ni terletak di atas persendirian. patut la nak masuk sini kena bayar hehe.. cuma kat sini tak di sediakan tandas utk kemudahan orang awam. Kena sabar je lah hehe
Kerid ini terletak di kawasan tanah tinggi, namapun kawah gunung berapi kan mesti lah di kawasan tinggi, tapi jangan bimbang anda tak perlu mendaki gunung utk sampai sini. Hiway lalu kat sebelah je ada tempat letak kereta yg luas dan ada pondok bayaran sebelum boleh masuk. Sebenar nya boleh je jalan turun ke kawah tu sampai ke gigi air.. cuma kena hati2 la.. silap2 masuk terus dalam tasik hehe..
ni abah berdiri atas bangku konon nak nampak jelas tapi semua orang jadi kontot hehe
masa kat sini angin sangat kencang..
berselubung di buat nya
tu dah warning licin dia tak kata tak boleh turun tapi sila berhati2..
Bila angin sangat kuat.. nak selfie kena pegang kuat kuat hp tu beberapa kali juga rasa nak terlucut dari tangan.. kena pulak sambil pakai sarung tangan.. lagi lah kena berhati2..
tengok bendera tu pun dah tau betapa kencang nya angin masa tu
ini papan tanda menceritakan sejarah gunung berapi ni la kot tak baca pun hehe
sepatutnya kami ada beberapa tempat lagi yg perlu singgah sebelum balik ke Reykjavik , sebelum ni kami tangguh kan masa perjalanan dua hari lepas sebab kesuntukan masa.. bila dah gelap nak singgah tak dapat nak tangkap gambar nanti hehe.
Stesyen minyak macam ni banyak kami jumpa di kawasan luar bandar. Saja nak tunjuk sebab abah minta berenti nak numpang bilik air. Sebelah tu ada kedai dan restoren. kepada yg travel jauh mungkin singgah sini utk minum2 biar segar semula.Lebih kurang berfungsi macam RnR juga la. Bila abah masuk tanya lah kat kaunter tu nak guna tandas, dia ok je walaupun ada tulis jelas kat pintu tandas tu WC FOR CUSTOMER ONLY. Nasib baik dia tak minta oder kopi dulu hehe
Dalam perjalanan ni hujan turun, memula tak lebat tapi makin lama makin lebat . Hujan kat sini lain macam sikit, bila lebat apa yang kita nampak kat depan putih je macam berkabus jarak pandangan pun tak berapa jauh. Gunung ganang yg biasa mengiringi perjalanan kami tak kelihatan lansung. Kereta pun tak boleh nak laju sangat.. Kami teruskan perjalanan dengan lebih berhati2....
Nasib baik hujan bukannya salji, kalau salji lebat yg turun tentu sukar bagi kami nak bergerak. Plan utk berhenti kami batalkan tapi terus driving sampai ke bandar. dua tiga jam juga la driving dalam hujan tu.
Walaubagaimanapun kami berenti juga sekejap di satu kawasan parking stesyen minyak di RnR .Kalau jalan terus takut tak sempat sampai sebelum luput waktu asar.., Behenti utk solat dulu. Kalau tak hujan boleh je solat kat sebelah kereta saperti yg pernah kami lakukan sebelum ni. Nak masuk RnR dia orang mana ada ruang . so solat dalam kereta je lah. Ustaz pusing kereta menghala arah kiblat, adjust tempat duduk abah supaya belakang sikit ustaz ke depan sikit.. ambil wuduk guna air yg sentiasa kami standy.. dan solat.. Kalau ada yg meninjau dari dalam kedai tu tentu mereka tertanya2 apa yg kami buat dah le parking tak ikut garisan.. hehe.
Selesai solat teruskan perjalanan ke bandar. Macam macam pengalaman abah dapat masa travel kat sini.
Alhamdulilah akhirnya kami sampai bandar Reykjavik sebelum gelap, hujan dah berhenti sebelum masuk bandar lagi .
sebuah skuptur berbentuk kapal di tepi laut di bandar Reykjavik simbolik zaman Viking dulu la kot.
Tak ada apa yg istimewa dengan gambar ni saja nak share nama tempat kat ICELAND ni panjang panjang.. ni salah satu nama tempat ke jalan ke yg abah sempat tangkap masa stop kat trafik light. Cer baca dapat tak.. hehe
Nak cerita sikit pasal trafik light kat sini , kat UK pun abah jumpa benda yg sama. Mungkin telah menjadi amalan negara maju kot. kat tempat kita lampu isyarat bertukar dari HIJAU KUNING MERAH dan kembali HIJAU.. tapi kat sini HIJAU KUNING MERAH KUNING HIJAU .. makna nya kuning sebelum merah dan kuning juga sebelum hijau.. kuning sebelum hijau tu bagi peringatan pada pemandu bersedia utk GO.. jangan dok sibuk tengok hp lagi hehe.. Kalau ada jurutera trafik yang baca cuba2 lah di fikirkan. sesuai ke tak di amalkan di negara yg baru nak maju ni.
RUMAH TEMPAT TIDUR TERAKHIR DI ICELAND
AIRBNB SOGAVEDUR, REYKJAVIK
Ini tempat persinggah terakhir di buki ICELAND terletak di bandar REykjavik, Bukan sebesar2 rumah ni kami sewo, kayo bona tu hehe kami sewa satu unit di bawah sebelah kiri ada dua bilik, ada dapur dan bilik air. dan yg penting ada WiFi free yg laju.. Kami stay dua malam kat sini.
kat batu tu di tulis parking di sini agak nya lah hehe
ruang tamu
bilik abah dengan mak
sebelum dinner berbuka minum air je dulu bagi driver/chef rehat dulu penat tu berjam jam memandu hari ni..
Tara... !!!! yang ni baru dinner hehe
MALAM NYA
Malam nya kami dah book utk tengok Arora tapi memang tak ada jaminan utk dapat tengok pun. Oleh kerana dah book awal, kami ON kan je lah.. Malam tu bersama pelancong2 lain dari seluruh perosok dunia bersama tiga bas penuh kami keluar mengejar ARORA, syarikat tu bawa la ke beberapa tempat yg biasa nya ARORA biasa dapat di lihat , tapi sampai ke sudah tak jumpa pun kata nya utk melihat Arora langit mesti cerah tanpa awan, tak apa lah sebelum ni kami pun dah dapat lihat sendiri arora. Selain tempat arora mereka bawa kami melancong dalam malam gelap gulita tu.. kebanyak kan tempat singgah tu abah tak turun pun nak tengok apa gelap2 tu hehe. singgah kedai minum pun kami tak turun. Bila tak nampak malam ni syarikat offer utk keluar lagi malam esok nya tanpa bayaran tambahan.. tapi kami dah malas nak berembun lagi hehe. Sampai pukul 2.00 pagi juga rasa nya baru sampai semula ke rumah.
ESOK NYA
Dalam plan asal sepatutnya hari terakhir di ICELAND ni kami cuma relak dan bandar je , ronda ronda di bandar.. FREE and EASY.. tapi sebab ada dua tempat yg miss sebelum ni maka hari ni kami guna kan masa yg ada utk ke sana semula.. bak kata ustaz kalau kita tak pergi abah rasa macam tak datang ICELAND hehe oo kalau macam tu jom lah... Dua jam juga drive utk sampai semula ke tempat yg kami dah lalu ni tapi tak sempat singgah.
REYNISFJARA BEACH
Satu tempat yg sangat popular dengan pantai pasir hitam nya, ombak yg besar dan Reynisdrabger sebelah tepi nya . kata nya ombak besar boleh tetiba muncul di pantai ini dan menghanutkan mangsa yg lewat berundur ke kawasan lebih tinggi.. tapi masa kami kat sini kejadian tu tak berlaku la.. ada papan tanda amaran di letak mengingatkan pelancong pasal omabk tu.
Satu perkara yg unik pasir pantai kat sini hitam legam, kat Malaysia pun ada pamtai pasir hitam ni.. iaitu di Langkawi, kami dah sampai sana masa JJCM ke Langkawi baru2 ni.. cuma kat sini segala2 nya hitam.
Satu lagi daya tarikkan di pantai ni ialah stone column yg macam di susun susun di tepi pantai ni.. yg ni tak ada di Langkawi hehe.. hanya terdapat di ICELAND dan beberapa negara lain yg ada aktiviti gunung berapai dan gempa bumi. Bagaimana ia nya berlaku ? kalau baca dari apa yg pelancong lain tulis ada lah cerita zaman dulu dulu.. tapi abah tak nak la tulis sini .. macam cerita mat Jenin je.. yg penting semua tu berlaku dengan izin dan kekuasaan Allah dari aktiviti gunung berapi.
tempat ni popular utk pasangan pengantin buat photoshoot. Peminat Kajul dan Shahrukh Khan tentu ingat tempat ni hehe.. Abah dah jadi macam misi menjejak tempat Shahrukh Khan dan Kajul menari2.. je
nak panjat tak berani.. (takut jatuh la tu ) abah main kat bawah2 je lah..
tengok orang muda segala yg berisiko
dia nak cuba hehe
sampai situ je ingat tadi nak panjat sampai atas puncak tu hehe
nampak tak gua tu.. sesiapa datang sini nanti (insyaallah bila ada peluang ) cuba masuk ke dalam gua ni..abah mengalami satu keadaan bila berada dalam dua tu.. yg lain tak masuk.. bila abah masuk terasa bahang panas jauh berbeza bila berada di luar.. makna nya kalau abah nak buka baju sejuk tu pun boleh bila berada dalam ruang gua tu. Bagaimana boleh terjadi abah tak boleh jawab. Makin jauh ke dalam abah masuk rasa makin panas.. panas gunung berapi ke ? seram pulak..
Katanya kalau musim panas ramai lah yg berpiknik sini kata nya.. tapi macam mana dengan ombak besar yg datang tiba tiba tu.. kalau tanya pakcik google memang ada pelancong yg di hanyutkan arus apabila tetiba ombak kuat melanda.. cari dalam U tube pun ada..
ini betul2 di depan pintu gua..
ini masa abah teroka jauh dalam gua.. terasa cuaca yg panas dalam ni dan dari atas ada air menitik.. Walaupun tak ada salji kat luar sana sangat sejuk.
tengok pasir tu dah sama hitam dengan kasut kami.. hehe batu2 tu pun hitam legam
DYRHOLAEY
Tak jauh dari pantai pasir hitam tadi kami naik ke atas bukit menghala ke Dyrholaey light house. Bukan nak tengok rumah lampu ni tapi pemandangan dari atas ke pantai pasir hitam dan ada satu struktur batu yg menarik boleh di lihat dari atas ni.
tengok lah pantai tu saujana mata memandang hitam sampai ke hujung sana, kawasan sebelah sini tak ada access utk orang ramai datang tempat yg abah pegi sebelum di sebelah lagi satu.
gambar ni abah zoom bukit kat atas tu kawasan ni ada banyak burung kepada pencinta burung kat sini mereka buat aktiviti shoot burung, kat papan tanda sebelah tu ada di list kan gambar2 dan jenis2 burung kat yg terdapat di sini.. kamera tak cukup kuat nak zoom lebih dekat. yg ni pun ok lah hehe.
ini lah bentuk struktur batu yg abah cakap tadi.. dalam poster nampak sangat cantik..
Lengkap dah kot mencarian tempat Shahrukh khan dan Kajol di bumi ICELAND ni.. ehh ada satu lagi Blue lagoon, esok je lah kita seksana sebelum terbang balik ke UK
BERSAMBUNG.... lagi..
No comments:
Post a Comment