Thursday, October 14, 2010

harapkan pagar......

KUALA LUMPUR 14 Okt. - Hukuman tahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ke atas tujuh kakitangan Jabatan Imigresen yang terlibat dalam aktiviti penyeludupan manusia tidak harus dilihat sebagai hukuman berat, kata Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Abdul Rahman Othman.

Beliau berkata, sebaliknya hukuman itu dibuat berdasarkan peruntukan undang-undang sedia ada berdasarkan bukti kukuh yang dikumpul polis. "Tindakan ISA itu satu keputusan yang telah pun difikirkan oleh kerajaan. "Biasalah pada kita yang tak tahu (hasil siasatan) ni, mesti kita kata keraslah, kejamlah dan sebagainya," katanya di sini hari ini.

Semalam, Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar mendedahkan sembilan individu terdiri tujuh kakitangan Jabatan Imigresen dan dua warga asing, ditahan di bawah ISA kerana disyaki terlibat dalam kegiatan penyeludupan manusia. - Bernama

dah terlalu lama berlaku lambakan pendatang di Malaysia ni.. yang masuk secara haram tu satu hal.. yg masuk ikut saluran halal pun rupanya haram juga... bilangan mereka sekarang ni amat menakutkan.. tetapi seolah olah tidak ada apa boleh di lakukan.. pebagai masaalah sosial berlaku atau di lakukan oleh pendatang ni, menjadikan kehidupan tideak lagi sebebas seperti dahulu, sehingga di kampong kampong pun bukan lagi satu tempat yg tenang dan selamat..


8 comments:

MOKCIK AZWA said...

Zino,

high time sesuatu patut dilakukan. masalah ni dah bertahun2 berlaku terutama di Sabah nun..Siapa yg menjadi dalangnya?? jgn setakat masukkan ke ISA yang ikan ikan bilis saja...jerung2 tu pun kejar sekali.

manusia sanggup melakukan apa saja untuk duit dan tak peduli apa berlaku pada orang lain, sehinggalah ianya terkena batang hidung sendiri.

Angah said...

Tindakan yang tepat!

lupekanje said...

tangkap je saper yg buat salah...

ciK LyndaWawa said...

pagar makan padi...

ckLah @xiiinam said...

...pagar sudah makan itu padi!

Semakin ramai bijak pandai, tanpa rohani yang kukuh!

DrSam said...

susah nak cari pagar yang kukuh sekarang ni kot...

DLSJ Sahrul (nbk466) said...

Emmm...takde law lain hingga kena gunakan Pak ISA ?

Zareda Norman said...

inilah jadinya kalau terllau mengejar harta dunia.. halal haram tak jadi soal dah