nak cerita kisah hari ni je.. semalam tu tak banyak aktiviti selain lagi tu ke Titiwangsa jogging (lebih kepada walking je) dan merakam kisah pakcik tua yg berjaja di sekitar kawasan tu... sekarang kisah hari ni pulak....
memula ada satu jemputan di Putrajaya memula nak google juga kat mana dewan tu.. nasib baik Accik kat Putrajaya bagi clue mudah je zino cari.. kalau tak mau juga berpusing satu Putrajaya tu.. memang banyak sejarah masuk Putrajaya ni sosek hehe.. selesai menjamu selera singgah kat rumah angah.. dah tak jauh pun dari tempat tu... dapat la mem melepas rindu dengan dua cucu nya tu.. mem je ke? tak caya kan.. bila kami nak balik si kakak nak ikut turun nak main taman kata nya... atok yg baik hati layan kan je lah kan... walaupun masih panas kat bawah tu bawa lah juga sekejap.... lihat la aksi2 dia bergumbira berlain sorang2 tu....
Petang nya kami ke Tanah perkuburan Shah Alam seksyen 24 .. kat situ lah arwah mertua bersemadi.. panjang cerita nya kalau ada yg tanya kenapa di kebumikan di sana.. so pendek kan cerita... semasa kami sampai membersihakan pusara tu secara kebetulakan waris pusara di kiri kanan tu pun ada sama... memang kami tak kenal pun... sama sama kami sedekah kan fatihah dan surah yasin...
Sebelum balik singgah pulak dulu kat tempat kakak dan alang ... sempat makan di restoren ayam dara... (betul ke dara? hehe) sebelah je tempat alang sewa tu .. lepas makan bergegas balik... hari pun dah malam... dan ada banyak lagi kerja yg menunggu....
so kemana anda hujung minggu..?? sebelum tu jom kita tengok ragam kakak Qaisara bermain di taman.....













