Showing posts with label masaalah sosial. Show all posts
Showing posts with label masaalah sosial. Show all posts

Saturday, July 30, 2011

operasi berjalan lancar....


kerja kerja meroboh di mulakan pada jam 10.00 pagi
sebagaimana perancangan awal..


siapa punya kereta tu??
kalau nak tuntut cepat angkat tangan hehe..



pihak TNB membantu memotong bekalan
demi keselamatan..


ada yg nak buka sendiri
ok silakan segalanya di permudahkan..


ada yg dah berpindah pun ke tempat baru...
bukan jauh sangat pun sebelah je...
mereka akan kekal di sini sehingga projek siap
sebelum masuk ke tapak yg lebih selesa..



sebahagian lagi kedai sementara
utk mereka meneruskan perniagaan..



kerja kerja mengangkut barang sedang berlaku..
sekiranya mereka perlukan bantuan mereka hanya perlu beritau
ramai petugas yg sedia membantu.. no problem..


sementara kerja kerja berjalan
para perancang berehat sambil minum...
agaknya sebab tension dan panas..
tak sedar dah bergelas2 air yg di oder..
nasib baik tak mabuk teh hehe



itu satu fakta sejarah kedai di sini telah ujud sejak 1934
lama tu.. dan kedai2 lama ni pun dah di senaraikan sebagai haritage..
tak boleh di robohkan tapi boleh di ubah guna kalau tuan dia berminat..


kedai ini akan kekal bagini selama nya...
para peniaga dan pihak berkaitan kena lah cari jalan utk memajukan perniagaan di sini..
ikut la langkah melaka... jadikan tempat tumpuan pelancong dan sebagainya..
ala ala jonker's street tu..



kedai ini harus di robohkan telah sekian lama duduk atas tanah kerajaan
sampai masa utk di bangunkan.. jangan mare ya..



yg telah rebah ke bumi..



menunggu masa utk di rata dan di bersihkan...

kedai kedai koboi ni akan tinggal sejarah...
kita perlu bergerak ke depan..
kami dah menuggu cukup lama
dengan bagitu sabar..
tapi hari ni telah ada noktah..
tak boleh nak di tangguh kan lagi..

dengan kejayaan operasi ini juga saya ingin merakamkan penghargaan dan ucapan ribuan terima kasih kepada semua pihak yg telah memberikan kerjasama, walaupun dengan notis yg sangat pendek.. hari khamis kita berbincang dan memutuskan operasi meroboh perlu berlaku hari ni.. anda semua telah menjalankan tugas dengan professional, segala masalah kita hadapi bersama, ketegangan dapat di redakan.. kerja kerja di lakukan dengan penuh hemah.. segala kerenah kita layan dengan sebaik nya.. memang ada yg tidak puas hati .. tapi kalau kita gagal akibat nya ada lebih buruk... ketepikan kepentingan peribadi.. akhir nya segalanya berjalan lancar... tahniah utk semua...

Wednesday, January 12, 2011

judi internet...


Pelajar tunggu SPM hutang along RM100,000
Oleh Umi Nadirah Abdul Rahman
uminadirah@bharian.com.my
2011/01/12

JOHOR BAHRU: Akibat ketagihan judi melalui internet, seorang pelajar yang sedang menunggu keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menanggung hutang kira-kira RM100,000 kepada along dan dihalau dari rumah oleh ibunya.

Remaja berkenaan bermain judi lumba kuda dan lumba anjing menerusi internet sejak beberapa bulan lalu selepas terpengaruh dengan rakan yang meraih kemenangan menerusi permainan itu Ketua Biro Aduan Awam MCA Johor Bahru, Michael Tay, berkata pada peringkat awal, ibunya menyangka remaja itu mengulang kaji pelajaran bagi menghadapi peperiksaan, tetapi dia sebenarnya menghabiskan masa seharian di depan komputer untuk bermain judi.
Bagaimanapun, katanya, perubahan sikap remaja terbabit, termasuk tidak mengendahkan makan dan minum, menimbulkan keraguan ibunya sehingga dia sendiri mengaku pembabitannya dengan judi serta hutang yang ditanggung.

“Ia mengecewakan ibunya dan menghalau remaja itu dari rumah mereka di sini dan membuat aduan kepada Biro Aduan Awam MCA. Ibunya memberitahu akibat kejadian itu, dia turut diugut along yang mengunjung premis niaganya sambil memberi amaran supaya anaknya melunaskan hutang,” katanya kepada Berita Harian semalam.

tak perlu ke kasino utk berjudi....dari dalam rumah pun boleh berlaku...... inilah akibat penyalahgunaan kemudahan teknologi...

Thursday, November 18, 2010

masaalah remaja...

Sedang menonton 999, penjenayah remaja di tembak mati oleh polis selepas merompak stesyen minyak .. kabar nya penyenayah tersebut telah melakukan 9 jenayah serupa di tempat berlainan.. apa nak jadi dengan sebahagaian remaja ni.. akhir nya tumpas di tangan pihak berkuasa..

masaalah remaja sudah semakin tenat, kalau dulu kita dengar remaja hanya bermasaalah ponteng sekolah, merokok dan sebagai nya , kemudian kita dengar remaja bermasaalah membawa motor secara bahaya, atau lebih di kenali rempet, menjadi peragut ..(masaalah yg sampai sekarang masih tiada jalan penyelesaian..) kemudian timbul pula isu bohsia dan bohjan yg juga melibatkan remaja.. tapi sekarang keadaan bertambah parah, remaja juga telah menjadi penjenayah, perompak, perogol, perasugut dan sebagainya...lepas ni apa lagi yg akan di lakukan mereka..

di mana kah silap nya??


















Saturday, October 30, 2010

rempit...

tetiba je rasa nak ulas pasal rempit ni.. bukan cerita baru pun cerita lama yg menyakit kan hati.. yg menyusahkan mak bapak, dan yg memening kan pasukan polis.. semua orang tak suka pasal rempit ni kecuali mamat mamat yg merempit tu.. tak payah le nak ulas panjang lebar kenapa mereka suka sangat merempit..dan zino pun tak mau tau....

yg penting mereka hentikan la merempit ni.. sangat tidak bertamadun, rasa nya dalam dunia ni Malaysia je yg ada masaalah pasal rempit ni.. tak payah nak di agong agong kan sampai buat film pasal mamat ammat ni.. di Veitnam sana tu bilangan motosikal jauh lebih banyak dari Malaysia ni.. kalau di jalan jalan raya tu di kabarkan motosikal lah yg mendominasi jalan jalan di mereta corok rantau.. tapi mereka tau menggunakan motosikal tu secara bertimbang rasa, menghormati pejalan kaki dan sebagainya... walaupun nampak mereka bersimpang siur di jalan tapi kes aksiden amat sedikit, kenapa?? kerana mereka patuh kepada undang , kerana mereka telah di didik secara tegas dan keras utk menghormati undang undang.. kesalahan jalan raya boleh di penjara!!!!

zino akan lebih sensitif kalau orang yg zino kenal, terlibat sama merempit.. amat tidak patut dan hentikan segera.. ada seorang kawan bercerita satu hari dulu anak dia kena tangkap dan di masukkan lokap kerana merempit, bila polis beritau supaya dia datang utk menjamin anak sengaja dia tak mau datang dan membiarkan anak dia di lokap, biar anak tu sedar serik nya bila kena tahan, biar anak dia rasa kesusahan, biar dia tanggung apa yg dia lakukan sendiri. bukan sebelum ni mak bapa tak tegur, bukan mak bapa sebelum tak marah, malah sampai nak bakar moto.. tapi anak tak pernah indah , anak tak pernah hirau, anak tak pernah akur, bila kena tangkap pandai pulak minta mak bapak jamin.. dah tidur semalam di lokap baru mak bapa datang jamin.. tak payah le cerita apa yg berlaku.. tapi pengalaman tu membuat dia rasa serik..

kepada anak anak di luar sana.. kalau masih merempit hentikan ... hentikan.. tak ada kalau kalau, tak ada cuba cuba.. hentikan dan hentikan nya sekarang.. pihak polis ada banyak kerja lain yg nak di buat, ada banyak kes jenayah yg memerlukan tumpuan mereka, bukan nak layan awak yg buat kerja yg tak bertemadun tu.. cukup la tu dah terlalu lama benda ni di ceritakan di bincangkan .. buang masa je.. dah berapa ramai anggota polis yg terkorban dengan kerja sia sia ni.. dan berapa ramai pulak anak anak muda yg terkorban dengan kerja yg bodoh ni.. berapa ramai lagi ibu bapa yg hancur lebur hati mereka dengan perangai anak anak yg tak makan saman ni.. hentik kan lah hentikan la..

agaknya kalau di veitnam sana org merempit.. hukuman yg sesuai tembak je kot ...

Thursday, October 14, 2010

harapkan pagar......

KUALA LUMPUR 14 Okt. - Hukuman tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ke atas tujuh kakitangan Jabatan Imigresen yang terlibat dalam aktiviti penyeludupan manusia tidak harus dilihat sebagai hukuman berat, kata Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Abdul Rahman Othman.

Beliau berkata, sebaliknya hukuman itu dibuat berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada berdasarkan bukti kukuh yang dikumpul polis. "Tindakan ISA itu satu keputusan yang telah pun difikirkan oleh kerajaan. "Biasalah pada kita yang tak tahu (hasil siasatan) ni, mesti kita kata keraslah, kejamlah dan sebagainya," katanya di sini hari ini.

Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar mendedahkan sembilan individu terdiri tujuh kakitangan Jabatan Imigresen dan dua warga asing, ditahan di bawah ISA kerana disyaki terlibat dalam kegiatan penyeludupan manusia. - Bernama

dah terlalu lama berlaku lambakan pendatang di Malaysia ni.. yang masuk secara haram tu satu hal.. yg masuk ikut saluran halal pun rupanya haram juga... bilangan mereka sekarang ni amat menakutkan.. tetapi seolah olah tidak ada apa boleh di lakukan.. pebagai masaalah sosial berlaku atau di lakukan oleh pendatang ni, menjadikan kehidupan tideak lagi sebebas seperti dahulu, sehingga di kampong kampong pun bukan lagi satu tempat yg tenang dan selamat..


Thursday, April 8, 2010

ceroboh..

dua kali zino terlupa kunci kereta dan dua kali juga kereta di ceroboh.. kali pertama dia berjaya mencuri semua siling dan RM 1.00 inggit yg mem kumpul.. satu sen pun tak tinggal.. tapi barangan lain langsung tak di usik..

beberapa hari lalu zino sekali lagi terlupa kunci pintu dan sekali lagi kereta di ceroboh.. kali ni dia mempunyai banyak masa untuk memilih apa yg mau di curi.. rasanya di lakukan orang yg sama.. barangan lain tidak di curi..habis semua barangan di selongkar.. duit siling pun di di pilih tidak seperti kali pertama dulu habis licin.. rasanya dia cuba mencari RM 1.00 seperti dulu tapi memang tak ada..

anak siapa le yg nakal buat kerja tu.. bukan kerja pencuri professional.. tapi rasanya anak anak yg nakal.. pantang ada peluang.. kejadian bukan di malam hari ke apa ke tapi waktu tengah hari.. masa ramai yg lalu lalang kat depan tu.. perlu ke di perangkap dengan "terlupa" utk mengunci utk kali ke tiga? atau jangan sesekali lupa mengunci pintu kereta lain kali dan lupa kan apa yg telah berlaku..

Tuesday, March 2, 2010

Di mana silap nya..

Sejak kebelakang ni sering kali kita membaca di akhbar akhbar atau di lapur di media elektronik berkait kisah penderaan kepada kanak kanak.. sehingga ada yg membawa maut ..kes pembuangan bayi dan sebagainya.. pagi tadi semasa dalam perjalanan ke pejabat zino sempat mendengar ulasan yg di sampaikan DJ Selangor FM..
Dia mengimbau kembali kepada zaman kanak kanak dulu , membuatkan zino teringat zaman kami sebagai kanak dulu.. duduk di kampong dengan segala kekurangan, hidup dengan segala kesederhanaan .. tidak mewah seperti kanak zaman sekarang.. kalau nak ke sekolah terpaksa berjalan kaki , mana ada peluang nak naik bas sekolah.. paling baik pun terpaksa naik basikal ke sekolah.. hanya bila di sekolah menengah baru le naik bas.. kerana sekolah agak jauh.. walaupun tidak mewah kami bukan juga berada dalam kesusahan.. kalau di kenangkan balik, ibu bapa masa itu tentu ada kekangan untuk mencari nafkah menyara kami, ayah bekerja sebagai askar dan bertugas di Port Dickson, maka kami di tinggalkan di kampong bersama nenek.. hanya semasa zino form 4 ayah berhenti kerja , bukan pencen.. dan meneruskan kehidupan sebagai seorang petani, mengerjakan sawah dan menoreh getah untuk menyara kami sekeluarga..
sebagai anak kita tidak tau bagaimana kesusahan mereka , apa yg kita tau meminta apa yg kita perlukan, namun bagitu kehendak dan keperluan kami masa itu tidak le sebagaimana keadaan kanak kanak zaman sekarang.. sesuai dengan keadaan di kampong.. dan kami juga paham dan akur ada benda benda yg di luar kemampuan mereka utk menyediakan nya.. yang penting keadaan berjalan dengan cukup harmoni.. tidak pernah pula terdengar berlaku sebarang penderaan di mana mana.. kes buang bayi langsung tidak ada.. ayah atau mak tidak pernah merotan , marah pun kerana kesilapan atau kesalahan yang kami lakukan sendiri.. padan muka kami hehe.. dengar suara ayah pun kami dah kecut perut.. maklumlah suara jurulatih kawat hehe.. sekali dia jerit.. sepantas kilat kami balik..hehe
Tapi lihat lah masyarakat sekarang.. nilai moral dan pegangan agama terlalu nipis.. tergamak melakukan perkara perkara yg tidak terfikir oleh kita sanggup di lakukan nya.. perlakuan yg lebih jijik dari binatang ..apa lah dosa kanak kanak itu.. berita ini bukan kita dengar sekali atau dua .. entah berapa kali perkara seumpama ini berlaku.. di mana kah silap nya.. berapa banyak kes lagi sebelum sesuatu dapat di lakukan untuk menghentikan nya.. sayangi lah anak anak anda dan semua kanak kanak yg memerlukan pemerhatian dan belaian orang dewasa.. berilah mereka peluang dan ruang untuk menikmati kehidupan ini seperli orang lain..

Tuesday, February 16, 2010

Untuk di fikirkan...

Valentine, Facebook dan arak

NAMAKAN apa sahaja - Ops Cumbu, Ops Valentine atau Operasi Maksiat Hari Kekasih, kesemuanya itu merujuk kepada tindakan operasi besar-besaran yang dijalankan oleh para petugas jabatan agama Islam di negeri-negeri seluruh negara pada malam 14 Februari lalu.

Dalam operasi itu, banyaklah yang ditahan termasuk pelajar, suami dan isteri orang, janda dan duda, pekerja kolar biru dan remaja belasan tahun. Setiap tahun, inilah yang berlaku. Dalam Ops Valentine pada kira-kira pukul 6 pagi, 14 Februari lalu, seorang anggota tentera dicekup oleh petugas Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) kerana berkhalwat dengan isteri orang di sebuah hotel di Kuantan. Hotel-hotel bajet di sekitar Klang, Gombak, Kajang dan Shah Alam di Selangor dan sekitar Putrajaya turut diserbu. Selain hotel, kawasan taman rekreasi dan pusat-pusat hiburan turut menjadi tempat lokasi serbuan.

Lebih memualkan apabila terdapat segelintir pasangan kekasih berbangga memaparkan gambar mereka berpeluk dan 'berkepit' dengan pasangan masing-masing di dalam laman sosial Facebook. Mungkin sudah tiba masanya, pihak jabatan agama Islam negeri-negeri mengambil pendekatan baru dalam menangani gejala rosak akhlak masyarakat Islam hari ini. Kaedah lama seperti mengintip, menyerbu dan menahan pasangan bukan muhrim dalam operasi-operasi yang dijalankan boleh diteruskan, tetapi tambah satu lagi kaedah iaitu menahan pasangan yang 'berkhalwat' di dalam Facebook. Bukti yang boleh dikumpul adalah gambar-gambar ghairah mereka yang dipos ke dalam laman sosial itu untuk tatapan ramai. Rasanya, ia sudah cukup untuk mengheret pasangan terbabit ke muka pengadilan di bawah undang-undang syariah.

kisah selanjutnya boleh le baca dalam ni

.http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0216&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_05.htm

apa pandangan anda??

Tuesday, February 9, 2010

Ada ke patut...

siapa yg dengar radio sinar jam 6.00 petang tadi..? ada seorang pendengar perempuan bercerita dia dalam dilema sebab mak dia seolah olah mengongkong segala persiapan yg di atur utk majlis perkahwinan dia bulan 11 nanti.. konon nya dia tak suka mak dia menegur segala persiapan yg hendak di lakukan nya bersama bakal suami.. dengan sombong dia cuba mempersoalkan "siapa yg nak kawin ?" dia ke mak dia..?? dia yang nak keluar semua belanja..bukan mak... dan macam macam lagi yg di sebut..

amboi sombong nya.. bongkak sungguh .. dia menceritakan perihal mak sendiri di udara satu malaysia mendengar.. kalau lah mak dia mendengar apa yg dia cakap , bagaimana kah nanti perasaan dia.. sudah tentu dia akan berkecil hati , terasa di sisih anak sendiri.. satu ungkapan yg amat tidak patut di lafaskan oleh seorang anak.. apa lagi anak yang akan mendirikan rumah tangga..

ingat lah wahai si anak.. cuba lah menoleh kebelakang bagaimana anda boleh berada di kedudukan sekarang? adakah anda boleh bergerak sendiri tanda bantuan ibu anda? adakah anda boleh berjaya tanpa restu ibu? adakah anda lupa syurga di bawah tapak kaki ibu?.. bertaubat lah minta keampunan dari ibu anda.. sedar la.. jangan sombong bila berbicara.. kemewahan kalau pun anda miliki adalah pinjaman .. ia boleh lenyap dengan sekelip mata...

apa pendapat anda??

Wednesday, December 9, 2009

penagih punca ragut..

  • Penagih dadah yang semakin bertambah dengan lima penagih baru dikesan setiap hari menjadi punca kes ragut sehingga meragut nyawa, sukar dibendung.
  • Pensyarah Kriminologi Universiti Sains Malaysia, Prof. Madya Dr. P. Sundramoorthy berkata, 70% kes ragut di Malaysia dilakukan oleh penagih dadah.
  • Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan pula menyatakan selagi ada penagih dadah, selagi itu akan ada jenayah ragut.
  • Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Zainal Abidin Kamarudin semalam memerintahkan seorang tertuduh kes ragut membaca dengan suara kuat laporan

    muka depan Utusan Malaysia mengenai kematian seorang mangsa ragut, Abdul Rahman Mohd. Khadla’din

  • masaalah yang tak berkesudahan .. sampai bila kita harus membiarkan perkara ini terus berlaku, setiap hari kita akan di papar berita berkaitan kes ragut, dan paling menyedihkan menyebabkan kehilangan nyawa.. entah berapa ramai yg telah menjadi korban.. sampai bila perkara ini akan terus berlaku.. apakah tindakan yg boleh kita lakukan utk membendung nya.. apakah punca kepada segala masaalah ini.. bagaimana untuk mengelak diri kita, anak anak kita dan seluruh warga malaysia dari menjadi mangsa perbuatan sampah masyarakat ini...
  • apa pendapat anda..
  • Thursday, October 8, 2009

    apa dah jadi?

    Pelajar bakar dewan peperiksaan sekolah


    Timbalan Pengarah Pelajaran Johor, Markom Giran (kiri) melihat kesan kebakaran di sebuah kelas yang dijadikan dewan peperiksaan PMR sambil diberi penerangan oleh pengetua sekolah, Meskam Masbor di SMK Johor Jaya 2, Taman Johor Jaya, Johor Bahru semalam.


    JOHOR BAHRU 7 Okt. – Akibat tidak puas hati dengan pengurusan sekolah, terdapat pelajar yang sanggup membakar sebuah kelas yang dijadikan dewan peperiksaan di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Johor Jaya 2 di sini awal pagi ini.

    Perbuatan pelajar itu bukan sahaja mencemarkan imej sekolah, malah menyusahkan pelajar yang menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR), bermula hari ini.


    apa dah jadi ni cik gu??

    Monday, June 29, 2009

    40% pekerja awam berhutang

    KUALA LUMPUR 28 Jun - Seramai 450,000 orang daripada 1.2 juta petugas awam menghadapi masalah hutang dan golongan ini perlu diberi perhatian khas kerana mereka mudah terjerumus dalam gejala rasuah.

    Setiausaha Agung CUEPACS, Ahmad Shah Mohd. Zin berharap ketua-ketua mereka di jabatan atau kementerian mengambil sikap berperikemanusiaan dalam mengendalikan masalah mengenai kumpulan ini, yang rata-ratanya membawa pulang hanya 40 peratus daripada gaji mereka.

    "Kebanyakan gaji mereka dipotong untuk pelbagai pinjaman seperti perumahan dan kenderaan atau mengubah suai rumah," katanya.

    adakah hidup anda di belenggu hutang, atau siapa dalam hidupnya tak pernah berhutang??

    Saturday, April 25, 2009

    Rajin tak bertempat.....



    kalau anda berjalan di sekitar Kl atau di mana saja lah tentu kita akan jumpa lukisan lukisan yg tak perlu ini di lukis atas harta awam.. ada yg di lukis di dinding2 di tembuk tembuk dan di tiang tiang.. menyemak kan pemandangan dan menyakitkan mata.....

    setiap kali di bersihkan setiapkali nya juga di lukis kembali.. agak agak apa yang boleh kita buat dengan budak2 yg rajin tak bertempat ni.. buang ke laut je ok tak? hehe

    Wednesday, April 22, 2009

    bandar selamat...

    tadi ada satu diskusi pasal bandar selamat...
    perbincangan menjurus dari segi keselamatan
    dari peragut....

    dikatakan kes ragut semakin menjadi jadi..
    sehingga bandaraya kursusnya kuala lumpur
    dianggap tidak selamat oleh pelancong luar..
    terutama di sekitar kawasan bukit bintang..

    dah macam2 usaha di lakukan..
    dah ramai yg di tangkap..
    tapi kes ragut macam tak berkurangan..
    ragut dan rempit seolah olah sinonem..
    sehingga pihak polis mengistiharkan
    perang dengan mat rempit..

    so zino nak dapatkan pendapat anda semua..

    adakah rasa selamat bila berjalan2 di KL?
    kalau selamat kenapa?
    dan kalau tak selamat kenapa?