Saturday, October 9, 2010

Astronauts....

robot yg telah berada di MARS
selamat pengantin baru..

salah satu space shuttle yg di kendalikan D Cabana..

stesyen angkasa lepas.. dah semakin panjang bersambung2
milik beberapa negara..Malaysia? tak ada kot..

D Cabana semasa di perkenalkan oleh Prof . dari UPM tapi tak ingat nama..
bertindak sebagai moderator
D Cabana menceritakan pasal space lab..
bergambar selepas sesi bersama VIP dan wakil kedutaan US

student U bersama D Cabana..

baru baru ni saya berkesempatan mendengar ceramah dari seorang astronauts dari NASA, ROBERT D. CABANA beliau juga merupakan pengarah Kennedy Space Center dan telah beberapa kali menyertai misi ke angkasa lepas , malah beliau juga merupakan salah seorang juru terbang kemudian komander bagi menerbangkan space suttle Discovery, Columbia dan Endeavour.. seronok mendengar cerita dari orang yg mempunyai pengalaman luas dalam misi space shuttle.. Kenapa D cabana ada di Malaysia?? , oo dia datang atas jemputan Datuk sheik Muzzafar yang akan melangsungkan perkahwinan pada hari ahad ni.. dia berjaya menjemput 100 orang angkasawan, tapi mereka tak datang sesaje je.. satu persidangan antara bangsa berkaitan angkasa lepas telah di atur utk di adakan di Malaysia.. semua tu atas usaha Datuk Muzaffar..

ok balik ke pada kisah D Cabana..

Dia kata tidak pernah bercita cita pun utk menjadi seorang angkasawan, tetapi carrier dia bermula juruterbang peluang.. beliau merupakan juruterbang bagi pesawat A-6 bombardier, kemudian menerbangkan A-6 Intruder, kawan sebelah bisik agaknya dia lah salah sorang juruterbang yg bom Vietnam dulu hehe.. mula menerbangkan space suttle pada tahun 1990..

ceramah beliau juga di sertai ramai student dari beberapa universiti IPTA dan IPTS yang bagitu teruja mendengar kisah dan pengalaman D Cabana.. berbagai soalan di tanya yg semua nya di jawab dengan penuh berhemah dan berinfomasi, D Cabana tidak kedekut utk menceritakan pengalaman semasa latihan , semasa penerbangan kali pertama, dan semasa berada di angkasa.. satu perkara yg menarik bila dia memberitau , air buangan yang di hasilkan di proses semula sehingga boleh di minum .. yekk.. hehe.. hanya bahan solid saja yg di bakar dalam tempat yg telah di sediakan..

Di masa akan datang NASA tidak lagi bertanggung jawab untuk mengendalikan misi penerbangan ke stesyen angkasa lepas, tugas itu akan di serah kepada pihak swasta, kata nya boeing berminat utk mengambil alih misi tersebut.. makna nya kalau ada misi ke stesyen angkasa selepas ni akan di kendalikan pesawat yg di bina Boeing.. Misi NASA seterusnya adalah penyelidikan ke MARS dan planets lain. kata nya masa yg di perlukan utk sampai ke MARS adalah 1 1/2 tahun... ada sesiapa nak volunteer ?? hehe.. bagaimana nak menyediakan makanan utk angkasawan bagi tempuh tersebut, bekalan oxigen, sistem tenaga , komunikasi , sistem kumbahan dan sebagainya..

di akhir sesi student tersebut bagitu teruja utk bergambar degan D Cabana.. kami pun tak lepas peluang hehe tapi kena lah tunggu gambar official dari jugambar official hehe..

7 comments:

SoFie NuR said...

wahhhh..satu pengalaman berharga tu dapat jumpa astronauts :)

ciK LyndaWawa said...

kat unimas pun ade gak astronaut datang aritu..=)

Zareda Norman said...

ilmu menkaji ruang angkasa.. salah satu cabang ilmu yang patut diperluaskan di Malaysia

Aida Ali said...

Mesti best dapat jumpa astronaut seluruh dunia kan

arsaili said...

salam ..teringat isu makhluk asing uhuhu

KAMATO said...

salam, mesti seronok dengar cerita di luar dunia kita

Mak Su said...

tgk gaks persandingan kayangan nya tadi malam..... orait ler