assalamualaikum..
SALJALANDFOSS
Ini distinasi pertama kami hari ini.. saketul air terjun yg mempesonakankan .. mengasyikkan .. menyejukkan mata memandang .. subhanallah cantik sungguh.. entah macam mana nak susun kata kata utk menggambarkan ke indahan nya.. anda lihat dan nilai lah sendiri.. Dari hiway lagi dah nampak.. WOW.. itu perkataan yg pertama keluar.. lagi best
Di bumi ICELAND ni terdapat banyak air terjun yg cantik lagi menawan, ini salah satu yg popular yg pasti menggamit kunjungi setiap pelancong.. tambahan lagi kebanyakkan kawasan air terjun ni mudah utk di lawati kerena terletak berhampiran jalan.. atau dengan kata lain kerajaan ICELAND menyediakan prasarana utk membolehkan pelancong datang melawat dengan selesa.. ada banyak gambar ni... sila lapangkan fikiran anda dan nikmati keindahaan alam ini. hehe..
Seljalandfoss terletak di bahagian selatan ICELAND di tepi laluan route 1 . air terjun setinggi 60m adalah sebahagian dari sungai Seljaland yg bermula dari kawasan glacier Eyjafjallajokull.. Kalau di musim panas pelancong boleh berjalan di belakang air terjun ni melalui sebuah gua.. musim sejuk ni laluan tu di tutup bahaya dan sangat licin..
ada satu kedai di kawasan parking.. tapi kami tak beli la sebab dah niat nak berpuasa .. nak masuk ke kedai tu pun rasa macam kecik je.. segan pulak nak mengebuk.. Kami sampai sini pagi tu yg rasa sejuk .. Tapi terpesona punya pasal terlupa kejap sejuk tu..
boleh bayangkan betapa sejuk nya masa ni hehe
kat tempat lain lupa nak tangkap signboard hehe
Kat sini kena lah berjalan berhati.. bila dah ramai yg pikaj salji tu.. ia pun dah keras menjadi ais.. kasut abah ni bukan nya kalis ais.. jadi kena lah bergerak perjalan2 macam pengantin hehe
Lepas ni kami ke satu tempat yg juga menarik dan menjadi tumpuan pelancong.. ada kisah mak di sini.. tapi nanti lah... kita stop kat air terjun ni dulu.. Bideo tak boleh upload dalam blog ni.. ker abah yg tak pandai.. hehe
BERSAMBUNG
SubhanAllah...
ReplyDelete