CEP 18
Pengaruh luar part 11
Kes 5
Ada satu ketika tu jabatan menerima arahan dari pihak kementerian utk menyantuni rombongan VVVIP ( siapa VVVIP biar lah rahsia) yang berhasrat dan ingin berbincang dan mengemukakan satu usha kerjasama dengan pihak DBKL.. oleh kerana cadangan yg ingin di usulkan bersifat teknikal dan berkaitan dengan jabatan abah, maka jabatan abah yg di pertanggungjawabkan untuk menyantuni rombongan ini.
Pertemuan di aturkan di bilik mesyuarat menteri ibu pejabat. ( tapi tak ada wakil kementerian ikut serta) Secara kebetulan bos abah tak dapat mengetuai perjumpaan tersebut , maka abah dan seorang lagi timbalan di beri tanggung jawab utk menyantuni rombongan ini. Bila berita ni sampai ke pengatahuan kami, tentu la kami terkejut. Gila ke apa nak berdepan dengan sesaorang yang penuh protokol. Mula la kami mengelabah, bukan tau sangat hal hal protokol ni, nak kena sopan santun lagi, nak kena guna ganti nama yg betul, ayat pun nak kena susun dengan baik. Kalau setuju nak sebut macam mana , kalau tak setuju lagi la susah nak sebut apa hehe.. berpeluh juga memikirkan nya.. Kenapa lah wakil kementerian yang memang peka hal hal protokol ni tak hadir sama , mudah kerja kami.
Pada hari yang di janjikan kami pun ke HQ dengan penuh debaran, abah tak ingat kami yg tunggu mereka sampai atau mereka yg tunggu kami sampai hehe. Di bilik mesyuarat ada 4 atau lima orang gentleman , berpakaian segak berkot bertalileher menggunakan hp jenama apa tah macam tak pernah abah tengok, masih muda berusia dalam lingungan 30 an atau awal 40 an.. pada masa tu abah masih tak tau yang mana satu VVVIP tu , ( tak kenal ) , ada ke tidak VVVIP tu di situ. Satelah kami memulakan sesi suai kenal, salah sorang ( jurucakap) ahli rombongan memberitau , VVVIP yang nak berjumpa kami tu tak dapat hadir ( dengan maaf) sebab ada urusan urgent di tempat lain, fuh lega.. dan mereka datang sebagai wakil untuk membentangkan hasrat dan tujuan datang.
Mula mula kami dengar je cadangan yg di kemukakan , Tugas abah ialah memberikan penjelasan dan tatacara untuk memasuki tender DBKL , bercakap pun kena sopan santun, takut lapuran sampai ke VVVIP tersebut, tambahan lagi di peringkat abah ni mana boleh memberikan sebarang harapan, cuma kami maklum dan faham cadangan yg di kemukakan dan mereka kena ikut peraturan sedia ada . Sama ada mereka puas hati atau sebalik nya abah pun tak tau, tapi mereka memang bersungguh dengan cadangan tersebut. Lain la ada arahan bertulis dari bos no. 1.
Tugas abah selepas itu menyediakan lapuran hasil pertemuan, menyediakan maklum balas teknikal (tanpa apa apa cadangan atau pengesyoran. ) Cadangan mereka akhir nya di tolak pihak pengurusan atasan atas beberapa alasan . Kalau lah VVVIP ni hadir , bagaimana agaknya suasana perbincangan, atau mungkin lah gentleman yg datang tu sengaja megaitkan nama beliau utk mendapat ,mileage untuk menguatkan proposal meraka. Tak ada siapa yang tau..
Bersambung....
ada lagi beberapa kes...
hi abah Zino..
ReplyDelete