Sunday, April 29, 2018

Fun Ride Hari Buroh..

Assalamualaikum

Satu lagi kayuhan yg abah sertai utk tahun 2018.. fun ride hari buroh anjuran SOCSO.. berlangsung di Putrajaya.. Ada dua kategori kayuhan iaitu 20km dan 40km .. abah pilih utk berkayuh 40km. selain kayuhan ada juga program larian 5km dan 10km..

Bila dua program ini di jalanlan serentak maka Putrajaya di banjiri dengan ribuan peserta.. memang meriah... Program kayuhan 40km di lepas lebih awal oleh KSN .. kemudian di.ikuti dengan acara2 lain..

Biasa nya abah join kayuhan 20 ke 30km shj. kali ni sekali lagi nak cuba kayuh 40km.. rasa nya dulu pernah kayuh 40km ni tapi tak ingat acara mana.. Ramai juga yg menyertai kayuhan 40km ni, laki2 dan perempuan tua dan muda .. tapi ramai nya yg jauh lebih muda dari abah.. hehe..

Biasa la bila berkayuh di Putrajaya jalan nya kadang kala landai kadangkala berbukit.. abah kayuh macam biasa lah santai melayan dan mencabar diri sendiri.. yg nak laju sila kan yg nak perlahan pun silakan.. yg penting jaga keselamatan semasa berkayuh.. ikut peraturan lalu lintas dan arahan mashall yg bertugas.

Tak penat ke? bohong la kalau kata tak penat.. tapi bila berkayuh ni dah jadi hobby .. semua tu dapat di atasi.. just ride and continue riding.. Sampai ke garisan penamat.. agaknya macam mana yg kayuh 100km 160km atau yg lebih jauh dari tu kan.. tentu lagi penat  . tapi kerana minat semangat dan kental masing masing terus berkayuh sehingga tamat.. kepuasan berkayuh hanya boleh di rasai oleh mereka yg menyertai nya..

Satu jenis sukan yg boleh menyatukan pelbagai lapiran masyarakat tua dan muda lelaki dan perempuan tanpa mengira latar belakang dan status kedudukan masing masing... semasa berkayuh kami merupakan satu keluarga besar yg mempunyai minat yang sama dengan matlamat yang sama.. berkayuh untuk sihat.


baju ni lagi ke? hehe


peserta pertama yg masuk line hehe


Berkenalan dengan seorang peserta dari Jelebu, memula ingat kawan si Azuan hehe



Sebahagian dari ribuan peserta yg mengambil bahagian.


masing masing dah bersemangat 
nak berkayuh..


Peserta di lepaskan oleh KSN


Dah sampai water station.. ehh baru kayuh dah sampai.. hehe sebenarnya water station ni setelah berkayuh 20km. hehe


Dah sampai.. rasa macam sekejap je kan.. makna nya semasa berkayuh abah tak ada stop berselfie.. tu yg tak ada gambar semasa di perjalanan.. tapi yg best nya sepanjang 40km berkayuh kawan kawan lain pun tak jumpa2.. sama ada mereka jauh di depan atau mereka jauh di belakang (yg ni mustahil hehe) 


alhamdulilah satu lagi medal utk menambah koleksi.. utk rekod sebelum kayuhan ni abah ada sertai beberapa kayuhan lain sebelum ni fun ride di MPAJ, funride Colombia, dan fun ride di Cyberjaya..


berjumpa rakan rider yg tak berkayuh hehe


rider impot dari DBKL hehe


Setiap kali kayuhan abah ON kan GPS kat jam ni.. biasa on tak STRAVA di HP tapi sejak ada jam yg ada kemudahan merekodkan pergerakan ni , guna ni je lah.. lagi pun ia boleh di sambungkan ke app STRAVA.. 


ada food truck


panas lit lit nak pegi beli hehe


masjid Sultan Mizan


Masjid Sultan Mizan dari dataran Perbadanan Putrajaya


ok dah selesai jom lah balik.. no pun tak bertuah.. pelbagai hadiah tadi masa cabutan no bertuah .. hadiah utama sebuah kereta IRIS


SEKIAN..