Tuesday, February 9, 2010

Ada ke patut...

siapa yg dengar radio sinar jam 6.00 petang tadi..? ada seorang pendengar perempuan bercerita dia dalam dilema sebab mak dia seolah olah mengongkong segala persiapan yg di atur utk majlis perkahwinan dia bulan 11 nanti.. konon nya dia tak suka mak dia menegur segala persiapan yg hendak di lakukan nya bersama bakal suami.. dengan sombong dia cuba mempersoalkan "siapa yg nak kawin ?" dia ke mak dia..?? dia yang nak keluar semua belanja..bukan mak... dan macam macam lagi yg di sebut..

amboi sombong nya.. bongkak sungguh .. dia menceritakan perihal mak sendiri di udara satu malaysia mendengar.. kalau lah mak dia mendengar apa yg dia cakap , bagaimana kah nanti perasaan dia.. sudah tentu dia akan berkecil hati , terasa di sisih anak sendiri.. satu ungkapan yg amat tidak patut di lafaskan oleh seorang anak.. apa lagi anak yang akan mendirikan rumah tangga..

ingat lah wahai si anak.. cuba lah menoleh kebelakang bagaimana anda boleh berada di kedudukan sekarang? adakah anda boleh bergerak sendiri tanda bantuan ibu anda? adakah anda boleh berjaya tanpa restu ibu? adakah anda lupa syurga di bawah tapak kaki ibu?.. bertaubat lah minta keampunan dari ibu anda.. sedar la.. jangan sombong bila berbicara.. kemewahan kalau pun anda miliki adalah pinjaman .. ia boleh lenyap dengan sekelip mata...

apa pendapat anda??

24 comments:

pB said...

syurga itu dibawah tapak kaki ibu

ciK LyndaWawa igUana said...
This comment has been removed by the author.
ciK LyndaWawa igUana said...

*tak baek menderhaka...arap anda tidak seprti perempuan itu

aNIe said...

Selalunya...apa saja yang dibuat oleh seorang ibu itu adalah untuk kebaikan anak2...mereka ingin yang terbaik untuk anak mereka...andainya tidak suka...jgnlah melukakan hatinya. Agaknya budak tu lupa...syurga terletak di bawah telapak kaki ibu...dgn rasa tidak bersalah dia menceritakan kisah dia tu...

Kalau tak mau mak masuk campur...pi buat majlis jauh2...buat majlis sendiri aje...

Neeza Shahril said...

kesian mak dia... malu kalau orang dengar apa yang anak dia cakap tu..
sampai hati memburukkan mak sendiri kat radio pulak tu..
bila susah, sapelah dia cari agaknya kan...
pasangan hidup boleh bertukar ganti.. tapi mak... takkan boleh tukar sampai mati..

intan.dayana said...

eh..xbaek la dea tu.mengaibkan mak sendiri je.kalau xpuas ati ckp la depan2 ngan mak dea.ni x..dOk hebah satu dOnia..bikin prOpa je..adoiii laaaa..itulah.mesti dea xbrani nk ckp depan2 mak dea.dats y la dea ckp dlm radio je.

tp seriyes~kalau mak dea dgr,mmg terasa hati gile2 nye lah.

Yunus Badawi said...

Anak kurang ajar. Silap2 masuk kategori anak derhaka.

Baru nak kahwin dah action. Saya tak dengar radio sinar tadi tapi dari apa yg zino terangkan mesti emak dia terguris hati kalau dengar. Mintalah maaf dgn emak. Takut sesuatu yg buruk berlaku di hari perkahwinan nanti.

bEEdLE d' bARd said...

sy xde dgr radio sinar tdi..
tp xsangkan plak ada kes nie..
yg pmpn tu tak sedar, apa yg dia pd mak dia skrg mungkin anak dia nnt akan balas pada dia plak..mas tu baru dia sedar betapa peritnya prsn ibu yg terluka

sya said...

Nanti dia bakal rasakan bila ada anak nanti.. maklum lah dah besar sombong

sI tEDI said...

zino,
cikgu asam pedas pun ada tulis macam ni tadi. mungkin dia dfr radio yg sama.

wth anak yg macam tu. belum kawen lagi sudah derhaka..

zino said...

Pb
tepat sekali

cik lydna
saya sangat sayang mak dan ayah.

anie
tentu ada sebab mak dia menegur demi kebaikkan anak..

neeza..
itu yg zino geleng kepala bila dengar dia cakap.. tak patut langsung..

intan
pasti mak dia sedih bila tau anak dia hebahkan kat radio lagi..

YB
bila zino dengar terus rasa marah dan geram.. kalau mak dia dengar tentu lebih pedih lagi..

beedle
saya amat sensitif kalau orang menghina orang tua sendiri..

sya
agaknya ada duit lebih sikit.. dengan sombong cakap dia nak guna duit dia bukan duit mak.. aduhai..

si tedi
kalau dia tidar sedar apa yg di lakukan cepat2 la minta ampun dengan mak..

Masy said...

mmg la dia yg nak kawen, tp kenduri tu buat kat mana? bkn umah mak dia ke?

aiyoo baru kawen dah kerek. sok kene cerai, cari mak gak. gedik ah pompuan ni. huh~

~mrs azmi~ said...

anak2 selalu lupa bila dah dapat pasangan hidup..

mak bapak diketepikan...

alahai...

Mak Su said...

hhhmmm, ontahlah abg zino.... apa salahnya berkongsi idea, brainstorming ek. ni mesti dia kata mak dia kolot ketinggalan zaman ni.... huhuhu

Aimman said...

saya pun kebetulan terdengar siaran tersebut semalam dan saya punya immediate response lepas mendengarnya ialah saya berkata" wah kurang ajar betul budak perempuan ni menghina emak dia on air untuk satu Malaysia dengar". Satu perkara yang melegakan adalah DJ radio ada membahasakan budak perempuan tersebut secara sinis tetapi direct.

Zareda Norman said...

zino

bebudak muda sekarang ni memang sombong apatah lagi kalau belajar tinggi, pernah nampak kes macam 3-4 kes kat kampung kampung.. maklumlah mak bapak org kg, org felda , anak dah masuk u kerja KL. Sedarlah diri, harta pangkat rupa paras rupa ni kalau Allah nak tarik sekelip mata je.

Doa ibu ni mustajab, terguris hati dia, berdoa besar kita. Eii mmg sensitip sikit bab berkaitan mak bapak ni..

blackpurple @ jowopinter said...

Dia tak tahu agaknya, kalaulah emaknya tak restu perkahwinannya nanti, tak akan ada maknanya juga hidupnya nanti...tak berkat.

tentangseseorang said...

hotfm pun ada bang. memang tak kenang budi sungguh anak-anak yang macam tu.

MOKCIK AZWA said...

Memang la anak yang nak kawen kan, tapi pandai2 la mengambil jalan diplomasi untuk memenuhi hasrat ibu dan memenuhi kehendak sendiri. apa salahnya berkorban sedikit demi untuk menjaga hati ibu.

Dee said...

sy dgr ni uncle..bukan kt sinarfm..tp kt hot fm..siap dia ckp duit collection tu dia nak..abis dia nk hidup ngan apa katanya..wui..sy yg dgr ni rasa nk lempang2 je budak pompuan tu...

habis kalo suma nak..buat kenduri sendirilah..ko lah pengantin, ko lah sambut tetamu, ko lah gi jemput..ingat x penat ke?

teringat masa sy kahwin..segala duit collection sy serahkan bulat2 pd kakak sbb arwah mak dh meninggal. Sesen pun sy x amik..sbb sy tau kakak sy penat buat semua kerja..bukan sedikit kerja kenduri ni kan uncle..penatnya sebulan pun x abis..hehehe..harap budak pompuan tu insaflah lps dgr lagu mamat exist oh ibu yg dikeudarakan oleh Jawa Rangers lps call dia tu..

MULAN said...

ohhoo... buat2 la mintak ampun dgn mak dia tu... oh hello, mak tu jaga dari kecik, bukan time nak kawin tu je..

zino said...

masy
budah memang tak sedar dri..

mrsazmi..
budak zaman sekarang tak mengenang budi..

zar
masa zino dengar tu memang dah mengirap darah di buat nya balik terus siap posting ni..

BP
betul tu..

azwa..
sedih betul bila mendengar nya.. kalau lah mak dia dengar macam mana agak nya

Dee
itu yg sebaik nya..

mulan
harap budaqk tu cepat sedar sebelum majlis perkahwinan dia..

lupekanje said...

sbb dia blm jadi ibu lagi...

Kengkawan said...

ada jugak org mcm tu yer? pelik...