Friday, February 19, 2010

apa kata anda??

KP JPJ rakam gambar 93 pemandu biadab

PUTRAJAYA 18 Feb. – Perjalanan Datuk Solah Mat Hassan dari kampungnya di Kota Bahru ke Kuala Lumpur semalam digunakan sepenuhnya oleh Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) itu untuk mengintip pergerakan pemandu-pemandu yang biadab.

Dengan menggunakan kamera digital sambil dibantu anak perempuannya, beliau berjaya mengesan dan menangkap gambar 93 kenderaan yang melanggar kesalahan lalu lintas.

Tegas Solah, semua pemilik kenderaan berkenaan akan dipanggil untuk proses temu siasat sebelum dikeluarkan saman.

‘‘Saya terserempak dengan pemandu kenderaan persendirian yang bersifat seperti orang yang tidak berpendidikan dengan memotong barisan, menggunakan lorong kecemasan, menggunakan telefon bimbit, tidak mematuhi lampu isyarat dan menggunakan cermin gelap.

apa kata JPJ buat tawaran kepada orang ramai merakamkan aksi pemandu di malaysia ni terutama di KL .. bagi sedikit saguhati kepada setiap video clip yg dihantar.. baru boleh dapat gambaran sebenar sikap pemandu malaysia ni.. kalau kat KL ni pun boleh dapat beratus2 kesalahan..

anda setuju tak ? .. hehe


7 comments:

UnGu VioLet said...

setuju!! tuelah klu duk kat M'sia.. mcm2 jumpe gaya pemandu..

Mimie.Candy Cane said...

setuju.lepas ni mesti pemandu2 lebih berhati2 untuk mengelakkan aksi nye di rakam..

Zareda Norman said...

setuju...

Yunus Badawi said...

biarlah pegawai dan kakitangan JPJ aje yg buat rakaman tu. Takut kalau bagi kpd semua org ada yg buat niaya kpd org lain. Video tu boleh di superimpose huhuhu

Irtiyah said...

salam

Bagus pengarah tu buat usaha tangkap gambar tu. Cuma jangan pulak tengah memandu tangkap gambar pulak. Tak sedar dia pun wat salah. hehe

Princess Liyana said...

heee setujuuuuuuu! :D

Boleh dicadangkan tu..hi hi hi

arsaili said...

salam ..saya bersetuju!