Tuesday, May 17, 2011

santai bersama keluarga....


Yg ni cerita hari ni...
tengok la gaya seorang juara... tak kisah la macam mana adik nak baling asal strike hehe.. yg best tu boleh slow motion adik pun boleh strike.. kalau masuk longkang tu biasa la... inilah aktiviti kami bila dah berkumpul ramai2 di rumah... yg teruja nak main alang dengan kakak, kami ni mencukupkan korum je.. hehe.. dan adik numpang sekaki hehe..

masa kami sampai tempat ni penuh.. rasanya semua lane ada orang.. 90 % remaja melayu... dan 70% dari melayu tu pempuan... datang berkumpulan.. ada juga yg couple dan ada juga yg datang bersama keluarga.. tapi tak berapa ramai la... salah satu program riadah yg memerlukan uwang... kalau dulu nak beriadah ni pergi ke taman taman.. dan sebagainya...


yg ni kisah hujung minggu...
Cerita ni yg mem nak sangat tengok.. zino dah cakap siang2 nak tolong anta boleh nak tengok zino tak nak.. sementara kakak ada kat rumah ni boleh le anak dara dia tu teman.. tak minat la nak tengok cerita yg nangis2 ni... hehe

tiga beradik sedang beli tiket... panggung ni baru buka.. shopping kompleks ni pun baru buka semula.. lama tempat ni tak bermaya dan tutup.. asalnya dulu pemaju jual lot kedai dalam kompleks ni.. masing2 buat hal sendiri bila nak berniaga bila nak tutup.. ada la pasar raya.. tak lama lepas tu bungkus.. kedai letrik berjenama buka pun bertahan sekejap je bungkus juga..

lepas tu datang sorang saudagar dia beli semula semua lot2 kedai yg ada, belanja berjuta buat renovation, derma sebuah jejantas, bina dua buah jambatan, satu sambungan jalan raya dan satu persimpangan berlampu isyarat semata mata nak menggalakkan orang ramai datang ke tempat ni... baru sangat buka ada lagi lot kedai dalam tu yg sedang di ubahsuai... anchor tenant dia gaint dan yg banyak dalam tu kedai perabut atau yg berkait dengan rumah..

ini dah kira iklan free hehe... tau ke kat mana zino cerita ni?? kat jalan Loke Yew tu.. yg ada sebuah jejantas melintang jalan tu.. sambung terus ke LRT Miharja..

13 comments:

Zareda Norman said...

ada boling ada cinema... hiduplah tempat tu

zino said...

zar..
cinema je boling tempat lain hehe

azieazah said...

Bowling tu Ampang Superbowl Times Square ker?

Anak Kak Azie main, tolak slow pun pernah strike! hehehe kelakar. Janji depa happy.


“NUR KASIH the Movie: Bila Hati Sudah Kasih...”

zino said...

azieazah..
tu kita org gelak bila si hazwan boleh strike hehe

tulipurple said...

owh dah siap eh kompleks tu,dulu nama uncang omeh pun tak bw ong kan..hihi.

abah...nnt den anta anak2 den kek abah@adik eh,nak layan nur kasih gak,hehe

zino said...

tulipurple...
boleh anta je hehe

noorlara said...

apakah yg lebih membahagiakan bila dapat mengisi masa lapang dengan keluarga. Ini akan meningkatkan kualiti hidup berkeluarga dan hubungan akan bertambah rapat.

Mak Su said...

bola boling tu macam gula gula cekelat yang awesome.... lapar....

zino said...

noorlara
betul tu..

zino said...

Maksu
kalau bosa tu gulo2 mau hongeh makan tu hehe

MULAN said...

lama tak main boling..

MOKCIK AZWA said...

Lama sangat dah tak masuk ke area KL..asyik memerap kat Putrajaya, sesekali ke Jalan Duta hehehe..

Best ker citer Nur kasih tu?

DrSam said...

main bowling ni, yang penting gaya mesti ada...