Showing posts with label riadah. Show all posts
Showing posts with label riadah. Show all posts

Tuesday, May 17, 2011

santai bersama keluarga....


Yg ni cerita hari ni...
tengok la gaya seorang juara... tak kisah la macam mana adik nak baling asal strike hehe.. yg best tu boleh slow motion adik pun boleh strike.. kalau masuk longkang tu biasa la... inilah aktiviti kami bila dah berkumpul ramai2 di rumah... yg teruja nak main alang dengan kakak, kami ni mencukupkan korum je.. hehe.. dan adik numpang sekaki hehe..

masa kami sampai tempat ni penuh.. rasanya semua lane ada orang.. 90 % remaja melayu... dan 70% dari melayu tu pempuan... datang berkumpulan.. ada juga yg couple dan ada juga yg datang bersama keluarga.. tapi tak berapa ramai la... salah satu program riadah yg memerlukan uwang... kalau dulu nak beriadah ni pergi ke taman taman.. dan sebagainya...


yg ni kisah hujung minggu...
Cerita ni yg mem nak sangat tengok.. zino dah cakap siang2 nak tolong anta boleh nak tengok zino tak nak.. sementara kakak ada kat rumah ni boleh le anak dara dia tu teman.. tak minat la nak tengok cerita yg nangis2 ni... hehe

tiga beradik sedang beli tiket... panggung ni baru buka.. shopping kompleks ni pun baru buka semula.. lama tempat ni tak bermaya dan tutup.. asalnya dulu pemaju jual lot kedai dalam kompleks ni.. masing2 buat hal sendiri bila nak berniaga bila nak tutup.. ada la pasar raya.. tak lama lepas tu bungkus.. kedai letrik berjenama buka pun bertahan sekejap je bungkus juga..

lepas tu datang sorang saudagar dia beli semula semua lot2 kedai yg ada, belanja berjuta buat renovation, derma sebuah jejantas, bina dua buah jambatan, satu sambungan jalan raya dan satu persimpangan berlampu isyarat semata mata nak menggalakkan orang ramai datang ke tempat ni... baru sangat buka ada lagi lot kedai dalam tu yg sedang di ubahsuai... anchor tenant dia gaint dan yg banyak dalam tu kedai perabut atau yg berkait dengan rumah..

ini dah kira iklan free hehe... tau ke kat mana zino cerita ni?? kat jalan Loke Yew tu.. yg ada sebuah jejantas melintang jalan tu.. sambung terus ke LRT Miharja..

Sunday, April 24, 2011

selamat berehat....


Setelah penat bekerja sepanjang minggu hari minggu ada masa untuk berehat, masa utk aktiviti keluarga dan masa utk beriadah utk mengumpul tenaga sebelum memulakan minggu yg baru...rutin harian rutin mingguan silih berganti...


mungkin ada di antara kita utk memilih utk duudk bersantai di rumah sahaja, bersama keluarga masak masak dan makan makan.. ada yang memilih utk berehat juga dari memasak .. keluar bersama keluarga makan di luar sambil membeli belah di gedung gedung yang tumbuh macam sendawan busut... ada saja tempat shopping baru yg ujud di ibukota ini.. lubuk tempat peniaga meraih keuntungan...

sekarang ni timbul isu miskin bandar, katanya sesiapa yg berpendapatan RM 3000.00 dan kebawah boleh di ketegerikan sebagi miskin bandar... adakah masyarakat dalam golongan ini patut mendapat bantuan, patut mendapat perhatian, untuk apa tujuan penarafan ini di keluarkan hanya pihak pihak berkaitan yg tahu.. tapi cuba kita perhatikan di gedung2 perniagaan , siapa yang selalu membanjiri nya.. adakah mereka dari golongan berpendapatan tinggi... melepasi tahap miskin bandar.... atau ada mereka tahu di dalam ketegeri mana mereka berada....

yang penting guna kan hari minggu anda sebaik nya... masa berkualiti bersama keluarga.. atau kalau anda bersendirian jadi kan ia hari yang berkualiti untuk diri anda sendiri.. walau apa pun yg bakal anda lakukan.. kalau tidu seharian di anggap sangat berkualiti kerana seminggu anda tidak dapat melelepkan mata kerana tugas.. lakukan nya...

kalau anda memilih ke taman taman... hargai lah alam sekitar anda... ada banyak tempat menarik di keliling anda tidak perlu berbelanja banyak untuk melihat alam ciptaan Nya.. lupakan komputer, lupakan laptop, lupakan BB anda buat seketika... keluar lah.. berehat la... selamat berhujung minggu...

jom ke ke pesta buku antarabangsa.....

Saturday, July 31, 2010

alam sekitar..












sementara idea belum mari, kita tengok gambar dulu ya..
zino suka pemandangan yg melibatkan tiga unsur air ,
pokok dan awan...what about You ?

Saturday, June 27, 2009

perlawanan persahabatan.....









Petang tadi berlangsung pertandingan yg zino war warkan sebelum ni.. tepat seperti tekaan kawan kawan.. kami mengadakan pertandingan bowling intersection di Brem Mall Kepong.. kenapa Kepong.. entah biar pihak penganjur yg jawab.. hehe

Untuk zino ini merupakan satu sejarah...sebab ini kali pertama zino main bowling .. macam tak caya kan.. hehe banyak benda lah yg zino belajar.. ada juga staff yg ajak zino pegi training.. sebelum pertandingan petang tadi.. zino rasa tak payah la.. game yg guna tangan ni biasa nya mudah sikit nak di serasikan....

mmm.. tak de le teruk sangat..yang penting suasana petang tadi cukup meriah.. lihat le gambar gambar tu...

Tuesday, April 28, 2009

bas stop





masa menghantar angah hari tu zino tertarik dengan bangunan ni.. so pergi lah investigate.. rupa nya bas stop .. tempat acik dan noli tunggu bas hehe.. acik dan noli dah jadi jiran angah.. hehe.. tengok kepada design tu.. memang cukup selesa boleh lah jadikan tempat pertemuan utk sembang petang sambil menunggu anak balik sekolah ke kan.. hehe