Saturday, February 6, 2010

happy ending....

Hari ni kami dah plan macam macam .. nak pegi sana nak pegi sini.. berjaya ke tak??
memula kena hantar adik ke sekolah, sekolah ganti.. dia pulak sekolah petang...jam 12 dah hantar dia.. sebab kami nak mulakan program seterusnya awal..

Dari sekolah adik kami terus ke FRIM..nasib baik kami keluar awal, perjalanan ke sana agak lancar.. baisanya kalau jalan Kucing tu dan MRR2 biasanya sesak.. tapi alhamdulilah.. lancar sampai ke pintu FRIM.. lepas tu mula operasi mencari dewan di mana majlis di adakan.. sepanjang jalan langsung tak ada tanda tanda kat mana dewan tu berada.. kami main redah je .. sampai ke satu tempat tu tengok ada bunga manggar dan banyak kereta.. mmm agaknya ini lah tempat dia.. tapi tak nampak pun nama dewan yg di maksudkan.. rasa ragu ragu.. zino turun sorang dulu buat reki..ternyata sah salah tempat sebab nama pengantin di banner tak sama dengan nama dalam kad.. teruskan perjalanan ke depan lagi .. baru lah kami berjumpa distinasi yg betul.. bagus juga buat majlis di kawasan rekreasi ni.. cuma perlu lah ada tunjuk arah bagi yg jarang masuk ke dalam ni..ini lah dewan nya...




selesai makan kami terus ke Seremban, memula along kata nak ikut tapi last minit kensel pasal Arifah tak berapa sihat , selsema...rumah adik ni sekali kami singgah, dia sebenarnya duduk Bangi, tapi ada sebuah rumah di TTJ, rumah hujung minggu.. bila masuk ke kawasan tu agak blur sikit kat mana rumah dia lantas segera mengguna talian hayat.. ayah bonda pun ada di sana.. tadi baru je lepas makan.. bila sampai makan lagi.. naik hongeh den.. sebelum balik ke KL kami singgah di masjid ni.. siapa tau kat mana masjid ni??









sampai KL terus ke sekolah adik just in time utk jemput adik balik dari sekolah.. semua urusan selesai dengan jaya nya......

11 comments:

leeya said...

saya pernah pegi kenduri kawen kawan abang kat dewan tu..sesuai la gak wat wedding kat ctu cuma memang perlu bg direction..kalau x mau masuk kat celah2 pokok..heheheh..

tatau la masjid tu kat mana. uncle.huhu

Zyma Da` Catwoman said...

Salam Zino....

Ya, ini betul2 happy ending!!

;)

sI tEDI said...

kat mana masjid tu?

Kak Elle said...

very well planned...bravo:)

aNIe said...

Best ye buat majlis perkahwinan kat FRIM tu...

zino said...

leeya..
kalau nak buat majlis dalam taman memang sesuai..

zyma
plan berjalan lancar..

si tedi
masjid tu dalam bandar seremban..

kak elle..
alhamdullilah.. lancar seperti di rancang..

anie..
boleh le cuba2 tanya mana tau nanti boleh plan kat sana.. lepas makan boleh pegi waterfall hehe

DrSam said...

selalu hujung minggu pergi FRIM, tapi berkelah di air terjun.

zino said...

DrSam..
nanti boleh le kami ke sana berkelah pulak hehe

Zareda Norman said...

zino

la awat lah tak call zar tanya direction. Dewan tu ofis zar punya dan FRIM memang tempat bermain zar.. hehheh.. Dewan tu mmg sesuai buat kenduri kawin, jangan tak tahu, kitaorg pun dah planned nak kenduri Ika nanti kat sana.. InsyaAllah kalau panjang umur nak sambut menantu ler.. *verangan jer*

Next time, jangan lupa okes... :)

zino said...

lama nya lagi nak tunggu nasi minyak IKA hehe.. lupa pulak kawasan tu kawasan jajahan zar hehe

生魚片Alex said...

徵信社,尋人,偵探,偵探社,徵才,私家偵探,徵信,徵信社,徵信公司,抓猴,出軌,背叛,婚姻,劈腿,感情,第三者,婚外情,一夜情,小老婆,外遇,商標,市場調查,公平交易法,抓姦,債務,債務協商,應收帳款,詐欺,離婚,監護權,法律諮詢,法律常識,離婚諮詢,找人,追蹤器,GPS,徵信,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信,徵信社,徵信公司,尋人,抓姦,外遇,徵信社