EPISOD SATU
BAGAIMANA TERJEBAK.. HEHE
BAGAIMANA TERJEBAK.. HEHE
Sebenarnya masa tu abah sedang mencari2 trip yg sesuai utk Mac atau April.. banyak yg lalu lalang di wall tapi tak tau nak pilih yg mana satu... ada ke Korea ada ke Jepun ada ke Turki ada ke UK .. dan ada ke New Zealand.. aduh pening nak pilih... pening sebab tak tau yg mana satu ejen yg boleh di percayai... dengan sape nak pergi.. dan seribu satu persoalan...
Tetiba satu hari tu dapat mesej dari Iyra.. cuba abah contact Farhan dia ada buat trip ke Turki.. siapa Farhan dan kenapa Farhan.. abah tak respond pun biar je masa berlalu walaupun dah jawab ok dengan Iyra.. hehe.. beberapa hari lepas tu iyra tanya lagi.. abah dah contact Farhan ? oops belum lagi .. sat abah contact dia.. so abah pun terus whatapps Farhan..bertanyakan pasal trip tu... dan tunggu reply.. masa tu farhan di Qatar.. beza waktu dlm 6 jam kot.. (tak sure)
Dari perbualan dengan Farhan abah dapat sedikit maklumat trip ke Turki ni.. siapa yg akan sertai dan sebagainya.. abah tak fikir panjang terus setuju.. abah dengan mama ikut sama.. ahli yg lain semua dari trengganu.. hehe. abah terus lunaskan bayaran yg Farhan cadangkan
ini merupakan trip holiday pertama abah dengan mama pada jarak yg jauh..(berdua) i know i will survive.. hehe
ini pertama kali berjumpa dengan Farhan tepat sepertimana yg di sebut oleh iyra.. farhan ni seorang yg baik berbudi bahasa dan menghormati orang tua.. dalam hati abah terdetik juga.. i make the right choice utk follow trip Farhan ni.. ni puji habis ni Farhan tapi ikhlas dari abah.. hehe
pada tarikh yg di janjikan kami berkumpul di KLIA utk memulakan pengembaraan ke Turki selama 10 hari 8 malam.. sebenarnya abah tak sempat nak buat kaji selidik tempat2 yg bakal di lawat di sana nanti.. so tak tau apa yg bakal di temui hehe
dan ini juga kami pertama kami travel berdua sahaja.. anak2 semua tinggal.. sebelum ni kalau kemana2 pasti bersama se isi keluarga.. dan ini merupakan honeymoon pertama dengan mem hehe.. sejak kawin tak pernah pegi honeymoon.. sedihkan maklum la masa kawin dulu abah masih student.. kawin sabtu .. isnin dah masuk kelas.. lepas tu dah ada anak sorang sorang sorang........ hehe
Istanbul... kami datang...
...BERSAMBUNG...