Assalamualaikum.. dan selamat petang semua..
Mungkin ramai yg dah tau dah baca dan dah dengar kisah anak dengan mak.. sebelum ni saya dengar gosip di radio.. tadi terbaca di akhbar.. katanya ada juga cerita keluar di TV.. tak kisah la siapa betul siapa salah.. kenapa dia orang ni suka cerita hal keluarga di akhbar?? apa yg dia orang dapat bila bercerita?? tak boleh ke hal keluarga di uruskan secara senyap senyap di kalangan keluarga?? kenapa perlu di hebohkan kepada orang ramai..
Yang akan dapat malu bukan orang lain keluarga sendiri juga.. yg di aibkan keluarga sendiri juga darah daging sendiri.. sangat tidak bijak sangat tidak matang. Pihak yg membuat keuntungan hanya media.. lagi sensasi cerita yg di berikan lagi bernilai untuk di siarkan dan jika ada maklum balas dari pihak yg lagi satu lagi lah mereka suka.. cerita boleh bersambung dan bersiri.. di mana etika ??
Apa faedah nya?? apa yang mahu di buktikan..?? apa yang mahu di tegakkan?? yang menang menjadi abu yang kalah menjadi arang.. dua2 pihak mendapat malu ... kedua pihak menanggung aib.. kesian ibu.. buruk ke baik ke ibu tetap ibu.. perlu di hormati perlu di jaga hati nya perlu di lindungi perlu di letak di kedudukan yang sewajarnya.. tambah lagi anak lelaki.. tanggongjawab terhadap ibu tidak akan terlepas walaudalam keadaan mana sekalipun..
sudah2 la tu... .











