Saturday, March 1, 2014

Ziarah dan Umrah

Assalamualaikum... 

salam sejahtera kepada pembaca semua... (macam ramai yg baca..) hehe sampai masa utk zino merekodkan perjalanan ziarah dan umrah baru baru ni.. dan zino memilih utk membawa tuan puan utk berjalan bersama sama gambar2 yang sempat zino rekod kan dalam perjalanan yg murni ini... (walaupun bukan semua gambar dapat di muat turun di sini ) Perjalanan kami ke Madinah dan Mekah bermula dengan cadangan kami utk mengerjakan umrah pada tahun lepas.. ia itu selepas musim haji tahun lepas.. tapi di maklumkan petugas TH travel masa tu tiada visa umrah di keluarkan sehingga hujung tahun.. Kebetulan bila balik ke kg adik sedang berbincang dengan ayah program nak mengerjakan umrah beramai ramai.. terus zino minta dia masukkan nama kami sekali...maka bermula lah agenda kami sekeluarga berjumlah 15 orang utk ke tanah suci bersama syarikat Rayhar..

silakan....


gambar di rakam di KLIA utk anak2  
yg tak dapat menghantar kami ke airport


ini lah kapal terbang yg membawa kami direct ke kota Madinah di sewa khas oleh syarikat Rayhar bersama Syarikat Andalusia utk penerbangan terus .. kata nya hanya Saudi Air yg di benarkan mendarat di Madinah


penerbangan mengambil masa lebih 8 jam...


pemandangan pertama yg zino lihat sebaik bas mendekati Masjid Nabawi... kemeriahan dan keseronokkan mula terasa , Jemaah baru keluar masjid selepas solat Asar dan hotel kami menginap berhampiran dengan masjid.. 


melangkah masuk ke Masjid Nabawi utk solat Zuhur dan Asar..ini merupakan perkarangan masjid masih boleh berselipar di sini..belum lagi masuk ke dalam masjid.. payung masih belum di buka..


ini adik zino merangkap pengurus utk kami sekeluarga bermula dari perancangan kursus pembayaran injeksion berurusan dengan syarikat.. dan sebagainya semua adik zino yg selaraskan.. dia bawah seluruh ahli keluarga bersama termasuk ayah dan mak dan sorang cucu..


along pun bersama kami..


gambar pertama di dalam masjid Nabawi.. 
selepas selesai urusan..


 ini sebahagian dari 15 ahli rombongan yg ikut sama dalam perjalanan ziarah dan umrah ini...


suasana setiap kali lepas solat fardu.. 
ini rasanya lepas solat isyak..


suasana di pintu utama masjid Nabawi selepas setiap kali solat Fardu berjemaah... meriah sangat ramai nya saudara se islam dari seluruh dunia..


 ini sebahagian dari bukit Uhud.. dalam sejarah islam berlaku satu peperangan balas dendam antara umat islam dengan kafir qurish.. pihak kafir qurish ingin membalas dendam atas kekalahan mereka di perang badar.. pasukan pemanah tidak mengindahkan arahan utk tidak turun dari atas bukit walau dalam apa keadaan sekali pun.. keadaan ini di ambil kesempatan oleh pahlawan qurish Khalid al walid utk bertindak balas menyerang semula umat islam sehingga rasullalah sendiri mendapat kecederaan.. di sini gugur nya 70 orang pada syuhadah pejuang islam termasuk bapa saudara nabi.. Saidina Hamzah.. 



sesi lawatan juga membawa kami ke Masjid Kubah iaitu masjid pertama yg di bina oleh Rasullallah semasa berhijrah ke Madinah


bergambar di Jabbal Rahmah.. salah satu tempat yg sangat mustajab utk berdoa.. sesiapa yg berdoa di Jabbal Rahmah pasti akan di makbulkan Allah..


kata nya kurma terbaik ada di Madinah... di sini di jual pelbagai jenis kurma utk di bawa pulang.. yg best nya kalau kita nak rasa kurma tu semua nya halal makan lah banyak mana sekali pun kalau ambil sekilo dua kena bayar la.. hehe kenyang zino merasa kurma..


Raudah merupakan satu tempat mustajab utk berdoa.. sesiapa yg datang berziarah ke Masjid Nabawi tidak lengkap kalau tidak merebut peluang masuk ke Raudah utk solat dan berdoa.. tempat ni sentiasa penuh dengan jemaah dari seluruh dunia..24 jam sentiasa di penuhi dengan orang yg berkunjung.. 


makam rasullalah.. 


selesai 4 hari di Madinah tiba masa utk kami bertolak ke Mekah utk mengerjakan umrah.. baby pun nak buat umrah.. perjalanan dari Madinah ke Mekah mengambil masa lebih kurang 8 jam dengan bas.. kami bermiqat di Bi'ru Ali.. berniat utk mengerjakan umrah ..


ini lah pemandangan yg pertama zino lihat ke arah Baitullahil haram.. Subhanallah.. sangat cantik dan indah sekali.. kelihatan sayup sayup.. jemaah sedang melakukan tawaf.. masa ni dah dekat jam 12.00 malam tapi masjidilharam tidak pernah tidur dan sunyi..


bersedia utk mengerjakan umrah wajib dengan bimbingan mutawif dari syarikat rayhar berkumpul dulu di lobby hotel..


 alhamdulilah selesai urusan umrah wajib, tawaf 7 kali kelilingi kabah, Saie iaitu berulang alik di antara Safar dan Marwah sebanyak tujuh kali dan bertahlul.. zino mamat along dan yan.. geng botak..hehe alhamdulilah..


 ini pemandangan ke arah baitullahil haram di waktu siang.. kelihatan di bahagian belakang bertentangan dengan pintu Faizal kerja kerja pembinaan sedang rancak di jalankan.. buat masa ini kerajaan arab saudi mengurangkan lebih 20 % jemaah dari seluruh dunia utk mengelak kesesakan di kawasan baitullah .. ada kawan zino kata terdapat 53 towercrane sedang beroperasi serentak.. boleh bayangkan tahap kerancakan pembinaan yg sedang berjalan.. kata nya siap keseluruhan dalam tempuh 5 tahun..


 solat di depan kabah..


suasana sepanjang masa di sekitar baitullah tidak pernah sunyi dari ribuan jemaah.. silih berganti.. 24 jam.. di penuhi dengan jemaah


lawatan ke gua hiraq.. bayangkan Rasullallah mendaki bukit yg tinggi utk sampai ke gua yg terletak hampir di puncak bukit.. kami tak pergi mendaki tapi dari jauh kelihatan ada jemaah berada di atas sana..


selang sehari akan ada program lawatan dan di ikuti dengan berniat di miqat dan kembali ke baitullah utk mengerjakan umrah.. dalam program yg di sediakan pihak syarikat kami berpeluang mengerjakan 4 kali umrah.. bermiqat di tempat yg berasingan .bila hari2 tak ada lawatan program kami berulang alik ke masjid mengerjakan solat fardu berjemaah.. dan setiap waktu penuh dengan ribuan jemaah dari seluruh pelusuk dunia.. datang dengan tujuan yg sama.


kami book hotel yang paling hampir dengan baitulllah dengan tujuan memberi kemudahan dan keselesaan kepada ayah bonda yg bersama kami.. ayah dan mak sambut birthday hari kami melakukan umrah bersama sama.. hadiah yg paling berharga utk ayah bonda. turun je eskalator dah sampai ke kawasan lapang baitullah.. kalau turun lambat kat eskalator tu je lah solat...Dari bilik hotel jelas kelihatan satu pemandangan yg sangat menarik.. 



selepas 9 hari di mekah tiba masa utk pulang ke tanah air.. menitis air mata sebak yg tak boleh di tayhan tahan apabila selesai tawaf wada' dan berdoa..

"Ya allah kembalikan lah diriku kebaitullah ini dan berikan lah rezeki kepadaku untuk kembali semula ke sini secara berulang kali dalam keadaan bertaubat dan beribadat kepadamu selain berkunjung bagi memuji kebesaranmu.."


urusan di terminal haji Jeddah berjalan dengan agak perlahan.. tak boleh di bayangkan keadaan di sini bila musim haji... apa boleh buat bersabar je lah hehe


semua beg masuk secara lump sum jadi tak perlu nak timbang bagai.. suspen juga bila balik beg semua nya gemuk dan beranak2.. beg kami pun bertambah satu hehe.. kelayakan individu dua beg besar setiap beg tak boleh lebih 23kg.. bila masuk sekali dia orang kira total weight.. 


nak naik kapal terbang jam 6.30 petang tapi kol 9.00 pagi dah meninggalkan mekah.. jam 11.00 sampai Jeddah.. 5 jam sebelum check in kena berada di Jeddah.. 


ready utk pulang


terima kasih kepada ustaz Hadi yg membimbing kami semasa di Madinah.. dan keseluruhan warga kerja Rayhar sama ada semasa di Malaysia, di Madinah dan Mekah.. yg sentiasa memastikan kami dalam keadaan selesa sepanjang masa.. mereka bersedia membantu bila bila masa di perlukan.


bila nak datang lagi??