Friday, February 27, 2009

distinasi JB...

i'am coming down to Johor Bahru..

maklumat tambahan:

lintas langsung dari perling...

menjawab soalan panas abanglong hehe..

1 - Bila kali pertama menerima WARKAH CINTA ?
rasanya tak ada sangat surat cinta ni.. tapi ada surat mistri masa form3 tak tau sape yg hantar...hehe

2 - Dalam WARKAH CINTA ada lirik lagu atau puisi atau pantun atau syair atau sajak ?

surat2 biasa je... tak ada semua tu...

3 - Dalam sampul WARKAH CINTA, ada ditabur bedak atau haruman ?

ada juga yg letak bedak tu... oops sebenarnya dapat surat dari ramai kawan...

4 - Masih disimpan semua WARKAH CINTA ?

dah di lupuskan ..

5 - Ada disertakan gambar ?

tak kot..

6 - Masih disimpan WARKAH CINTA itu didalam sampul asalnya ?

telah dijawab dalam soalan 4..

7 - Pernah dibaca selepas itu ? atau disimpan buat kenangan dan sebagai harta ?

lama juga simpan tapi sekarang dah lupus...

8 - Tarikh WARKAH CINTA pertama yang diterima ?

tak ada warkah yg "cinta " sangat pun hehe dan tak ingat dah lama....

9 - Adakah sesiapa yang tahu tentang WARKAH CINTA anda ? Umpamanya anak atau saudara ?
tak..

10-Pendapat ANDA. Mana lebih mendebarkan ... antara Surat @ WARKAH CINTA atau emel atau sms ?
sama je .. perubahan berlaku mengikut zaman...

nasib baik abang long kata bukan tag.. kalau tag memang zino tak jawab.. tapi lepas ni jangan ada lagi yg minta zino jawab soalan seumpama ni.. jawapan pasti tak memuaskan hati hehe dan harap dah menjawab soalan abanglong..

Wednesday, February 25, 2009

ada ada............je..

kisah ni berlaku semalam...

memula adik tetiba terjerit... lalu lari ke belakang meja..lepas tu kakak pulak datang.. tetiba terjerit juga.. ikut lari belakang adik.. sambil lari sambil memandang ke arah tangga...

lepas tu adik terjerit lagi lari lagi dan terus melompat ke atas kerusi.. kakak juga lari..jerit lagi kuat..dan juga melompat di atas kerusi yg sama.. hehe.. apa ke hal pulak ni...

"abah, tolong!!"

"kenapa ni?"

"tu ha.. sambil tunjuk ke arah tangga.."

aku pun terus ke dapur, capai penyapu, dan dengan pantas zapppp!!! zuppp..!!! payah jugak nak kena dia lari mencelinap kesana kemari.. tapi akhirnya tewas juga.. hehe kakak dan adik masih tercegat atas kerusi sambil menjengok betul ke apa yg aku kata.. betul ke dah dapat di tewaskan hehe.. last last aku kata..

"nah tengok ni, abah buang kat luar.."

baru le mereka berani turun dari kerusi.. hehe

nak tau apa benda nya... lihat kat bawah ni.. hehe















Tariq bin Riyad



sebuah lagi buku Paklatip selesai zino baca.. lama juga tu.. kalau ikut kan hati satu malam pun boleh di habiskan..tapi pasal zino bacakan utk hazwan, kena lah ikut mood dia.. bukan setiap malam pun berpeluang membaca nya.. kadang tu bila ambil dia dari rumah mama, belum sampai rumah lagi dah tidur.. atau bila dia terpaksa tidur dengan mak, tak berpeluang la nak dengar cerita..

membaca buku karangan paklatip ni memang seronok dan rasa jemu.. habis satu episod teruja nak tau kisah selanjutnya.. tambah bersemangat bila membaca kisah pejuang islam yg berjuang bermati2an kerana Allah.. seperti kisah nya Tariq bin Riyad ,dia memilih pasukan tentera nya dari kalangan yg terbaik, bukan terbaik dari kelengkapan senjata dan bukan juga terbaik dari segi kemahiran menggunakan senjata, tetapi memilih di kalangan mereka yg lebih bertaqwa kepada Allah.. dan mereka berjuang semata mata kerana allah bukan kerana habuan yg bakal di perolehi atau sebagainya..walaupun di medan perang mereka tidak tinggal sembahyang tahjud sepanjang malam..

Walaupun dengan bilangan tentera yg sedikit berbanding tentera musuh tetapi tentera islam tetap tidak gentar atau merasa gerun untuk menegakkan kalimah Allah.. mereka berjuang kerana mahu kemenangan atau syahid.. semangat juang ini kalau masih ada dalam hati setiap umat islam dewasa ini sudah tentu umat islam akan terus mencipta kejayaan.. tidak le mereka di tindas dan di perkecilkan oleh musuh2 islam.. bilangan tidak penting.. yang penting keyakinan dan keikhlasan untuk berjuang semata mata kerana Allah..

syabas kepada paklatip yg telah berjaya menghasilkan novel2 berunsur sejarah islam yg memang tidak jemu di baca, mudah di fahami dan boleh menaikkan semangat juang di dalam sanubari kita.. sudah tentu zino akan mencari judol2 karya paklatip yg lain dan menanti kelahiran novel sejarah Mat Kilau.. hehe

Monday, February 23, 2009

lawatan sambil belajar...

seperti di janjikan mari kita melawat sambil belajar ke rumah mak zino ni.. gambar tu tak di susun mengikut keutamaan .. upload yg mana dan dulu.. tapi saya percaya anda tidak akan sesat kalau mengikut guide yg di berikan.. selamat melawat..


kebiasaan rumah kampong ada sebuah kolam.. guna nya utk membasuh kaki sebelum naik ke rumah maklumlah selepas balik dari bendang.. dan di sini lah kami mandi kalau malas nak ke perigi.. hehe..masa kecik2 dulu je..


Pemandangan dari luar.. masa tu hujan lebat tu yg nampak dot dot je .. lihat ruang ventilasi yg sentiasa membawa udara sejuk ke dalam rumah..


pandangan dari dalam.. kalau malam memang seronok tidur di serambi ni.. lebih sejuk dari tidur dalam bilik air cond.. yg pasti tidak ada orang yg akan meninjau anda melalui lubang udara tu..yang boleh tinjau pun pasti lebih dari 9 kaki tinggi hehe


bila melangkah tu sila berhati2 kalau tak pasti terlanggar bendul tu.. kenapa ada bendul?.. asalnya rumah ni terbahagi kepada dua, rumah lama dan rumah baru.. tapi kedua2 rumah ni pun dah berusia lebih seratus tahun.. bendul tu merupakan sempadan rumah lama dan baru..


tangga menuju ke atas peran, atau loteng.. tak payah tengok benda2 yang lain tumpukan perhatian kepada tangga tu je.. hehe.. satu masa dulu peran ni kami guna utk menyidai pakaian.. sekejap je dah kering.. panas lebih dari sauna.. dan memalam pulak sejuk dingin..


di bahagian ruang atas pintu masuk ke tengah rumah di penuhi seni ukir, tiang pun di ukir ,daun pinti pun di ukir cantik..motif ukiran belum di kaji hehe.


pemandangan di atas poran, kalau di zaman dulu anak dara duduk di atas ni
utk skodeng tetamu yg datang.. hehe.. ada lubang khas di sediakan di lantai utk meninjau ke serambi.. hehe


sebuah lagi pintu utama masuk ke rumah tengah, pintu ini sendiri ada dua komponen kalau ada majlis di serambi, pintu ini di tutup sebahagian nya supaya tetamu tak dapat melihat apa yg ada di dalam..privasi utk kaum ibu dan anak anak..


Serambi merupakan ruang utama sebuah rumah, kalau tetamu datang duduk kat sini je lah.. kalau masa kecik2 dulu ini lah tempat kami nak race 100 meter hehe..rumah ni sebenarnya berkembar dua pasal tu serambi panjang.. kalau setakat 50 orang tetamu tak ada hal..kalau ikut sejarah nya rumah ini selalau di penuhi tetamu jauh dan dekat..


gambar ni di ambil petang ahad.. ada beza tak dengan gambar yang hari hari anda lihat di blog ini.. oops sempat mem interframe dalam gambar tu hehe..

Sunday, February 22, 2009

balik kampong....

Sepatutnya sabtu balik kampong.. tapi terpaksa di tangguhkan sebab adik sekolah pagi dan kakak pulak ada tusyen petang.. so hari le jadi nya balik kampong .. walau pun sekejap balik tetap balik.. ikut jadual minggu depan balik..(time dah dapat gaji..) tapi dah ada program ke selatan tu..

nak balik pun bukan nya boleh awal, memula mem kena tanya adik beradik dia siapa nak jaga mak (mertua) .. biasa lah bila tanya masing masing banyak le hal nya.. akhirnya kakak mem di Shah Alam minta hantar mak rumah dia je.. itu lah delima setiap kali kami nak keluar siapa nak jaga mertua tu.. rasanya dia duduk shah alam sampai kami balik dari JB nanti.. mak boleh jaga sembilan anak, tapi anak ? tak payah cakap la.. sendiri mau ingat..

Bila balik singgah di Seremban, konon nya nak lunch di satu restoren tu.. nama restoren tu tak tau.. tapi di war warkan sebelum ni ada jual bermacam2 juadah, daging rusa, kancil kijang daging salai dan sebagainya.. cuba lah sms sedara di Seremban tu sambil mengelilau mencari.. akhirnya give up.. perut pun dah lapa..lalu keluar dari bandar menuju ke Dataran Senawang.. on the way tu baru lah sedara balas sms.. rupo e talipon tertinggal dan dia pun baru balik dari JJCM.. kiro e molopeh le nak makan daging rusa hehe..tak apo lah lain kali cubo lagi..

Lepas lunch di Dataran Senawang terus balik kampong dalam hujan yg amat lebat tu.. dapat le berjumpa mak dan ayah di kampong.. bila sampai tu ada dua org tetamu bersama mak, sedang interview mak pasal adat pepatih.. kalau tanya zino senang yo jawab e.. tak dapek den nak nolong e doh.. kalau kat kampong tu omak la jadi rujukan anak buah jauh dan dokek .. apa apa hal pun omak lah ibu.. seantero kampong tu cari mak.. dulu teringin juga nak di buku kan bondo2 tu.. tapi tak tercapai lagi.. nak pilih buapak, nak lantik lembago, semua cari mak.. kalau pasal nak poe minang, nak nikah kawin tu memang atas nasihat mak lah.. nanti lah ado maso sok den nak rakam kan dan tulis ilmu yg mak ado.. senang nak buek rujukan.. oops ter speaking pulak..

tadi ada ambik banyak gambar dalam rumah mak tu, nanti boleh share dengan kawan2 semua, rumah lama yg penuh sejarah.. rumah yg dah berusia lebih setarus tahun.. dah ada pun kumpulan pelajar dari UITM datang membuat kajian pasal rumah tu.. berminggu minggu juga lah mereka berulang alik dan berkampong di situ.... utk menyiapkan kajian siap dengan measured drawing lagi.. ada satu buku yg dia org tinggalkan.. lain kali boleh share apa yg dia org dapat.. dan gambar2 yg zino ambil tu pun akan zino share dalam blog ni nanti..

bila balik ke KL tadi masih hujan di kampong.. selepas Nilai baru hujan reda..ok lah dah malam ni baju tak gosok lagi hehe.. sape nak tolong tu? hehe

Saturday, February 21, 2009

basikal buruk...


tengok le ceria je bila bawa basikal ke woksop..


tunggu giliran basikal di repair.. adik kata servis.. hehe


dah tertonggeng utk di buka kedua tayar...


dah terbarai basikal tu fomen tu tu kerja sambil2.. dua tiga basikal dia handle sekali...


yg baju kuning tu asistan fomen je.. budak lagi.. satu hari nanti jadi tokei lah tu..


tengok tu happy... tapi baru sekejap mencuba.. rantai basikal putus.....
nak kena bawa balik ke woksop..esok je lah...hehe..


Dah lama adik gesa utk repair basikal buruk dia ni... actually basikal ni dah lama tersadai kat "garaj" tu.. basikal tu zino beli masa dia 4 tahun dulu.. tapi sampai sekarang dia masih takut nak bawa.. lama lama basikal tu pun landed sampai berkarat.. memula ingat nak jual sebagai besi buruk je.. tetiba datang angan angan dia nak guna basikal tu balik...

petang tadi zino layan la bawa basikal tu kat satu kedai ni.. kedai ni lah satu2 nya yg ada di kawasan zino tu.. zaman along dan angah kecik2 dulu ada sorang pakcik tua yg menjadi fomen basikal ni.. sekarang agaknya woksop tu dah berpindah dan di wariskan kepada anak dan cucu dia.. bila melihat budak yg repair basikal tu rasa macam tak caya boleh ke dia buat.. walaupun tak le susah mana, tukar tiup, tukar brake, pasang tongkat, dan tukar tempat duduk dia tu..

rim basikal tu dah naik karat .. biar je lah dulu.. tengok bagaiaman performance si hazwan.. kalau dia benar2 boleh handle basikal tu ada harapan dapat yg baru nanti.. tapi shhhhhh!!!! jangan cakap kat dia hari2 di hambat abah minta belikan nanti hehe dapat naik basikal buruk tu pun dah cukup ceria hehe..tengok la bagaimana happy nya dia...

Bukit Bintang...






Bila di sebut Bukit Bintang.. semua orang tahu.. malah di seantero dunia tau bukit bintang..dan kalau kita serch dalam google..ada 906,000 laman yang ada kaitan dengan nya...segala gala nya ada di sana.. hotel2 pelbagai bintang, restoren beranika rasa , pusat membeli belah dan yang lebih penting kehidupan sebelah malam.. you know what i mean...

memang tak perlu di cerita kan lebih lanjut.. lebih memeranjatkan pendedahan yg di buat di TV minggu lepas.. anak anak muda yg terkinjang kinjang di kawasan lapang yg konon nya sedang beriadah.. tarian shuffle kata nya.. sangat memalu dan mengaib kan.. rata rata mereka terdiri dari anak anak melayu yg masih bersekolah.. yang sepatut nya menumpukan kepada perkara perkara yg lebih berfaedah.. di mana kah ibu bapa mereka?? membiarkan anak anak menghabiskan masa dengan perkara2 yg tak berfaedah..

tidak boleh ke kegiatan ini di bendung.. meniru budaya luar yang tidak nampak mendatang sebarang keuntungan kepada anak muda kita.. orang luar tersenyum sinis.. bukan nya suka tetapi mungkin berfikir.. ini kah contoh sebuah negara islam yg di war warkan.. membiarkan budaya entah apa apa menular tanpa kawalan..

apa pendapat anda??

Thursday, February 19, 2009

berhati2 di jalan raya...



kabar nya pihak polis telah di bekalkan dengan kereta mitshubishi Evo... (zino dapat maklumat dari email..) so kepada sesiapa yg nak racing tu berhati hati lah.. silap hari bulan kereta putih tu mengiringi anda hehe..

teringat zaman dolu dolu.. ada juga le sesekali bawa laju.. teringat kisah masa kami konvoi ke kuantan trengganu dan kelantan masa zaman bujang2 dulu.. kawan zino ajak race masa balik tu.. memula acah je... tapi akhirnya masing masing memandu pada kelajuan terlampau... tobat tak akan drive macam tu lagi.. kawan yg berada dlam kereta zino..senyap sunyi kerana kecut perut hehe..

ingat pesanan penaja..."pandu cermat jiwa selamat..."... minggu depan plan zino ke JB on.. tempat menginap pun dah settle.. tujuan ke sana dua dalam satu.. semuga kedua hajat tercapai...

sepetang yg menyakitkan..

Kerana TV anak ditembak

OREGON, Wisconsin 18 Feb. – Gara-gara terlalu lambat mengalihkan badannya dari depan televisyen, seorang kanak-kanak berusia sembilan tahun ditembak di punggung oleh bapanya menggunakan pistol udara atau BB gun.

Kes itu dikesan apabila kanak-kanak itu menceritakan kejadian itu dalam karangan bertajuk ‘sepetang yang menyakitkan bila ayah menembak saya menggunakan BB gun’ kepada gurunya, yang kemudian membuat aduan kepada pihak berkuasa.

Pendakwa raya telah mendakwa lelaki berusia 36 tahun itu pada Jumaat lalu, atas tuduhan penderaan kanak-kanak. - AP

apa punya bapak da... hehe nasib baik bukan kat malaysia... cikgu cikgu di semua tolong baca karangan anak murid anda mana tau ada kisah besar hehe..

Tuesday, February 17, 2009

Selamat hari lahir mak dan ayah.....


bonda tersayang..

ayah memotong kek birthday tahun lepas..


Selamat hari lahir mak..
selamat hari lahir ayah..


hari ini 17.02.09 adalah hari lahir utk ayah dan mak zino.. hari lahir mak dan ayah jatuh pada tarikh yg sama.. tapi berlainan tahun.. pagi tadi zino terlupa nak wish mak dan ayah.. baru malam ni teringat.. terus capai talipon.. tarikh 17 tu cukup sinonem dengan kami.. ada dua lagi birthday pada 17 hb...

"assalamualaukum, mak"
"waalaikum salam.."
"apa kabar mak? mak sihat?"
"sihat, alhamdullilah"
"ni, saya nak ucap selamat hari lahir utk mak dan ayah?"
"apa? baby dah lahir?"
"bukan , angah tu lambat lagi.. hari ni kan hari lahir mak dan ayah"
"oo ya ke, mak pun dah lupo, terimo kasih yo lah..

Seronok zino dengar suara mak yg ceria bila aku wish dia selamat hari lahir.. memula mak ingat aku nak bagi tau wife angah dah melahirkan baby hehe.. mak dah nak tidur.. dia kata baru nak tutup lampu bila talipon bunyi.. ayah dah tidur tak dapat nak wish ayah.. lama juga aku bual dengan mak.. tahun lepas kami pakat adik beradik balik buat surprise.. mengadakan kenduri doa selamat .. memula nak buat sejamba dua je.. tapi tak juga sedara mara ramai.. akhir nya jadi satu kenduri yg agak besar juga hehe..

dah lama tak balik kampong ni.. (hampir sebulan..hehe ) rindu pula dengan mereka berdua.. lebih2 lagi rindu nak makan masakan mak .. biar pun mak masak resepi simple je tapi mak ai.. sodap nabona.. hehe..seboleh2 nya zino pasti akan balik sebulan sekali utk ziarah mereka.. makna nya hujung minggu ni kena balik la..sebab minggu depan dah nak ke JB..

semuga mak dan ayah sihat sejahtera selalu, dapat membuat amal ibadat dengan tenang, di murahkan rezeki yg halal, dan di permudahkan segala urusan .. kami sayang mak dan ayah..

satu kisah...

Petang semalam zino dapat pesanan.. "mesyuarat jumaat lepas,continue petang ni jam 4.00 di hq.." masa tu zino sedang pengerusiakan satu mesyuarat di opis.. la.. macam mana nak pegi ni..(dalam hati la..) nasib baik mesyuarat yg zino handle dapat di selesaikan jam 4.15.. sempat lagi ke hq kot...

bila sampai di hq , zino tengok ramai yg berada di luar bilik mesyuarat tu.. rupanya kat sana pun baru habis satu meeting juga.. pengerusi jemput zino masuk..
"loleh den, tak boleh nak benapeh"
"nak buek cam mano dah kojo..."

lepas tu masuk sorang lagi kawan zino dari department lain..
"ada bawa soft copy tak??" pengerusi refer maklumat yg kami bawa tu..
"alamak tak bawa le pulak tak pe nanti saya minta dia org emailkan..sekarang..
dan kawan zino tu confident je..
"nah aku punya semua dalam ni" sambil menghulurkan pendrive ..
selepas beberapa ketika..
"en, dalam ni kosong je, tak ada fail pun" kata seketeri yg ada bersama labtop dia..

"apa lah engkau ni kena tipu je dengan staff, ada ke bagi yg kosong" gurau pengerusi..
"iya ke.. nanti sat aku minta dia org hantar, buat malu aku je" jawab dia..

kebetulan department dia dalam bangunan yg sama, sekejap tu seketeri dia datang bawa disket.. sekali lagi pengerusi usik, "mano ado orang pakai disket zaman ni, itu zaman tok kadok ada la.." memang labtop yg ada tu tak boleh guna disket hehe.. sekali lagi kawan aku terkena hehe..

dalam pada tension nak menyiapkan satu task yg di pertanggungjawabkan.. gurau senda dan usik mengusik tu perlu supaya susana sentiasa ceria dan tak ada lah serious je sepanjang masa.... jam 6.30 masih tak siap lagi... (dah hampir siap la..) tapi kami perlu beredar , belum asar lagi.. dan masing masing minta excuse nak balik.. tinggal la pengerusi dengan staff dia menyiapkan tugasan yg perlu di hantar ari ni...

Sunday, February 15, 2009

balas dendam....di tasik permaisuri....

gambar gambar ini menceritakan segala nya....








tak tercapai angan ku hehe..

Boeing B-787.. Travelling in stail.. dengan segala kemewahan.... hanya utk tatapan angan anda.. kalau zino pasti dan yakin tak akan tercapai cita.. hehe.. lihat la gambar2 ni..

selamat berhujung minggu bersama keluarga....







Saturday, February 14, 2009

plan tak berapa nak menjadi...

ingat nak bersenang2 hari sabtu tak berapa nak menjadi...

6.30 dah bersiap nak hantar fizah ke sekolah di Kg Pandan... sekolah ganti... lepas tu terus ke pasar tani.. di Segambut...bila balik adik pula dah ready nak sarapan...dah kol 10.00 hehe.. 11.30 adik pulak bersiap nak ke sekolah juga.. petang tadi jam 3.00 kakak pula nak pegi tusyen sat lagi jam 4.30 adik pulak balik sekolah... lepas tu keluar lagi ambik kakak balik tusyen..

kensel program tidur.....




tunggu la adik nak pakai kasut ni..


kasut adik dah kepam lah bah...





apesal adik kena pegi sekolah ni...



jem le pulak..

Sepatutnya....




sepatutnya tempat tempat macam ni tidak berlaku sebarang kegiatan jenayah.. rupa2nya tidakk... apa lagi kalau di tempat lain.....kenapa ya??

Thursday, February 12, 2009

why no line ???

Semalam seharian tak ada line di rumah?? why?? mula lah nak marahkan telekom hehe.. tanya fizah..

sejak bila tak ada line ni?
kita terlanggar line..!
terlanggar line?? habis tu?
line dah putus..
pulak dah...

so sebentar tadi mac gyver pun menjalankan tugas.. akhir nya talian berjaya dipulih.. kan.. kalau tak terputus hubunga seluruh dunia ..


memula perasan kenapa ada lampu yg tak nyala...why??


macam mana boleh putus... ganas nya..


line telah di pulihkan..

Cepat la hujung minggu hehe...

Hari ni rasa penat sangat.... actually semalam zino gagah kan diri pergi ke port Dickson utk meninjau aktiviti pasukkan kerja jabatan yg sedang bertungkus lumus menyediakan satu tugasan yg telah di amanahkan.. bersama dengan beberapa jabatan lain.. kesian mereka bekerja selama tiga hari tiga malam.. non stop dari pagi sampai ke tengah malam ..

zino sampai jam 9.00 malam.. dapat le bersama mereka sehingga jam 12.00 malam.. dan terpaksa balik ke KL sebab ada beberapa meeting perlu di hadiri.. sekurang2nya zino datang beri sokongan moral.. ingat nak ajak mereka teh terik ke memalam tu.. hehe tapi memandangkan tugas masih belum selesai setiap saat sangat berharga..dan takuty zino tah kol brape sampai KL pulak..

kepada mereka syabas dan selamat berjaya.. kami tau anda boleh melakukan nya pasal tu anda di pilih.. sampai KL jam 1.30 pagi.. aduhh ponek den.. hari ni rasa mamai je kat opis.. cepat la hujung minggu .. nak tidurrrrrr hehe..

kebiasaanya kalau tak ada aktiviti.. sabtu petang memang di peruntukakan utk ganti segala tidur yg tak cukup sepanjang minggu hehe.. so what's your plan this weekend??

Wednesday, February 11, 2009

bila selalu lambat.....

Sejak menjak ni zino selalu balik lambat.... semalam, jam 6.30 masih di pejabat meeting after meeting.. kemudian berkejaran balik.. kenapa ?? sebab malam nya kena datang balik ada dinner di le meridien..

semasa berada di majlis tu adik talipon...

adik: ello.. (sambil tersedu sedu...)
aku: ello , kenapa nangis ni?
adik: abah tidur opis lagi ke? (suara makin sayu..)
aku: tak, nanti abah balik...
adik: pukul berapa abah nak balik..?? (dah dengar dia nangis..)
aku: abis "kerja" nanti abah balik..
adik: ok... bye..
aku: bye..

sedih le pulak adik.. masa aku keluar semula adik masih di rumah mama, malam tu baru mem pegi ambik.. bila balik dia mencari abah, dah le sebelum ni 4 hari abah tak ada kat rumah.. tetiba ilang lagi hehe.. kesian adik.. abis tu nak buek cam mano??

bila zino balik jam 11.30 adik dah tidur... pagi tadi pepagi dah kena hantar ke rumah mama semula.. dah siap mandi utk ke sekolah.. itu lah rutin harian.. selalu berkejaran..

Monday, February 9, 2009

Black Out...

Kat luar sana hujan mulai turun... dan kadangkala lebat.... sesekali suasana gelap menjadi terang di ikuti dengan dentuman bersahut sahut ... memang selalu terjadi bagini... setiap kali hujan pasti ada petir pasti ada guruh...

tiba tiba kedengaran satu dentuman kuat.. dan suasana menjadi gelap gulita... lampu terpadam tiba tiba.... adik yg berada tidak jauh dari zino terkejut... secara spontan lantas berlari dalam kegelapan sehingga terlanggar kerusi hehe.. hafizah kat atas pun terjerit.. aku pun bangun mencari lilin.. dalam rumah ni memang dah lama standby lilin.. kerana sejarah supply trip bila petir kuat sering berlaku.. ketika petir masih sahut menyahut tak perlu tergesa2.. utk menaikkan semula swith yg terpelantik..

satu lilin di dapur.. satu lilin di depan.. satu lagi utk kakak di atas.. kesempatan ini aku guna utk berkarya.. hehe.. aku pun ambil camera, ambil tripod kontot dan mula sediakan set... dan......

ini lah hasil nya....






Sunday, February 8, 2009

majlis menyambut menantu..

sebelum ni zino pernah bercerita pasal majlis akad nikah anak sedara kat Shah alam tu kan.. malam tadi berlangsung majlis persandingan di pihak keluarga pengantin lelaki.. berlangsung di sebuah hotel di Shah Alam.. Majlis di hadiri sanak sedara jauh dan dekat serta rakan taulan tuan rumah.. ada yg kami kenal ada yg kami tak berapa nak kenal..

telah di syaratkan tetamu lelaki mesti memakai sama ada baju melayu lengkap atau baju batik lengan panjang.. yg perempuan pakaian yg sesuai dan menarik , yg budak pun ada syarat.. mesti pakai baju yg cantik dan berkasut.. mak aiii ada syarat syarat pulak ya.. ok lah bagi tak menghampakan tuan rumah..(kakak mem..) kami penuhi syarat syarat ituu hehe..

abang pengantin jadi juru acara majlis.. dua adik pengantin jadi pengapit.. keluarga yg spotting .. dan boleh juga jimat belanja ya tak hehe.. ada lah sekeping dua gambar yg zino ambil .. bukan guna camera baru ya.. masih guna henpon.. so bersabar je kah dengan qualiti gambar yg di ambil..




gaya tersendiri....


alang dan fizah..


kedua mempelai... alamak blurr le pulak hehe


gaya hazwan... tak boleh duduk diam.. hehe


selepas majlis... bergambar di lobby..