Assalamualaikum..
Hari ini dalam sejarah..
Dua tiga hari ni kecoh pasal bendera.. jalur gemilang di dataran merdeka koyak dan "tidak di ganti.. ".. di viralkan berleluasa di media sosial.. dan ramai lah hero hero muncul menyatakan betapa mereka lah yg paling patriotik yg mahu mempertahankan maruah negara.. kerana bendera merupakan lambang kebangsaan yg perlu di junjung tinggi. 1000 satu macam penulisan viral dari satu wall ke satu wall.. hebat rakyat malaysia..
Kerana "semangat" yg berkobar itu lah mereka menulis seolah2 pihak berwajib pekak tuli buta dan tidak sensitif.. konon.. apa ayat yg mereka tak guna? semuanya ada complete. Bersemangat la katakan.. hilang nilai moral hilang nilai budaya.. hilang sopan hilang hilang rasa hormat hilang.. segala2nya hancur.. itu kata mereka.. tapi ada ke yg call bagitau ....?? biar la..
Di pihak kita..
bila kita dapati bendera koyak akibat di pukul ribut pada sebelah mlm nya (bukan dari sumber viralpun) kita terus mengambil tindakan sewajarnya. Memula bendera yg koyak perlu di turunkan segera. Segera bukan bermakna dalam 10 minit boleh turun . kontraktor yg bertanggongjawab pun di panggil utk mengambil tindakan.. masing masing tengah beraya.. tentu lah mengambil sedikit masa utk berkumpul.
Nak menurunkan bendera seberat 25kg bukan mudah seperti menurunkan bendera kat sekolah tu. Tarik je tali bendera pun turun. Memula tiga pekerja yg fit.. kena panjat ikut tangga di dalam tiang bendera ke aras tengah yg kita nampak tu. Kalau nak tau dalam tiang tu ada catladder menjunam naik sampai ke aras tengah tu .ada la tempat berehat nya 40m je . Tengok juga keadaan cuaca masa tu panas tak boleh masa angin kencang pun tak boleh..
Dah sampai aras tu baru boleh turunkan bendera besar yg terletak 60m lagi keatas tu perlahan2 menggunakan cable dan motor.. kalau angin kuat kena la tunggu.. kemudian bendera tu dibawa turun ikut dalam tiang sampai ke bawah..cuba bayangkan betapa sukar utk membawa bendera tu turun melalui ruang yg sempit.. tolong hargai tugas mereka ini..
Bendera baru pula di bawa naik menggunakan ruang yg sama.. biasa nya kerja ini di buat di awal pagi atau lewat petang bila cuaca agak reput dan kurang berangin.. lambat ke..? Tak prehatin lagi ke? .apa yg kami buat orang tak nampak pun .. tau kah anda bendera tu di tukar setiap dua bulan? Dah baca surat kabar kan. ? Dah tau kan berapa kos termasuk upah setiap kali bendera di tukar? Kerajaan ada cukup peruntukan utk semua itu.. kerajaan tak bengkrap..
Ok lah tuan tuan nak tau kan bila bendera akan di tukar lagi.. kita dah sediakan satu upacara setiap kali bendera baru di naikkan.. nanti boleh la kita berselfie hehe.. tungguuuu... bagi la suspen sikit..