Monday, May 9, 2011

panas panas panas.....

cuaca sekarang ni terasa berbahang... sebaik sahaja selepas mandi badan akan berpeluh kembali.. bila dah duduk dalam bilik berhawa dingin terasa malas je nak keluar.. agaknya berapa suhu sekarang ni ya... masing masing belenggeng je dalam rumah.. cuaca sekarang ni sangat tak sesuai untuk berurusan di luar sana.. tapi nak buat macam mana kerja memaksa zino perlu berada di lapangan sekali sekala... apa usaha yg anda lakukan untuk berhadapan dengan keadaan ni..? catitan di bawah zino petik dari hasil google... mungkin berguna kepada kita semua:-
  • Banyakkan minum air
  • Elak minuman berkafein dan beralkohol kerana sebabkan badan kita cepat terhidrat
  • Kurangkan aktiviti luaran
  • Kawal dan rancang aktiviti anak-anak anda
  • Makan buah yang banyak air
  • Elak makanan berprotein tinggi seperti daging dan susu kerana sebabkan suhu badan meningkat
  • Pakai pakaian yang cerah kerana pakaian gelap menyerap haba
  • Elakkan pembakaran terbuka

17 comments:

MulutPayau said...

Mmng btul tu Zino...cuaca cukup panas skrng ni ..beruntungnya sape yg dpat krja dlam bilik brhawa dingin...Tapi Mp hnya berteman kipas jer...tu pun kdng berpusing mcm angin sepoi2 bahasa...

zino said...

MP..
sangat tak selesa bila terpaksa keluar di lapangan... ada angin sepoi2 tu ok lagi.. bagaimana agaknya yg terpaksa bekerja dalam panas terik ..

Neeza Shahril said...

kat sini kalau pompuan berpakaian cerah kat luar, kena tahan dengan Muttawa lah zino heheee.. kami kan kena pakai jubah hitam kat luar.. tapi sebenarnya pompuan jarang bebeno dok kat luar.. kalau keluar pun gi shopping complex yang memang sejuk... ;)

MOKCIK AZWA said...

Memang panas kat luar...kat opis pun terasa bahangnya.. musim demam dan batuk2 akan berterusan lagi la jawabnya

Mak Su said...

alamak, hari ni ese tema black...patutlah panas, dgn hati pun ikut panas. ahahaha

kakpah said...

orang lelaki bolehlah belengeng..
yang perempuan ni takkan nak bekemban je kot kehkeh..

KAMATO said...

baru ni kat rumah blackout.... huh... tak boleh duduk dlm rumah

aNIe said...

Memang panas... rumah dah macam ketuhar....

zino said...

neeza..
patut org pempuan suka sopping hehe

zino said...

azwa
cuaca tak menentu ni kena jaga kesihatan..

zino said...

maksu
bertambah la panas nya hehe

zino said...

kakpah
kesiahnya org pempuan hehe

zino said...

kamato
tambah berbahang tu

zino said...

anie
memang sangat panas.....

cik rama-rama said...

kt n9 bahang lar lebih pak ngah..matahari x terik sangat pun...tekak pun smpi sakit2 dh ni..air dh bergelen2 minum ni...hebat btol dugaan ni.baru ckit ni..

pB said...

kalau sekarang tak ada elektrik kat umah , memang tak leh duduk

Zareda Norman said...

2 malamlepas memangpanas sungguh.. ekon pun tak lut..