Friday, September 29, 2023
Saturday, September 23, 2023
LAMO TAK BOSOKO Episod 12
REINFALL
Hari terakhir di Switzerland kami menginap di hotel DorMero, Hotel ni berada di Zurich dan tak jauh dari lapangan terbang Zurich.. Hotel ni juga menjadi pilihan kebanyakkan pengusaha pelancongan dari Malaysia bila ke Switzerland. Mungkin sebab kedudukan nya, bilik hotel dia pun selesa dan sarapan pun ada banyak pilihan.. Pilihan kami sama je la roti roti roti hehe
Hotel Dormero
Bergambar selepas sarapan.
Melawat ke Reinfall..
Hari terakhir di Switzerland kami sempat lagi melawat dua tempat menarik . Memula kami di bawa melawat ke satu air terjun yang sangat cantik. Dinamakan Rheinfall , Air terjun terbesar di bumi eropah. Tengok dari jauh pun dah terpukau di buat nya apa lagi bila di bawa menaikki bot menghampiri gigi air. Ada dua lokasi untuk melihat air terjun ni dari dekat.. Sama ada dari tebing sebelah sini singai atau tebing di sebelah sana. View nya berbeza harga pakej nya juga berbeza. Masing masing ada kelebihan nya.
Bila tengok dari jauh kita boleh melihat kejadian air terjun tanpa jemu , dan berpeluang menaiki bot menghampiri air terjun .. dari seberang sana kita betul2 di atas paras air terjun dan melihat nya dari dekat.. pilihan di tangan anda.. hehe . Turun je dari bas kami bergilir bergambar berlatar belakangkan air terjun.
View dari tempat meletak bas.
Posing dulu..
Terpesona me
Ihat air sungai yg jernih.. di mana saja sungai yg abah jumpa air nya
tetap jernih dan bersih , tak ada sampah sarap, tak berkelodak dan benda2
asing berapungan di dalam air.
Perkhidmatan bot di sedia kan untuk membawa kami mendapat pengalaman
menghampiri kawasan air terjun.
Semasa di dalam bot yang rasa nya boleh memuat 40 orang.. semua pelancong di bekalkan dengan alat audio untk mendengar taklimat atau penerangan ( yang dah siap dirakam) akan kisah sejarah yang berlaku di masa dulu di kawasan air terjun ni. Lupa pulak apa yg di ceritakan.. tetapi antara lain di ceritakan di zaman dulu kawasan Rheinfall ni pernah menjadi pusat perdagangan penting di Switzerland.. Dulu2 kan terkenal penduduk menggunakqn pengangutan air untuk bergerak dari satu tempat ke satu tempat membawa barang dagangan.
Hello!, siapa tu kami di Switzerland ni. Bye
Alhi rombongan bersedia untuk mendapat pengalaman baru menghampiri
air terjun.. tapi tak boleh la dekat sangat nanti kena sedut hehe
Khusuk mendengar penerangan yg di beri..
Dalam bot pun berselfie jangan lepas peluang
Bot belayar menghampiri air terjun.
Itik ni happy je mendari makan ikan yg nak di tangkap boleh di lihat
dengan jelas, tak boleh nak nyurok .
Ada banyak bot bergerak sekali , para pelancong silih berganti sampai ke sini..
masa kami sampai pun dah berderet bas pelancong dari pelbagai negara.
Ini water fall dari jarak dekat.. boat belayar lagi hampir ke gigi air.
Boleh dengar dengan jelas bunyi deruan air yang menyamankan.
Selesai melawat Rhinfall kami ke Rapperswil Jona , melawat rose garden. Cantik tempat ni.. agak nya bila musim bunga mesti lagi meriah dengan bunga bunga dari pokok pokok besar tu. Di sini terdapat dua kebun bunga rose yang di penuhi pokok bunga rose pelbagai spesis. Memang kesukaan mak hajjah lah datang tempat2 macam ni.. Sebelah kebun bunga rose ni ada kebun anggur, tapi nak boleh masuk untuk pegang buah anggur.. boleh tengok je lah dari luar pagar. Sekurang2 nya tau la pokok anggur tu macam mana hehe
Tak tau apa nama pokok ni
Cantik je tersusun
Puas hati mak hajjah dapat tengok bunga ros yang cantik dan beranika jenis. Kami masuk pun tak siapa yg tengok.. bebas merayau dalam kebun tu.. apa lagi bergambar sakan la dengan bunga bunga tu. Sebenar nya program datang ke sini tak ada dalam perancangan awal, bila Nina bagi cadangan semua setuju untuk kesini.. tepi di kena kan bayaran. Tugas tambahan untuk pemandu pelancong. Lagi pun kami masih ada banyak masa sebelum ke airport. Flight balik sebelah malam.
Bunga bunga yg segar
Terdiri dari pelbagai spesis warna merah paling menyerlah.
Mak hajjah dan bunga
Wednesday, September 20, 2023
LAMO TAK BOSOKO Episod 11
BANDAR ZURICH
Selesai shopping di Luzern kami di bawa meronda di bandar Zurich. Zurich terletak 55 km dari Luzern. Zurich terkenal sebagai sebuah pusat global banking. Biasa kita dengar kalau nak selamat simpan duit di Switzerland.Simpan kat sini lah. Kerahsiaan akaun terjamin.. itu pun bagi mereka yg ada berjuta juta la yg rasa macam tak selamat di simpan di negara sendiri.. Zurich terletak di bahagian utara Swiss, merupakan bandar terbesar di Switzerland. Kalau nak betul betul shopping datang ke Zurich.. Kena bawa berjuta juga baru puas hehe.
Di tengah bandar Zurich terdapat sebuah tasik , apa yang menarik perhatian abah, Tasik di Zurich ni dan lain lain tasik yang telah di temui sebelum ini. airnya jernih dan bersih.. Nak bandingkan dengan tasik atau sungai di negara kita .. jauh sangat beza nya. Tertanya tanya juga macam mana mereka boleh kekalkan air tasik tu jernih dan bersih. Dalam bandar lagi tu .Benda ni patut kita datang belajar , sejak bila mereka dapat membersihkan air tasik tu.. malah boleh mandi manda dalam tasik. Harap harap projek river of live yang kita buat di Kuala Lumpur, dapat membersihkan sungai Klang dan Singai Gombak yg mengalir ke pusat bandar. Kalau tak dapat bersih sampai boleh mandi pun at least boleh di sentuh celop kali dalam air tu.
Mesin masa matahari , cuba tekan pukul berapa tu
Banyak bangunan lama senibina nya cantik.
Kita datang untuk window shopping je hehe
Tertarik dengan kemudahan pengangkutan awam yg di sediakan di kawasan bandar, Tram bagi memudahkan pergerakan dari satu kawasan ke satu kawasan. Tram lagi praktikal utk kawasan bandar. Dulu ada juga ura ura nak melaksanakan projek tram di Kuala Lumpur, tapi tak menjadi kenyataan. Tak ada hala tuju kursus utk mengkaji dan melaksanakan nya.. Pihak pihak yg berkaitan lebih berminat utk menyediakan LRT dan MRT. Banyak faktor yg boleh mempengaruhi sesuatu keputusan dasar, sistem pengangkutan yg sesuai di laksanakan di satu satu bandar. Ada juga di antara kami yg mendapat pengalaman utk bersiar menaiki tram. Abah je tak naik.
Tram berkongsi laluan dengan kenderaan lain. Tapi tram akan mendapat
right of way untuk lalu.
Seronok tengok air tasik ni. Jernih dan bersih
Satu lagi view
Nak berenang pun boleh..
Senang itik2 tu nak tangkap ikan, boleh nampak ikan berenang
di bawah tu.
Selfie satu
Kalau ada kedai kopi kat tepi tasik ni kan best.
Sekali lagi kami cari kedai makanan islam di bandar untuk lunch. Perut pun dah lapar maklum lah hari ni banyak berjalan. Bila tengok menu ada nasi.. abah terus oder nasi kakak oder pizza.. Alhamdulilah yang penting kenyang utk meneruskan extiviti seterusnya. Kami tak shopping di Zurich.. kalau sesiapa nak mencari barangan yg berjenama , cari kat sini jam ke, beg ke atau barangan berjenama lain semua ada di sini.. abah tengok dari jauh je la hehe..
Alhamdulilah jumpa nasi.
Jetty dan boat..
Dalam bandar ramai yg berbasikal
BERSAMBONG
LAMO TAK BOSOKO Episod 10
BANDAR LUZERN
LION MONUMENT
Turun dari gunong Titlis kami ke bandar Lucern. Singgah melawat ke Lion Menument . Mengikut sejarah Lion monument ini di bina dengan mengukir pada tebing batu patung se ekor singa terbaring yang tercedera dengan tombak terpacak di badan nya. Ia nya di rekabentuk oleh Bertel Thorvaldsen dan Hewn pada tahun 1820 21 . Ia merupakan sebagai satu tugu peringatan di mana seramai 760 pengawal Swiss yg bertugas di istana Perancis di bunuh beramai2 dalam dalam satu serbuan ke istana semasa revolusi Perancis pada tahun 1792. Monumen ini menjadi sangat popupar dan telah di lawati lebih 1.4 juta pelawat setiap tahun.. Masa abah datang hari tu tak nampak pulak ada sesiapa yang mengira pelawat yang sampai hehe.. Tapi yang pasti pelancong yang singgah di Luzern mesti singgah sini.
Monumen ini di ukir di tebing batu sandstone, oleh pengukir batu Lukas Ahorn, Hasil kerja seni pengukir batu ini sangat menarik. Tak heran lah ia menjadi tumpuan pelancong utk merakam gambar kenangan. Kami apa lagi bergilir la mengambil gambar kenangan. Sebahagian nya di kongsi di sini.. gambar yg terpilih tu kira bertuah la haha.. Jurugambar dah tentu la Nina..
Nama tempat di mana monumen terletak
Dua tahun masa di ambil utk menyiapkan ukiran batu ini.
Bergambar sebagai kenangan
Antara yg bertuah..gambar nya di rakam di sini hehe
Dengan gaya tersendiri
Lagi gambar bertuah..
Selepas lawatan ke Monumen kami terus ke hotel penginapan. juga terletak di Bandar Luzern. Kali ni kami menginap di B&B Hotel, hotel yg paling kecil pernah kami bermalam . Hanya ada bilik untuk berdua sahaja. Kakak dapat bilik berasingan sorang. Hanya beg kecil sahaja yg boleh di bawa turun, beg besar tinggal dalam bas. Sebelum tu dah di pesan siapkan satu persalinan dalam beg kecil. Memula abanh ingatkan nak solat nanti kena atas katil . Dulu dah pernah terkena masa menginap di Cameron Highland.. dia punya sempit nak bentang sejadah pun tak ada ruang. Tapi kat sini masih ada cukup ruang nak bentang sejadah. Ada bilik yg dapat kipas dan ada yg tak dapat ..masing masing merungut panas hehe tak apa lah esok pagi pagi dah nak check out.
Rasa ralat pulak bila dah masuk hotel abah dah tak turun lagi ke bawah.. tak dapat la nak rasa waktu malam yg masih terang. Apa tak nya magrib jam 10.00 malam. Dah tentu lah kat luar tu terang sehingga jam 10.00 mlm. Tak tau la ada geng lain yg merayap malam2 ke tak? Masing masing dah penat . Makan malam pun dah di siap bungkus awal awal. Lepas solat terus landing.
MELANCONG KE BANDAR LUZERN
Saperti biasa jam 7.00 pagi kami dah turun sarapan, kali ni ada ruang tempat duduk di luar bangunan di sediakan , Masing masing memilih utk duduk di luar. Udara lebih segar dan lebih sejuk dengan angin pagi. Tapi cepat panas matahari naik awal juga . Bila abah masih menikmati sarapan kakak panggil , kata nya jumpa kambing biri biri hehe.. Kambing ni di kebun sebelah , sempat pulak melayan kambing dulu. Hehe.
Firstime tengok kambing Swiss berdepan sebelum ni jumpa tengok
dari jauh.
Kambing tu pun heran tengok kakak hehe
Selfie seketul
Nak jadi kan cerita, sambil sambil berbual dengan rakan serombongan , terkeluar la cerita TNB, bila dia sebut pernah kerja dengan TNB , secara spontan abah tanya, kenal tak dengan adik abah yg dulu kerja di tempat yg sama. Rupanya En Lazi dulu pernah berkerja dengan adik abah, malah pernah belajar bersama.
“ Patut la saya tengok abah ada iras dengan adik.. rasa nak bertanya juga “ Abah pun berselfie dengan dia dan pos kat adik. Terkejut adik tengok. “ Jumpo kek mano? “ hehe itu lah kisah nya..
Bersama En Lazi pesara TNB
Ini lah hotel nya.
Pagi ni kami masih di bandar Luzern. Memula kami di bawa utk bergambar di tepi sebuah tasik ke sungai ? dan berlatar belakangkan sebuah Kota lama , Aarburg Castle yang terletak di atas bukit. View dari tasik ni sangat cantik. Tambah pulak model2 yang bergambar pun cantik cantik. Masing masing tak lepas peluang utk bergambar.
Tasik yg luas dengan air yg sangat jernih
Lagi view yg menarik
Aarburg Castle
Sama rupanya pakai biru macam janji janji je
group photo
Masing masing tak lepas peluang utk bergambar.
Lagi posing menarik
Mak hajjah dah jumpa bunga.
Berposing lagi dengan bunga.
Sejarah jambatan dari tahun 1912 lama tu.
CHAPEL BRIDGE
Kemudian kami di bawa masuk ke Bandar Luzern. Bandar Luzern adalah sebuah bandar yg kompek terletak di tengah Swiss berhampiran gunong yang bersalji di sebelah tasik Lucerne. Bandar nya yg cantik menjadi kan ia satu distinasi pelancongan yang mesti singgah bagi setiap pelancong yang datang ke Switzerland. Bandar Luzern terletak di kawasan di mana penduduk nya ramai berbahasa German. Terletak lebih kurang 55 km dari Zurich. Penduduk Luzern sekitar 82,000 orang merupakan antara bandar yg padat dengan penduduk.
Selain Lion monument, terdapat sebuah jambatan kayu yg popular di Luzern. Chapel Bridge. Ia merupakan sebuah jambatan kayu berbumbung di bina (asal) pada tahun 1360. Dan telah di bina semula pada 14 April 1994. Satelah jambatan asal musnah dalam kebakarang pada tahun 1993. Jambatan ini merentangi sungai Reuss, secara menyerong (diagonal) . Nama jambatan di ambil sempena nama St Peter Chapel. Jambatan kayu ini merupakan jambatan kayu tertua di Eropah. Menjadi tumpuan setiap pelancong.
Bergambar di atas jambatan.
Berselfie juga di jambatan.
Lagi gambar kenangan.
Nak juga mengintai
View cantik di tepi sungai.
Satu view jambatan dari jauh , di kiri kanan jambatang terdapat
bunga yg segar dan cantik.
Lagi view yang cantik di tebing sungai.
Nampak tak yg mana satu abah hehe..
Selepas puas bersiar di atas jambatan kami di bawa melancong di sekitar bandar Luzern. Sempat juga shopping di sini. Bila time shopping jangan fikir kadar pertukaran duit Swiss dan RM, boleh nangis di buat nya. Beli se secukup rasa . Anggap lah macam berbelanja di Kuala Lumpur je.
Bergambar dulu sebelum shopping hehe
Bermain bayang bayang
Ramai yang berpesan dengan abah , bila dah sampai Switzerland jangan lupa beli jam, maklum lah Switzerland ni terkenal dengan perbagai jenama jam termasuk jam kayangan.. Malangnya abah dah tak minat jam analog ni sejak pakai jam digital ( murah) dah tak ada keperluan utk membeli jam baru.. Tambah lai bila tengok harga nya tu.. hehe.. Memula kakak yg bercadang nak beli jam , dah pilih dari pelbagai jenama , dah hampir pekenan dengan design nya , tapi penjual tu ( kata kakak ) macam merendah rendahkan keupayaan untuk membeli jam mahal. Terus kakak hilang mood nak beli.. Nasib baik abah tak dengar apa yg mamat tu sebut kat kakak, kalau tak tak pasal pasal abah suruh bungkus 10 utas jam nanti. Hehe
Ambil gambar je mampu
Macam tarik bakul di AEON mall je mak hajjah buat hehe