Showing posts with label ilmu. Show all posts
Showing posts with label ilmu. Show all posts

Tuesday, December 14, 2010

A Famosa resort


sejak ahad kami dah mula berkampong di a famosa resort.. ada kursus pemantapan kata nya.. apa nya yg nak di mantapkan?? tak mantap2 lagi ke..?? sebenarnya kami belajar dari pakar pakar di satu agensi kerajaan tu.. agensi ini amat di geruni oleh semua agensi di mana mana jabatan kerajaan di malaysia ni.. hehe.. tapi tak ada agensi dapat mengelak dari menerima lawatan agensi ini.. bila mereka datang bersedia je lah hehe..

so kami mendapat banyak tips dari pakar yg memang berkemahiran dalam bidang tugas nya.. kenapa perlu nya pengetahuan tambahan ni? utk apa? semua ini adalah menjadi hasrat pihak pengurusan supaya kami berupaya menyemaikan satu budaya kerja cemerlang di kalangan semua peringkat penjawat awam di semua jabatan perlaksana di tempat kami.. ada kaedah check and balance.. ada kaedah ingat mengingatkan antara satu sama lain.. ada kaedah membuat pemantauan dalaman dalam semua aspek kerja dan bekalan.. ada kaedah kendiri utk semua peringkat..

dengan ilmu tambahan yg di perolehi di harapkan out come sesuatu projek yg di laksanakan mendapat reaksi positif dari masyarakat pengguna dan mempunyai nilai value for money.. yg penting apa saja yg di lakukan masyarakat umum mendapat manafaat... inshaallah.. kursus belum habis ... ada dua hari lagi hehe... kita tunggu lapuran selanjut nya...

Saturday, October 9, 2010

Astronauts....

robot yg telah berada di MARS
selamat pengantin baru..

salah satu space shuttle yg di kendalikan D Cabana..

stesyen angkasa lepas.. dah semakin panjang bersambung2
milik beberapa negara..Malaysia? tak ada kot..

D Cabana semasa di perkenalkan oleh Prof . dari UPM tapi tak ingat nama..
bertindak sebagai moderator
D Cabana menceritakan pasal space lab..
bergambar selepas sesi bersama VIP dan wakil kedutaan US

student U bersama D Cabana..

baru baru ni saya berkesempatan mendengar ceramah dari seorang astronauts dari NASA, ROBERT D. CABANA beliau juga merupakan pengarah Kennedy Space Center dan telah beberapa kali menyertai misi ke angkasa lepas , malah beliau juga merupakan salah seorang juru terbang kemudian komander bagi menerbangkan space suttle Discovery, Columbia dan Endeavour.. seronok mendengar cerita dari orang yg mempunyai pengalaman luas dalam misi space shuttle.. Kenapa D cabana ada di Malaysia?? , oo dia datang atas jemputan Datuk sheik Muzzafar yang akan melangsungkan perkahwinan pada hari ahad ni.. dia berjaya menjemput 100 orang angkasawan, tapi mereka tak datang sesaje je.. satu persidangan antara bangsa berkaitan angkasa lepas telah di atur utk di adakan di Malaysia.. semua tu atas usaha Datuk Muzaffar..

ok balik ke pada kisah D Cabana..

Dia kata tidak pernah bercita cita pun utk menjadi seorang angkasawan, tetapi carrier dia bermula juruterbang peluang.. beliau merupakan juruterbang bagi pesawat A-6 bombardier, kemudian menerbangkan A-6 Intruder, kawan sebelah bisik agaknya dia lah salah sorang juruterbang yg bom Vietnam dulu hehe.. mula menerbangkan space suttle pada tahun 1990..

ceramah beliau juga di sertai ramai student dari beberapa universiti IPTA dan IPTS yang bagitu teruja mendengar kisah dan pengalaman D Cabana.. berbagai soalan di tanya yg semua nya di jawab dengan penuh berhemah dan berinfomasi, D Cabana tidak kedekut utk menceritakan pengalaman semasa latihan , semasa penerbangan kali pertama, dan semasa berada di angkasa.. satu perkara yg menarik bila dia memberitau , air buangan yang di hasilkan di proses semula sehingga boleh di minum .. yekk.. hehe.. hanya bahan solid saja yg di bakar dalam tempat yg telah di sediakan..

Di masa akan datang NASA tidak lagi bertanggung jawab untuk mengendalikan misi penerbangan ke stesyen angkasa lepas, tugas itu akan di serah kepada pihak swasta, kata nya boeing berminat utk mengambil alih misi tersebut.. makna nya kalau ada misi ke stesyen angkasa selepas ni akan di kendalikan pesawat yg di bina Boeing.. Misi NASA seterusnya adalah penyelidikan ke MARS dan planets lain. kata nya masa yg di perlukan utk sampai ke MARS adalah 1 1/2 tahun... ada sesiapa nak volunteer ?? hehe.. bagaimana nak menyediakan makanan utk angkasawan bagi tempuh tersebut, bekalan oxigen, sistem tenaga , komunikasi , sistem kumbahan dan sebagainya..

di akhir sesi student tersebut bagitu teruja utk bergambar degan D Cabana.. kami pun tak lepas peluang hehe tapi kena lah tunggu gambar official dari jugambar official hehe..