Assalamualaikum...
ENTRI TERAKHIR DI ICELAND.
Balik dari Dyrholaey kami sempat meronda di sekitar bandar Reykjavik.. memula kami melawat satu mercu tanda di Bandar Reykjavik, Hallgrimskirkja Church.. Rekabentuk nya unik menjadikan dia satu mercu tanda yg menjadi tumpuan pelancong. Bangunan setinggi 54.5 m (244ft) merupakan antara bangunan tertinggi di Reykjavik. Pembinaan nya mengambil masa 45 tahun bermula tahun 1945 dan siap sepenuh nya tahun 1986.. Pembinaan di buat berperingkat..
Ada menara tinjau di boleh di di naikki utk melihat pemandangan dari atas bandar Reykjavik tapi kami tak naik sebab bayaranya tak berbaloi hehe..
ambil gambar je lah..
ICELAND ADA MASJID KE?
Pertanyaan ini di ajukan seorang sahabat FB yg ingin tau ada ke masyarakat Islam di bumi ICELAND NI. Bila kami google memang ada masyarakat Islam di sini, ikut rekod yg di lapurkan terdapat 300 orang rakyat tempatan Iceland beragama Islam serta lebih 1200 orang lagi dari pelbagai warganegara yg beragama Islam tinggal di sini. So kami pun cari di mana letak nya pusat Islam Reykjavik.
Sejarah mencatitkan Islam mula sampai ke bumi Iceland pada tahun 1627 lagi. Walaubagaimanapun mula bertapak pada tahun 1970 melalui perdagangan. al guran pertama yg di alih bahasa ke Icelandic tahun 1993.
Seronok bila berjumpa masjid di negara yg majoriti rakyatnya beragama Kristian. Masjid ni terletak di tingkat dua bangunan Ymishusid di Pusat Bandar Reykjavik.
perlu rekodkan kehadiran
Bahagian ruang solat utama
alhamdulilah sempat solat jamak di masjid ini.
MALAM NYA
Sebelum datang Iceland lagi ramai yg berpesan jangan lupa cari Hard Rock Cafe Reykjavik.. ini semua KES terjebak punya pasal.. terpaksa lah ustaz layan abah nak cari HRC sebelah malam nya, malam lagi sejuk dari siang hehe.. dengan bantuan pakcik google jumpa la HRC ni.. tersinggah la kejap hehe..
dah sampai dah
belakang tu kapal utk pelancong yg nak tengok ikan paus di lautan. Tapi ini tak masuk dalam program kami.. so setakat ambil gambar je lah.. bayaran dalam 300 inggit je sorang..
PAGI ESOK NYA
Penerbangan kami ke UK di sebelah malam, maka kami guna kan kesempatan yg ada utk melancong ke bandar Reykjavik. mana lah tau ada benda yg pekenan. Masa kami keluar sama dengan warga Reykjavik nak pergi kerja.. jadi kami ni sama menyebuk la kat dalam bandar tu.
parking kereta di tempat sama kami parking malam tadi. Street parking memang di benarkan tapi susah nak cari yg kosong , kena la park kereta di kawasan tempat letak kereta terbuka. Bayar caj parking dalam 2 jam cukup utk kami ronda2 dalam bandar. Tertarik dengan rekabentuk bangunan yg terdapat di bandar ini. Dan gambar2 ini sempat di rakam.
Terdapat juga beberapa Street Art di dinding dinding bangunan di sekitar pusat bandar. Tak sempat nak kaji apakah motif lukisan ini dan apa sejarah nya . Ada yg sempat kami ambil gambar dan ada juga yg berlalu macam tu je.
Tertarik melihat bangunan biru ni . sekali pandang bangunan ini macam tambahan kepada bangunan sedia ada di belakang tu. Agaknya lot tanah kedai tu ada berlebih tidak di bangunkan sebelum ini, maka bangunan tambahan ini di dirikan. Nampak simple tapi praktikal. tak ada nampak sangat ia mencacatkan keseluruhan pemandangan.. ehh rakan akitek setuju tak agaknya ni hehe..
semua bangunan yg abah tempek ni sama ada pejabat atau pun rumah kedai.. tengok je ke? Ada juga kedai yg kami masuk, awal pagi business dah mula.. ehh dah pukul 10.00 memang la dah buka cuma masih gelap lagi. Tengok harga T shirt, wow terkejut den.. hehe dekat 200 inggit selai T shirt biasa je pun hehe.. Fridge magnet ? lebih kurang 40 inggit satu hehe.. ada juga lah beli tapi .... hehe
jumpa pulak pejabat pos..
cuba teka agak2 apa ni ?
ini sebenarnya tempat park basikal dua biji basikal boleh park sekali. Musim sejuk ni tak nampak la orang kayuh basikal takut nanti beku sebelum sampai.
ini gambar last di bandar Reykjavik.
LEPAS TU KEMANA
Lepas tu ke Airport la..kemana lagi hehe.. tapi sebelum ke airport ada satu tempat lagi yang mesti singgah bila datang ke Iceland.. BLUE LAGOON.. ada yg kata buat apa nak pegi jauh jauh Blue Lagoon kan ada kat Port Dickson hehe.. Sebelum datang trip ni Ustaz tanya nak mandi ke tak nanti.. Blue lagoon ni terkenal dengan kolam air panas nya. Bila dah sejuk2 ni kalau dapat berendam memang best !!.. Saya tanya balik Ustaz berani ke nak mandi bersama mat Salleh dan Minah salleh dalam kolam tu. Yang paling murah kolam terbuka, agak nya campur la kot . dan ada juga tempat mandi exklusif.. bayaran pun exklusif la..
Bila baca kisah orang ICELAND ni mereka mengamalkan cara hidup bebas. Segala gala nya bebas. Bebas dalam beragama bebas dalam pergaulan dan bebas juga dalam bersosial. Pergaulan lelaki perempuan pun bebas. malah lelaki dengan lelaki pun bebas. Perkahwinan sejenis di benarkan.. no problem. Mereka yg menyokong LGBT kat Malaysia tu minta dia orang poindah sini je lah.. Kat sini boleh buat apa suka.. Dan bagi orang Iceland ni kegemaran mereka ni mandi bogel.. hehe Sanggup ke nak tengok adegan tu berlaku depan mata nanti bila mandi secara terbuka.. hehe
Last2 kami decide jalan jalan je lah kat situ tak sanggup dengan surprise nanti hehee. Bila kami sampai rupa nya ada kawasan luar khas utk melawat tampa perlu mandi . memula ingat semua kawasan ni tertutup nak datang melawat je pun kena masuk dan bayar.... ok lah ada la juga tempat utk kami lawat.. tak mandi pun tak apa.. Ramai juga rupa nya yg datang utk look see look see je..
Selfie dulu di papan tanda BLUE LAGOON
Dibelakang tu lava gunung berapi , sekali lagi dapat melihat lava gunung berapi secara dekat.. seluas luas kawasan tu lava .
sekali tengok macam batu yg biasa kita lihat di merata tempat. tak perasan pun yg satu masa dulu batu batu ini merah menyala muntah dari gunung berapi dan mengalir sehingga ke sini.
ini laluan ke tasik air panas.
ini lah dia tasik air panas yg menjadi salah satu daya tarikan pelancong ke ICELAND . Setiap orang yg datang ke ICELAND pasti akan singgah ke sini. Sama ada berjalan2 je macam kami atau menikmati mandi air panas. Ramai yg kami nampak datang dengan beg pakaian basah utk mandi.. kami dan sebahagian pelancong lain lenggang kangkong je.
nak mandi masuk sini.. nak masuk sini kena beli
tiket hehe
sebelum balik kena singgah isi minyak dulu, masa ambil kereta dulu tangki penuh masa nak pulangkan juga tangki mesti penuh.. yg bangga nak tunjuk tu ada nama BUDIN hehe
siapa ingat tempat ni..?? lupa dah.. hehe.. masa abah mula2 sampai ke ICELAND dulu , tempat ni di selubungi salji... ingat dah ? hari ni kami datang semula ke sini clear tak ada salji .. tapi tak bermakna tak sejuk hehe.. sini lah tempat kami ambil kereta hari pertama datang dulu dan kat sini juga kereta tu perlu di pulangkan di hari akhir.
bagi kredit sikit dengan syarikat ni.. sepanjang masa menggunakan kereta yg kami sewa tu ianya berfungsi dengan baik. kemana saja kami pergi dia sedia memberi perkhidmatan terbaik. mendaki bukit ke berjalan di atas ais ke.. bawa muatan beg yg bertimbun tu ke.. hehe.. semua nya beres.
bila kereta dah pulangkan kena tunggu bas la jawab nya utk ke airport .. Selamat tinggal ICELAND Banyak kenangan kami di bumi ICELAND ni.. terlalu banyak.. Bumi yg sangat indah dah jatuh cinta denagn bumi ICELAND , .Mana lah tau kan... panjang umur murah rezeki dan dengan izin dari Nya, Insyaallah kita berjumpa lagi. SEDIH
Jumpa nanti di LONDON
BERSAMBUNG
Alhamdulillah...Allah bagi peluang untuk meneroka bumi ciptaanNya buat Abah dan Mem..
ReplyDeleteAlhamdulillah
ReplyDeleteBertuahnya abah n mak dapat ziarah tempat orang ...
Macam jane pun ad kat iceland ... Konon !!!
kakcik nur
ReplyDeletealhamdulilah... rezeki boleh sampai ke sana
jane hashim..
ReplyDeleteterima kasih..