Assalamualaikum
Kami telah pun memulakan perjalanan dari Fossotun guest house menuju ke distinasi seterusnya.. Program yg di susun oleh MyAdvanture Trip kami keluar seawal 9.00 pagi dan perlu sampai ke rumah persinggahan seterusnya sebelum habis waktu asar.. supaya kami sempat solat jamak zuhur dan solat asar . Tempat yg di lawat di sepanjang jalan tu di susun supaya kami tak perlu berpatah balik.. jika dalam perkiraan kami tak sempat sampai sebelum luput asar kami akan berenti solat di mana2 ada kesempatan. tepi jalan ke tepi pantai ke asalkan tempat tu bersih dan kami boleh solat tanpa gangguan...
SATU SITUASI CEMAS
Masa dalam perjalanan ini lah berlaku satu keadaan yg agak mencemaskan.. Biasa la kadang kadang pakcik google mencadangkan jalan shortcut.. katanya boleh jimatkan masa perjalanan.. kami ikut je lah, sampai satu simpang tu ada kerja kerja baikki jalan (dalam laluan shortcut tu la..) tapi masih boleh lalu. tak jauh dari tempat ada papan pemberitahuan . apa yg di tulis tak tau la tapi abah nampak tanda jalan TUTUP.. tutup nya kat mana pun tak tau.. kami tak mau ambik risiko terus buat u turn.. kemudian di cadang pula satu jalan altenatif lain. Yg pelik nya jalan ni di penuhi salji dan ais.. memula tu kami ikut juga la .. dalam fikiran ingat sekejap je kot nanti jumpa main road semula. lama lama rasa tak sedap hati.. tak tau berapa lama lagi akan berada di atas jalan berais tu. memang rasa berdebar2 bila mendaki dan menuruni bukit atas jalan yg di penuhi ais.. Walaupun kereta kami berjalan dengan lancar dan steady.. akhir nya kami berpatah balik.. keluar ke jalan utama.. Fuhh lega
bila masuk semula ke jalan utama baru la rasa senang hati . jauh sikit pun tak apa.. agaknya kerja kerja pembersihan salji tidak di buat di jalan2 kecil..
di kiri salji di kanan salji.. di kiri putih di kanan pun putih.. seolah olah kami berada di lautan salji.. wow..
hanya jalan raya yg hitam memisahkan kedua nya.. satu keadaan yg tak pernah abah tempuh sebelum ni. Satu lanskap yg sangat berbeza dan unik.. seolah2 sebuah lukisan Black and white.
lanskap yg indah terus terbentang di depan mata .. saujana mata memandang.. memukau sesiapa saja yg melalui jalan ini.
tetiba kami nampak kereta berhenti di satu kawasan lapang di tepi hiway.. di sediakan utk mereka yg nak berhenti rehat dan sebagai nya .. tak ada bangunan tak ada WC hehe semata2 berhenti.. Kami pun berhenti juga lah.. nak juga merakam gambar di lautan yg putih ini. entah bila lagi nak jumpa keadaan macam ni. sejuk pun sejuk la.. hehe.
berselfie sekali dengan kereta yg sentiasa bersedia membawa kami ke distinasi yg di tuju dengan selamat .. salji ke ais ke dia tetap meluncur dengan lancar dan tidak mengecewakan..
yg ada hanya putih dan satu garisan lurus
bewarna hitam
boleh je nak berdiri sekejap di tengah2 jalan tu tapi elok jangan ambil risiko..jalan tu tersangat lurus.. kadang2 sukar nak mengagak.. kereta tu jauh ke dekat.
putih dan hitam satu kehidupan..
akhirnya kami sampai ke Pingvellir National Park..
THINGVELLIR NATIONAL PARK
Thingvellier National Park yg terletak di daerah Blaskogabyggo kira kira 40km dari Bandar Reykjavik. merupakan sebuah tapak bersejarah, kebudayaan dan geologi yang menjadi salah satu tempat tarikan pelancong. Ianya di iktiraf sebagai tapak warisan UNESCO pada tahun 2004. Di sini katanya terletak parlimen pertama eropah Kawasan ini terletak di atas satu lembah pertemuan antara dua plate bumi iaitu North American Tectonic Plate dan Eurosian, di bahagian selatan nya terletak sebuah tasik Pingvalliavatin yg merupakan tasik terbesar di ICELAND.
sampai je ke TNP tempat pertama yg wajib di tuju ialah WC hehe ( abah je) apa lagi nak membese la.. ini nak cerita sikit pasal WC ni.. buka je pintu WC tu ada satu sekatan sebelum boleh masuk ke tandas lelai atau perempuan. iaitu gate berpusing yg ada tersedia tempat utk buat bayaran .. dah bayar baru boleh lalu gate tu. dan boleh guna siling atau kredit kad !!! 200 krona.. ( 8 inggit !! )
Tambah unik tandas ni sebelah dinding nya ialah kaca menghadap ke kawasan gunung.. wow.. tapi jangan bimbang depan tu memang tak ada orang lalu lalang pun nak skodeng awak dalam tu hehe..
ini lah bangunan WC yg abah sebut tu.. dinding kaca mengadap ke arah gunung ganang.
Kat sini agak sejuk.. tapi bila nak ambil gambar kena steady juga la.. Sejuk tu bukan kat badan ke atau kaki .. tapi di pergelangan tangan.. makna nya glove yg di syorkan kedai tu tak berapa sesuai utk di guna pakai di kawasan suhu minus ni.. Bila lama lama tangan rasa perit dek terlampau sejuk.. so lain kali ingat tu.. cari glove yg sesuai ya kalau nak datang tempat2 macam ni musim sejuk.. hehe
Perasan kan dua bongkah batu di kiri kanan jalan tu. Satu plat Amerika Utara satu lagi Plat Eropah.. tapi jangan tanya abah yg mana satu .. tak nampak pulak papan tanda nya.. Setiap tahun plat ni bergerak sejauh 25cm.. tapi tak perasan pun .
Jalan tu menuju ke satu kawasan lembah yg juga kelihatan cantik dan menarik tapi jauh le pulak nak berjalan dan kawasan tu pun di seliputi salji.. ada juga kami nampak pelancong yg berlegar2 di bawah tu.. cuma abah dengan mak je maleh nak merayap kat situ hehe ( sebenar nya tangan dah mula rasa perit hehe)
Dapat sampai ke sini pun dah cukup bersyukur.. kerja kerja extrem tu biar orang muda je buat hehe..
Pos ni berlaku secara spontan tapi unik pulak.. macam ada satu cerita di sebalik nya
Apo lah lambek bona air kopi ni sampai dah naik bersalji menunggu
Bila dah tak tahan sejuk kat tangan tu abah ajak mak berdar ke kedai cenderahati di laluan masuk tadi bukan nya nak beli tapi nak dapatkan udara panas hehe sambil sambil tu tengok la harga barangan kat situ.. Wow bila convert ke RM mau tercekik di buat nya.. Fridge magnet seketul 900 krona ( RM 36 inggit hehe)
Tak tahan tengok orang minum kopi nak terai juga la.. pejam mata je tengok harga tu.. kaedah nya bayar dulu baru dia bagi cup dan pegi layan diri pilih perasa apa yg kita nak kopi ke cappucino ke mocca ke hot chocolate ke mmmm Best betul dapat minam paneh2 bila dah sejuk2 ni.. segar rasanya.. torang mato.. tapi satu cup kertas tu je share dengan mak.. harga nya 650 Krona tak ada lah mahal sangat 16.00 inggit je secawan tu hehe
GEYSIR
Geysir merupakan satu kawasan air panas (hot Spring) terletak di lembah Haukadalur selatan ICELAND. Di Iceland terdapat banyak kolam air panas akibat aktiviti gunung berapi. Geysir terkenal kepada para pelancong dengan ujudnya pancutan air panas yg kadang kala mencecah 60 m dan pernah mencapai sehingga 122m tinggi. Cetusan air ini berlaku setiap 10 ke 15 minit sepanjang masa.
Nampak tak kat belakang kami tu.. kat situ ada beberapa hot spring atau pancutan air panas yg keluar dari kerak bumi, Setiap beberapa minit (lupa nak kira) satu pancutan air panas akan berlaku.. tapi awas jangan berani nak duduk dekat2 sangat.. air mengelegak tu tak pasal2 je nanti kang..
Kat ICELAND ni memang banyak tempat yang ada hot spring ni. dan Geysir ni salah satu yg terkenal dan tempat mesti lawat. Tengok video baru la ada feel tengok air yg membuak keluar tu.
nampak tak putih macam asap tu itu sebenar air yg memancut keluar dari lubang air panas tu.. kawasan tu di kepong dengan pagar kira kira jarak selamat kepada pelancong.. ada beberapa spot tapi yg nampak aktif yg dalam gambar ni la.. Walaupun ada pancutan air panas kat sini abah rasa sejuk mencocok2 kat tangan hehe.. Dah dapat tengok dua tiga kali cukup tu orang muda nak duduk lama tak pe.. Kami pun beredar ke tempat jualan berhampiran.. tektik yg sama bukan utk membeli tapi menumpang kasih.. ehh tumpang panas.
Kedai ni besar , ada tempat menjual cenderahati, jual pakaian sejuk dan ada restoren.. yg best dalam ni juga ada WC yg percuma..
ini gambar2 geysir hasil lensa DSLR
papan tanda di pintu masuk ke geysir
TEMPAT TIDUR KE TIGA
HVERAHLID APARTMENT
Perasan tak sepanjang beberapa hari di ICELAND ni sebatang pokok pun tak nampak. gunung ganang nya gondol bukit bukau pun gondol.. malah tanah pamah pun luas terbentang tanpa sebatang pokok.. Bila nampak pokok tak berdaun ni cepat2 tangkap gambar.. mungkin ini lah satu2 nya pokok yg ada..
sempat tangkap ruang dapur je.. hehe
ini merupakan rumah tumpangan kami yg ketika. mengikut nama yg di beri katanya sebuah apartment, bila sampai ke Bandar Hverageroi. kira kira 40km dari Reykjavik. kami pun tercari cari lah mana apartment nya. Dalam kepala kami ingat bila sebut apartment mesti lah bangunan tinggi, sedangkan dalam bandar ni tak ada pun bangunan tinggi hehe.. dua tiga kali kami berlegar2 di tempat yg sama.. Pakcik google kata dah sampai. Ikut alamat dah betul la tapi apartment nya tak jumpa lagi. Rupanya yg di panggil apartment tu ialah sebuah rumah biasa je.
Nak masuk rumah ni perlu gunakan kod tertentu Apartment ni mempunyai satu bilik, satu ruang tamu dapur dan bilik air dan sistem pemanas di setiap ruang. Kosyen di ruang tamu boleh di buka menjadi satu katil besar muat utk berdua. ada WiFi percuma dan sangat laju.. Oleh kerana HP abah tak boleh roaming sambungan dengan dunia luar hanya berlaku bila sampai ke rumah tumpangan. hehe.. Bila sampai mula la sibuk report macam macam dalam facebook hehe..
Malam tu kami dinner dengan beryani kambing.. jangan tak caya kat ICELAND ada beryani bagai hehe
Sarapan esok nya chef masak speggeti, untung travel dengan MYADVANTURE TRIP ni.. anda tak akan rindukan masakan Malaysia, dia bawa sekali masakan Malaysia ke serata dunia hehe
cekodok pun ada... Hari ni kami berniat nak puasa... masa berjalan pun kami tak makan apa lebih baik puasa. selain melancong dapat juga kami membuat amal ibadat. Kemudahan telah tersedia, subuh nya jam 7.30 magrib nya jam 4.00 petang..
ini lah apartment yg di katakan tu.. beberapa kali lalu depan tu baru perasan .
Pagi kami di ceriakan dengan salji.. nak cakap macam mana ya hujan salji boleh juga la kan.. Wow.. firstime tengok salji turun.. sengaja pandang kat atas biar salji yg salju tu jatuh ke muka sejuk dan sahdu rasa nya hehe.. tapi tak boleh lama lama beku pulak muka ni nanti . Tak ada lah lebat tapi cukup membuat kami kegumbiraan hehe..
ok lah lepas ni nak kemana pulak ??? tungguuuuuuu
BERSAMBUNG
Beku kaki tangan macam ais dek sojuk e yo
ReplyDeletesejuk kat tangan perit rasa e..
ReplyDelete