Wednesday, February 24, 2010

nak cerita apa ya..

Bila dah lama tak menulis idea pun tetiba tersangkut kat mana mana.. tapi kalau di biarkan lebih lama takut berkarat terus.. biasa nya memalam ni berebut dengan fizah nak guna laptop.. kalau dia yg dah mula guna zino boleh terus tidur la jawab nya.. tak larat nak tunggu.. so sebelum dia guna biar zino tulis something or maybe nothing dulu..hehe

dua tiga hari ni memang agak sibuk.. balik pun selalu lambat.. kadang kala kena ke pejabat semula sebelah malam.. contoh nya malam esok terpaksa ke pejabat semula.. apo nak buek dah kojo kan.. kerja bekejaran ni berlaku sejak mendapat big bos baru.. semua orang tak senang duduk di buat nya.. yang paling merana bos bos besar.. semua terpaksa bekerja keras .. tak ada masa untuk relak.. apa saja yg di arahkan perlu di laksanakan segera.. tak boleh nak tangguh .. semua alasan tak di terima.. no play play..

ada yg dah tak tahan dengan pressure yang teramat berat..ada yg dah ambil keputusan utk bersara awal.. tamabahan yg dah tinggal setahun dua nak pencen.. tak sanggup dah nak bekerja siang malam.. meeting kadang kala berlarutan sehingga jam 12 malam.. mengalahkan pihak swasta.. tapi satu yg bagus big bos ni dia cukup berani membuat keputusan yg tidak popular.. apa saja keputusan yg di buat mesti mengikut peraturan dan lingkup undang2 sedia ada.. tak ada bengkuk ke kiri atau ke kanan.. tak kisah berapa besar kable di belakang.. itu membuatkan kami mudah melaksanakan tugas .. tetapi yg tak tahan tu dia nak perfection..jangan ada silap langsung.. kerusi bos bos besar semuanya panas hehe..

walaubagaimana pun kami enjoy doing our job.. dan kami akan terus berjanji memberikan perkhidmatan yg terbaik.. setakat yg termampu kami lakukan.. walaupun public jarang sekali nak berterima kasih dengan perkhidmatan yg di berikan.. dan kami juga tidak mengharapkan pujian..

sekian utk hari ni.... hehe.. any comment ?


12 comments:

ciK LyndaWawa igUana said...

buat keja hendaklah sesuatu yang ikhlas...

aNIe said...

Kadang kala bila usia dah meningkat...ada yang lebih suka menghabiskan masa dengan keluarga...ada masa disebabkan stress makan diorang mengambil keputusan bersara awal

Tapi macam kata cik wawa di atas...kerja kena ikhlas baru dtg kepuasannya...

Kei's Mom said...

Jika kita ikhlas...insya ALLAH lancar segala sesuatunya...semangaat..!!

zino said...

wawa
setuju..

anie
ada yg tak larat nak menerima stress lagi..

kei' mom
mudah2an..

tunbegia said...

mesti dapat bonus lumayan,

salamm,

ikan emas said...

walaupun kerja banyak,berderet dan perlu perfect, tetapi kalau tiada tekanan pasti menyeronokkan !

Hebat big boss tuu

ikan emas said...

walaupun kerja banyak,berderet dan perlu perfect, tetapi kalau tiada tekanan pasti menyeronokkan !

Hebat big boss tuu

Yunus Badawi said...

kalau kita ikhlas buat kerja kita insyaAllah ada ganjarannya di sana nanti. Kalau org ramai beri pujian anggaplah itu bonus.

Sesiapa yg mengharapkan terima kasih dari org, itu yg akan selalu rasa kecewa bila org tak ucapkan terima kasih atau beri penghargaan.

Dee said...

rasanya bos uncle tu mmg bagus orgnya..tp kalo boleh jgnlah ganggu waktu malam..bila tido terganggu..kualiti kerja nti takut merudum..kasi rehat cukup2..bila siang leh pulun2 keje..x gitu uncle?

Masy said...

jarang nk jmpe bos yg buat keputusan ikot undang2, maksud sy yg betul2 folo rules wpon tak popular. yg penting apa yg diputuskan itu yg paling betul.

Pak Ngah: said...

:: salam.. boss tetap boss, mereka bertanggungjawab sepenuhnya terhadap semua keputusan organisasi.. dan kita sewajarnya adalah penyokong setianya..

:: kerja dan pekerjaan ni ada pasang surutnya.. ada masanya rasa tak terpikul tapi ada masanya terasa mudah je.. apa2pun selamat bertugas.. hehe.

Zareda Norman said...

bagus boss cam gitu no henky penky.. kita pun senang nak jalankan tugas