Monday, June 29, 2009

40% pekerja awam berhutang

KUALA LUMPUR 28 Jun - Seramai 450,000 orang daripada 1.2 juta petugas awam menghadapi masalah hutang dan golongan ini perlu diberi perhatian khas kerana mereka mudah terjerumus dalam gejala rasuah.

Setiausaha Agung CUEPACS, Ahmad Shah Mohd. Zin berharap ketua-ketua mereka di jabatan atau kementerian mengambil sikap berperikemanusiaan dalam mengendalikan masalah mengenai kumpulan ini, yang rata-ratanya membawa pulang hanya 40 peratus daripada gaji mereka.

"Kebanyakan gaji mereka dipotong untuk pelbagai pinjaman seperti perumahan dan kenderaan atau mengubah suai rumah," katanya.

adakah hidup anda di belenggu hutang, atau siapa dalam hidupnya tak pernah berhutang??

Saturday, June 27, 2009

perlawanan persahabatan.....









Petang tadi berlangsung pertandingan yg zino war warkan sebelum ni.. tepat seperti tekaan kawan kawan.. kami mengadakan pertandingan bowling intersection di Brem Mall Kepong.. kenapa Kepong.. entah biar pihak penganjur yg jawab.. hehe

Untuk zino ini merupakan satu sejarah...sebab ini kali pertama zino main bowling .. macam tak caya kan.. hehe banyak benda lah yg zino belajar.. ada juga staff yg ajak zino pegi training.. sebelum pertandingan petang tadi.. zino rasa tak payah la.. game yg guna tangan ni biasa nya mudah sikit nak di serasikan....

mmm.. tak de le teruk sangat..yang penting suasana petang tadi cukup meriah.. lihat le gambar gambar tu...

Friday, June 26, 2009

pertandingan...........

esok jabatan kami akan mengadakan satu pertandingan ...
semua seksyen di wajibkan mengambil bahagian..
makna nya penyertaan paling ramai yg boleh la..
bukan nak cari siapa pemenang sangat pun...
saja nak beriadah sesama staff..
tak kan la asyik kerja je kan..
tapi dalam diam diam ada juga yg pegi training..
tak kisah la kan.. kira bersemangat la tu..

dan semua bos bos pun kena ambil bahagian..
part ni yg lemah sikit hehe.. zino lah tu..hehe
ada bos dah siang2 cakap dah cedera..
makna nya tak boleh ambil bahagian la..
tapi janji tetap akan bersama..
kalau ada hadiah tercorot..
ada harapan la kot hehe

jom kita tunggu esok
apa yg akan terjadi kat sana..
game apa.. di mana dan apa kesudahan nya..
inshaAllah akan ada lapuran bergambar...

Thursday, June 25, 2009

kerana terlalu percaya.....

Sebelum ni kesilapan telah di kesan... kata dia orang...alah sikit je... so petang semalam kami pun berkumpul utk membuat satu operasi menyemak dokumen bersama bos dan tiga jurutera lain.. kiranya high level punya operasi la.. kesilapan jika tidak di perbaikki segera boleh menjejaskan kewibawaan keputusan..

Bermula jam 4.30 petang kami berkurung dalam satu bilik menyemak semua dokumen yg menimbun tu .. satu jam cukup la kot ... semak dari satu maklumat ke satu maklumat... mak oii rupa nya bukan sedikit yg silap.. banyak.. banyak nya data yg salah... seolah kerja yg di buat langsung tidak di semak.. akhirnya jam 1.30 pagi... ya tuan ya tuan 1.30 pagi baru selesai... sampai rumah dekat jam 2.00 pagi..

sape nak jawab tu.. ini lah akibat nya bila terlalu percaya dengan sesaorang.. sehingga kerja tidak di semak dengan teliti..

Tuesday, June 23, 2009

not in the well... hehe

hari ni tak berapa sihat..
sejak semalam..
batuk2 dan selesema....
tekak pun rasa perit...

so sempat nak ziarah
kemana mana...

Sunday, June 21, 2009

tiga dalam satu.....

sepatutnya petang semalam nak balik kampong.. tetapi ada beberapa perkara yg tak dapat di elak perjalanan tertanggung ke hari ni..so lebih kurang jam 10.00 pagi tadi kami bertolak ke kampong.. singgah di R&R seremban utk bersarapan...

distinasi pertama nak makan cendol Pak Leman Dawi.. dah galak kali kami mencuba tetapi tak pernah dapat asyik tutup dengan iklan cendol habis hehe.. so kali ni kami pastikan sampai awal hehe..mendengar celoteh leman dawi memang menghiburkan hehe sempat berbual sekejap dengan dia ...








distinasi ke dua tentulah balik kampong jumpa ayah bonda.. tak cakap pun nak balik.. saja tak mau mak bersusah payah masak..bila mak tanya dah makan ke belum? fizah jawab dah makan cendol hehe.. mak ke dapur juga goreng telur .. masa tu zino dah boom ngantuk sangat.. bila terjaga terus ke dapur makan hehe..

distinasi ke tiga.... tetiba je kami sampai ke tempat ni... so lengkap la percutian singkat hari ni...





percutian singkat hehe

Saturday, June 20, 2009

keter angah VS keter abah..

hampir seminggu zino "tengok2kan" kereta angah..
beberapa penemuan boleh di rumuskan seperti
berikut:-

minyak: keter angah 3 kali lebih jimat dari keter abah !!
semasa memecut: keter angah 4 kali lebih pantas dari keter abah
memotong : keter angah 3 kali lebih cekap dari keter abah
menyelit2: keter abah lebih 2 kali lebih mudah dari keter angah..(keter lain akan beri laluan sebab takut kena gesel hehe)
isi penuh : keter abah 1 1/2 kali lebih baik dari keter angah.. haha
selesa masa memandu: keter angah 2 kali lebih selesa dari keter abah
U turn : keter abah memerlukan turning circle lebih kecil dari keter angah
pandu jarak jauh: keter angah 2 kali lebih berdesup dari keter abah.
gaya pemanduan: keter angah lebih bergaya dari keter abah..

banyak nya penemuan baru seminggu hehe...
rasa macam nak tukar keter pun ada hehe

Friday, June 19, 2009

doreyan



musim doreyan datang lagi....
ada sesiapa nak buat pesta doreyan??
jangan lupa jemput zino ya..
hehe

Thursday, June 18, 2009

tengok2 je...



sementara angah berkursus..
kereta ni abah tolong idupkan injin je..
i ya lah tu hehe

Monday, June 15, 2009

terbang lagi......





petang esok angah nak terbang ke negara yg banyak binatang ni... lebih tepat ke brisbane..dia baru je tukar kerja dengan syarikat dari negara tu.. so masuk2 je kena lah pegi training kat sana dulu ..kali ni tak lama la.. 27hb dah balik.. lain kali bila ada keperluan mungkin akan ke sana lagi..

esok kan hari kerja .. mem beriya iya minta zino hantar angah kat KLIA.. bila check jadual esok ada satu meeting.. kalau berjaya slow talk dengan bos besok boleh le anta angah..

Sunday, June 14, 2009

dah berbuah??











kat depan rumah zino yg sekangkang anak kera tu macam macam tanaman yg ada.. semua zino sumbat di tempat yg sempit tu.. suka tengok pokok ni..oleh kerana tempat nya sempit.. nampak berserabut la sikit..hehe..tapi sekurang2 nya zino membekal oxsigen utk jiran2 hehe

bila pegi belek2 tadi tengok pokok limau nipis yg dah berkurun ditaman mengeluarkan buah..daun limau ni kegemaran ulat bulu.. pasal tu tak besar2.. keluar je adun muda jadi habuan ulat.. bila ada buah teruja juga.. minta2 sempat la besar buah tu.. hehe.. pisang bonzai tu pun dah berbuah lagi.. zino panggil pisang bonzai.. sebab batang dia kecik je dah berbuah..nanti batang kena tongkat.. kalau tak alamat patah tengkuk..tak larat nak bawa buah tu..

yg lain tu kira selingan je..

skill lama...

Sejak zaman along kecik2 lagi.. sampai le ke angah, alang dan sekarang giliran hazwan.. hehe mereka ni jarang pergi gunting kat kedai.. itu gara gara abah dia ada skill utk melakukan nya.. dulu masa kat kolej jadi barber bidan terjun.. bila sorang kawan tidak di benarkan masuk lecture room gara gara rambut panjang mengurai hehe dia terus ulur gunting dengan sikat minta zino gunting kan rambut dia.. sejak tu ramai kawan2 datang menghulurkan kepala minta di gunting rambut.. zino hentam je hehe lama lama skill tu datang le sikit2.. hehe

so lepas tu along,angah,alang dan sekarang hazwan jadi mangsa hehe..







ada anak sesape yg tak sempat gunting kat kedai tu mai sini hehe...

Saturday, June 13, 2009

abah kata.....

"abah kata kalau hari sabtu boleh makan KFC... ha.. ari ni sabtu adik nak KFC.."

dulu hazwan selalu sangat nak KFC maka aku buat satu ketetapan.. kalau nak makan KFC hanya hari sabtu je makna nya seminggu sekali je.. itu pun kalau dia minta la.. so pagi tadi dia teringat janji manis abah dia tu.. dah lama sebenarnya aku tak bawa dia.. entah apa angin pagi tadi teringat.. hehe

so malam tadi ( baru je balik sebenarnya..) kami dinner KFC di JJ taman maluri.. tengok la kanak2 riang lepas makan KFC tu hehe..









dah balik JB




arifah dah balik JB.. mama kena buat praktikal di Simpang Renggam selama tiga bulan tak boleh buat kat KL kena cari school area Batu Pahat juga.. senang kolej nak pantau agaknya..lepas tu masuk balik utk final exam..

makna nya bila jumpa arifah lagi lepas ni dia dah laju berlari hehe..

Friday, June 12, 2009

makan makan....

Seperti biasa setiap kali bila ada yg sambut birthday di kalangan ahli keluarga kami akan keluar makan besar.. semalam giliran angah.. birthday dia yg ke 26.. kebetulan semua berkumpul di rumah kami kecuali kakngah dan qaisara.. birthday kakngah, qaisara dan angah pun agak rapat... lain kali boleh le buat 3 dalam satu hehe

kami keluar makan ke restoren yg telah menjadi feberet dia orang.. cuma keluar agak lewat sedikit menunggu lepas fizah habis tusyen.. so lihat la apa yg dia orang oder hehe















amacam terliur tak ? hehe

Wednesday, June 10, 2009

lu orang pandai pun tak boleh tolong ka??

Zino berjalan kaki dari Hq ke opis.. tak jauh pun nak seberang jalan je.. tetiba zino di tahan oleh sorang nyonya..

"tau ka mana pejabat buruh?"

"mmm (alamak tak tau pulak..) saya tak tau la.., kenapa ?"

"saya mau adu itu olang, manyak jahat, tipu sama saya... dia panggil saya kerja tapi tak la baya gaji oo, saya manyak sakit ati"

"apa kerja awak buat?"

"dia tipu saya, saya sudah lepot polis oo , lu bole talipon itu olang ka, minta dia baya saya punya gaji.. saya manyak susah oo, "

bermacam2 yg di adukan kepada zino.. nak biar dia macam tu je rasa bersalah pula.. tapi nak membantu tiada daya.. zino baca report polis yg dia buat.. dalam report tu tulis dia datang dari Temerloh, datang KL kerana di tawar kerja kilang, selepas 5 hari di arah berhenti tanpa di bayar gaji.. dia rasa di tipu.... dia pun kata polis pun tak boleh tolong.. agaknya polis yg syor dia adu di pejabat buruh..tapi yg tak tahan tu bila dia cakap..,

"lu olang pandai pun tak boleh tolong ka?"

memang mencabar betul ayat tu hehe.. zino tanya kawan2 siapa yg tau pejabat buruh.. tapi tak ada yg tau.. last last zino tanya dia nak kemana lepas ni.. dia kata nak balik Temerloh lepas dapat duit gaji.. zino cadangkan dia balik dulu ke Temerloh dan buat aduan di pejabat buruh kat sana.. biar pejabat buruh berurusan dengan KL.. akhirnya dia bersetuju dan tanya zino kat mana nak dapatkan bas nak balik Temerloh.

puh lega nak abaikan dia macam tu je tak sampai hati.. nak bantu pulak di luar kemampuan....

Tuesday, June 9, 2009

sapo dapek jawab?

ni ada 10 soalan objektif.. cubo jawab utk uji minda anda
saja nak tau sejauh mano anda tau pasal Nogori den hehe
mano yg tak paham tu boleh tanyo hehe

1.apo makno "cenekel"
A.aksi mencungkil lubang kecik
B.main tipu
C.aksi merotan
D.cangkul batas

2.apo makno "hongeh"
A.terlalu konyang
B.terlalu suko
C.terlalu ponek
D.terlalu sodap

3.apo makno "pembongak"
A.kaki tipu
B.orang ygi bongkak
C.kaki curi
D.kaki pancing

4.apo makno "hongap"
A.dengkur
B.hinggap
C.nafas
D.gatal

5.apo makno "menyanggau"
A.lidah kelat kelat makan nenas
B.memikat burung
C.mengacau dodol
D.pijar-pijar terkena lada

6.apo makno "menghungap"
A.lari tercungap cungap
B.menhendap ayam hutan
C.penat kekenyangan
D.menerkam makanan

7.apo makno "hunggeh"
A.keadaan tersengih mcm kerang busuk
B.proses mencabut ubi kayu
C.teknik mengumpil daun pintu
D.teknik menggigit buah jambu batu

8.ayat mano yang botul pasal ghemah
A.ghemah ghemah jugak, hutang den bilo nak bayar
B.elok lah sikit makan tuh jgn sampai bersepah ghemah
C.bawak keto tu biar ber-ghemah sikit
D.apo yg ghemah ghemah kek luar tuh... suruh dio sonyap

9.apa makno "okap"
A.otai
B.tamak
C.cekap
D.lembab

10.apo makno "bosolumak"
A.kusam
B.suara lunak
C.comot
D.berlemak

Monday, June 8, 2009

biskut bulat








biskut ni ujud sejak zino kecik2 dulu.. tapi masa tu saiz buskut ni agak besar sikit tapi sejak bila tah.. saiz nya dah mengecil.. kalau kat KL ni tak tau la..rasa nya tak ada jual biskut bulat ni tapi kalau kat kampong memang mudah dapat..

pernah jumpa ke biskut ni? sedap di makan bagitu saja untuk menikmati kerangupan dia tu..atau di cecah dengan air kopi ke teh ke atau apa saja lah.. asal jangan cecah air kosong dah le. hehe.. kenapa zino nak iklan biskut ni? jangan tanya kenapa di namakan biskut bulat hehe

baru baru ni zino balik kampong.. zino tengok mem beli sekotak besar .. ingatkan apa hal.. rupanya ramai geng geng opis dia pesan.. amboi.. boleh jadi ejen ni.. hehe anda pernah tengok ke biskut ni?

Sunday, June 7, 2009

lapuran lawatan....

kat mana nak mula ya...

ok lah zino nak cerita dulu pasal besan yg baik hati.. dan cukup sporting.. sejak kami sampai sehingga lah nak balik.. kami di layan cukup baik dan meriah.. kami sampai jam 9.00 pagi.. bila sampai je sarapan dah tersedia.. apa lagi perut pun dah lapar.. hehe.. lepas sarapan terus bergurau senda dengan qaisara.. oop cerita qaisara nanti dulu..

selepas berehat.. sampai terlelap.. hehe sedar sedar besan kejut makan tengah hari.. hehe.. mak besan masak ayam percik!!.. sodap..lepas makan besan dan bersedia bawa kami JJCM.. dia ajak ke Rantau Panjang tapi zino syorkan pengkalan kubur.. dulu dah pernah ke RP jem tak tau nak cakap.. dengan senang hati besan nak bawa kami ke PK .. mula ingat nak pinjam kereta angah kami cari sendiri je.. so kami pergi berlima je .. mak besan teman mem soping.. pak besan menunggu kat luar...zino dengan hazwan pulak menyelinap mencari apa yg patut.. dapat ke baju sehelai dua "original siam mari hehe" dan selai baju hazwan..tak kisah la asal harga berpatutan..

malam nya tak banyak aktiviiti sebab dah penat.. bergurau senda dengan qaisara je.. kami di sediakan satu bilik.. rumah besan ni ada 6 bilik.. so memang tak jadi masaalah.. dia siap pesan lagi.. lain kali kalau datang KB jangan sewa hotel duduk je rumah dia.. itu satu tawaran yg menarik... zino pun cakap.. ishaAllah nanti bila datang lagi kami nak duduk rumah besan hahaha.. tak malu hehe

bila kami balik tadi besan masakan bekal utk kami.. dia pesan tak payah makan kat kedai.. sampai gua musang baru tau apa yg besan masak... ayam masak merah dengan daging masak kurma.. memang bertuah angah..

apa lagi nak cerita ya...

oo kisah qaisara... lebih baik tengok gambar je lah hehe









Saturday, June 6, 2009

lapur dari Ketereh

kami selamat sampai ke ketereh jam 9.00 pagi tadi angah datang jemput di airport . Perjalanam lancar . Jam 5.00 pagi dah keluar rumah alang le kena bawa kereta balik dan dia juga kena jaga fizah. Hotel yg di cari tak dapat so settle le kat rumah besan . Hehe

Friday, June 5, 2009

nurul arifah diyana

seminggu ni kak long cuti.. dan seminggu ni juga mereka bersama kami.. makna nya seminggu ni dapat le bergurau senda dengan si Arifah...bila dah lama tak jumpa arifah macam takut je tengok kami.. hehe masuk hari ke tiga baru le nak senyum hehe.. baru le boleh dukung ke.. kalau tak tu angkat je mula melalak hehe

ni lah wajah berbaru arifah...
















cute kan ? hehe

Wednesday, June 3, 2009

apa dah jadi????


TINJAUAN udara menunjukkan runtuhan sebahagian bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin di Kompleks Sukan Gong Badak, Kuala Terengganu, semalam.



apa sebenarnya dah jadi.. struktur kerangka ruang (space frame) sedemikian tak akan mudah roboh bagitu saja.. dulu zino pun banyak terlibat dalam kerja kerja rekabentuk ni.. termasuk juga projek projek yang menggunakan sistem kerangka ruang.. sama macam YB.. bila berlaku perkara bagini.. sungguh berminat nak tau punca .. tanggungjawab jurutera struktur tercabar...

rekabentuk kerangka ruang seperti ini memerlukan kepakaran tertentu kerana kaedah penyambungan satu satu struktur telah di patent kan.. syarikat lain tidak di benarkan meniru satu satu sistem yg telah di hakmilikkan.. makna nya designer dan fabricator duduk dalam team yg sama. zino tak mau nak ulas apa apa kemungkinan dan penyebab.. biar la pakar menentukan nya..