Saturday, December 12, 2020

CEP 17

 CEP 17 


Pengaruh luar... (sesuai ke tajuk ni? ) 


Abah tak tau di jabatan kerajaan yang lain, tetapi sepanjang tempuh abah bekerja banyak sungguh “cobaan” pihak luar untuk cuba mempengaruhi atau cuba mencari peluang melalui  jalan pintas untuk mendapatkan kerja . Mungkin ada yang berjaya tetapi biasa nya gagal. Mereka tau ada peraturan dan saluran tertentu yg perlu di patuhi untuk mendapat kan kerja atau khidmat dari badan badan kerajaan. Tetapi mereka masih berikhtiar untuk mendapatkan nya melalui jalan pintas. Sepanjang tempuh abah berkhidmat abah juga selalu berhadapan dengan isu isu ini. Di sini abah akan kongsikan beberapa kisah, ( yang masih abah ingat la.. ) 


Kes satu 


Ada satu ketika dulu abah sedang menyediakan lapuran prestasi setiap petender untuk di hantar ke jabatan berkaitan sebelum di bawa masuk mesyuarat jawatankuasa untuk pemilihan kontraktor yang berjaya. Abah di kunjungi oleh seorang gentleman kata nya mewakili salah satu syarikat yang mengambil bahagian dalam tawaran tersebut. Dia cuba mempengaruhi supaya abah memasukkan nama syarikat nya di dalam senarai pendek yang jabatan rekomen. Katanya dia dah berjumpa dengan bos no satu abah, dan katanya bos abah menyokong syarikat dia untuk mendapat kontrak yang sedang di tawarkan. Dalam hati abah kata, kalau bos no satu dah setuju buat apa dia datang jumpa abah lagi. Tunggu je la surat tawaran. Abah tanya dia ada tak bos abah tulis nota kat mana mana atau tulis memo menyokong syarikat dia, kalau ada senang kerja saya . Nanti saya masukan dalam lapuran. Dia tak puas hati bila abah sebut macam tu. Akhirnya bila keputusan keluar syarikat lain yg berjaya, selaras dengan cadangan jabatan. Memang tak ada pun dan dia tak puas hati.


Kes 2


Ada ketika nya syarikat datang dengan satu cadangan menggunakan satu alat atau satu sistem atau gajet yang di katakan sesuai untuk di guna pakai di tempat kami . Sebenarnya mereka telah kemukakan cadangan tersebut di pihak kementerian, tapi pihak kementerian panjangkan cadangan tu ke jabatan teknikal. Mesej ( yang tak bertulis bos abah yg sebut ) yang kami terima supaya di kaji dan sediakan lapuran untuk terhadap cadangan tersebut. Kerana cadangan tersebut melibatkan beberapa jabatan lain, kami pun atur satu taklimat supaya setiap jabatan, jelas dengan cadangan yg di kemukakan dan memberi pandangan jabatan masing masing. Akhirnya kami sependapat alat yg di cadangkan kan tak sesuai di gunakan dan melibatkan kos yang sangat mahal. Abah sediakan lapuran dan hantar ke kementerian, tapi dapat lagi mesej ( tak bertulis) jabatan perlu menghantar terus keputusan ke syarikat yang berkaitan. Lama Selepas tu baru abah dapat maklum, rupanya ( pengerusi) syarikat ni sangat berpengaruh, dan kementerian menggunakan strategi jabatan teknikal yg tolak, bukan mereka untuk menjaga air muka somebody tersebut.. Nasib baik dia tak datang cari kami hehe. 


Kes 3


Setiap kali kami mengawasi projek baru , pada mesyuarat pertama tu biasanya kami akan memberi taklimat selengkap nya kepada kontraktor termasuk peringatan dan amaran jika mereka gagal melaksanakan projek sebaik nya. Abah dan akitek projek ( sama satu kepala) menggunakan pendekatan yang agak keras supaya kontraktor melaksanakan projek kami dengan bersungguh sungguh. Ada satu kontraktor ni, rasa saperti kami ugut atau menakut nakut kan mereka dengan taklimat yg keras semasa mesyuarat pertama tu. Depan kami dia akur je tak banyak cakap. Tapi bila balik opis abah terima satu call dari seorang senator,  bila bercakap dengan orang yang bijak bercakap abah lebih banyak mendengar,  mula mula dia puji abah melambong lambong hehe.. lepas tu masuk bab membantu kontraktor bumiputra, kemudian kisah pertemuan dia ( kerap berjumpa katanya) dengan bos no satu abah untuk membincangkan isu isu warga kotaraya, last baru dia sebut hal kontraktor mengadu kat dia. Hehe.. Baru lah abah berpeluang bercakap dan memberikan penjelasan. Mesej nya amat jelas dia di belakang kontraktor terbabit dan selalu mengikuti perkembangan nya.. better watch out !! Kontraktor ni memang boleh deliver pun dan beberapa kali juga mendapat projek DBKL .. Dan kami juga tak terpengaruh dengan back up yang dia ada, kami laksanakan tugas secara professional, kalau perlu tegur kami tetap tegur . Kalau perlu keluar surat amaran, tetap kami keluarkan. Kalua guna bahan yg sub standard tetap kali rejek. 


Kes 4


Kadangkala ada juga pengaruh yang bukan datang nya dari luar tapi dari dalam, abah teringat satu kes sehingga abah hampir di pindahkan ke jabatan lain kerana satu bos ni tak berpuas hati dengan cara kerja abah yg tidak mengikut arahan beliau ( 100%) .. Beliau ni bos besar di kementerian, masa tu abah baru je berpindah ke jabatan baru, dan selalu lah bermesyuarat dengan bos ni, belum lagi mahir dengan bidang tugas baru abah ketika itu. Tapi prinsip kerja abah sangat jelas, apa apa arahan perlu datang dari bos no 1 abah, terutama  yang melibatkan dasar dan benda benda baru. Pendek kan cerita bos yang ni mengarahkan abah membuat kerja yg melibatkan perubahan dasar sedia ada. Abah pun bagi la penjelasan langkah langkah yg perlu abah lakukan sebelum boleh melaksanakan apa yg dia minta. Dia bangun melenting marah dengan abah, menghentak fail atas meja mesyuarat.. “ boleh tak awak buat apa yang saya suruh tak payah nak rujuk dengan bos awak tu ? “ makna nya dia nak bagitau, arahan dia mengatasi semua arahan bos bos abah. Abah cakap banyak kang mau di hempuk nya abah dengan fail fail tu hehe.. Tapi secara lembut abah terangkan juga 

Dari segi prosidur nya abah tak boleh memandai2 langgar peraturan sedia ada. 


Bila balik ke pejabat, abah pergi berjumpa bos no dua ( bos kepada bos abah) untuk dapatkan pandangan , kalau dia setuju baru abah sediakan minit bebas utk keputusan bos no satu . Itu peraturan. Sebaik abis  abah cakap , bos no dua pun sebut dengan nada ( tinggi juga hehe) “ awak ikut la cakap dia ( merujuk kepada bos kementerian tu) apa apa berlaku awak tanggung sendiri , saya tak back up awak!!” Gedebuk kena sebiji, hehe “pasal tu saya datang jumpa bos maklumkan dulu, saya hanya akan lakukan kalau bos setuju. “( dah tau dah bos tak kan setuju.. hehe) . So setiap kali mesyuarat dengan beliau selalu jadi panas dan di ungkit ungkit sebab abah ni ( di katakan) tak ikut arahan .. nasib baik tak di pindahkan hehe.. 


Kisah seterusnya .... 

Bersambung

No comments:

Post a Comment