Tuesday, January 7, 2020

Little Dream Homestay Cameron Highland

Assalamualaikum.. 

Percutian singkat kami ke Cameron Highland berakhir semalam. Plan nak naik CH pun di buat secara ac hoc .. mak hajjah kata nak bawa adik bercuti sementara cuti semester.masih ada dan sementara kakak belum masuk kerja lagi. Hari2 mak hajjah tanya dah book homestay ke belum?? hehe.. 

Abah pun survey la tempat yg sesuai utk stay selama 4 hari 3 malam. Memang banyak hotel atau homestay  di CH ni.. sampai tak tau mana nak pilih.. Dah beberapa kali naik sana dan setiapkali nya pilih tempat yg berlainan. Isu yg selalu jadi masaalah tak ada tempat parking .. atau parking terhad.. setisp kali balik dari jalan2 tercari2 di mana nak parking.

Kali ni abah pilih homestay di Carrington Square..( bila ramai sesuai homestay)  terletak di antara Tanah Rata dan Brinchang . Yg buat abah tertarik tu sebab pemilik nya melayu.. dan abah rasa tentu yg di benarkan menginap pun mesti orang islam je.. komfiden sikit nak guna barang dapur tu.. Homestay ni ada dua bilik.. terletak di tingkat 4 . Kalau malas nak kluar kat bawah tu ada beberapa kedai makan. kedai dobi layan diri pun ada. Tambah menarik kat depan homestay ni ada pasar malam ( mlm sabtu dan ahad) tapi tak ada la sesak mcm kat pekan Brinchang tu) .. 

Ini bukan lah homestay terbaik yg ada di CH tapi bagi abah dah cukup selesa. nak ke Brinchang dekat nak ke Tanah Rata pun dekat. Parking pun mudah walaupun ada parking basemen tapi kami tak pernah turun sebab masih ada parling absilable depan kondo setiap kali balik. 

ini gambar2 abah ambil srbelum checkout. bila masuk kemas bila kluar  pun abah pastikan juga kemas. 

. SEKIAN.



Sunday, January 5, 2020

IKHWAN DELIGHTS Cameron Highland

Assalamualaikum 

Alhamdulilah... tetiba kami menjadi tetamu VIP Tetuan Ikhwan Delights Cameron Highland. 

Kisah nya macam ni.. 
Selepas turun dari melawat kebun teh BOH Sg Palas.. kami terus keTANAH RATA utk lunch di restoren IKHWAN DELIGHTS. Semasa kami sampai abah tengok ada ramai Jamaah Ikhwan ( dari segi penampilan boleh kenal ) di tempat letak kereta depan restoren. Berderet kereta yg mereka pakir di depan restoren... dan abah pun dapat menyelit pakir di tempat yg sama. 

Kawasan pakir tu berbayar , abah pun beli kupon pakir sebelum naik ke restoren. Semasa abah menggores kupon letak kereta tu sebuah demi sebuah kenderaan IKHWAN ( ada pelekat expedisi apa tak tadi ) keluar mungkin menuju distinasi seterusnya.. 

Kami pun naik ke tingkat satu di mana restoren IKHWAN terletak.. Bila sampai di pintu restoren ada notis TUTUP .. alamak tak ada rezeki la jawab nya.. Bila petugas Ikhwan ( yg tadi turut berada di bawah ) mula naik ke atas abah pun tanya , restoren tutup ke?? dia kata tutup lagi 1/2 jam baru buka.. oo ok.. kami pun decide utk beredar .. tak ada rezeki nak makan situ.. nak kena ke restoren lain la jawab nya . 

Semasa nak turun tangga ada seorang sedang menaikki tangga , dari gaya nya abah agak dia pengurus restoren , sekali lagi abah tanya restoren tutup ke ?.. dia tak terus jawab tapi menjemput kami masuk sambil memeluk bahu abah , macam dia mengajak kawan lama dia masuk.. penuh hormat dan berbudi bahasa kami pun ikut je .. sampai di dalam dia terus bagi tau pekerja dia, KITA BELANJA PAK CIK NI ..  dan terus mempersilakan kami duduk .. allahukbar terkejut abah.. 

Katanya sebenar nya tadi mereka baru saja  lepas menjamu tetamu ( yg baru beredar tadi) dari kumpulan GISB  Holding ISTAMBUL TURKI. Bos kedua dari Turki katanya..  mereka dalam expedisi ke seluruh premis / cawangan IKHWAN di seluruh negara. 

Ada banyak menu di RESTOREN IKHWAN ni.. tapi tadi kami oder menu yg simple2 je maklum lah orang nak belanja tak boleh la nak ngada2 sangat kan hehe . Abah oder nasi goreng kampong, mak oder nasi goreng kerabu, kakak oder nasi goreng cendawan dan adik oder nasi putih dengan tomyam ayam. Semua makan berselera.. nasi goreng abah abis licin hehe bagitu juga ya lain.. sedap dan boleh repeat.. Semasa tunggu oder tu abah contact Pak Latip Talib mana tau Pak Latip kenal pengurus IKHWAN ni.. 

Selepas makan abah berjumpa semula dengan pengurus IKHWAN DELIGHTS Cameron Highland.. Cikgu DAUD utk mengucapkan terima kasih.. dan abah pun ada sebut nama PAK LATIP.. Sebelum abah request utk bergambar , Cikgu Daud sendiri offer utk bergambar dengan abah .. bukan sekeping tapi tiga keping di lokasi yg berbeza... 

Terima kasih daun keladi .. lain kali kami datang lagi...ok jom tengok gambar.. 

ini nasi goreng kampong abah..
ini nasi goreng kerabu mak 
ini nasi goreng cendawan kakak
nasi adik tak tangkap pulak hehe
ini lah CikGu Daud yg baik hati belanja kami makan.. Firstime jumpa macam dah kenal lama.. mesra pelanggan hehe.. Restoren tutup sebab meraikan tetamu dari Turki. 
Selamat maju jaya semua rangkaian restoren GISB HOLDINGS di seluruh duni.. kami pernah singgah lunch di restoren mereka di ISTAMBUL TURKI semasa lawatan kesana dulu.
ini bergambar di luar restoren.. alhamdulilah kami bertuah menjadi tetapi VIP ( yg tak di sangka2) .. rezeki kami petang ni.. 
Mereka juga ada homestay.. 

Akhir kata sekali lagi abah mengucapkan berbanyak terima kasih dengan cikgu Daud yg menjemput kami masuk walaupun masa tu restoren di tutup sementara ( selepas jamuan) dan belanja kami makan.. 

Selamat maju jaya restoren IKHWAN DELIGHTS Cameron Highland dan semua rangkaian IKHWAN di merata negara.. 

Friday, January 3, 2020

POKOK TUMBANG

3hb Jan. 2020 
Assalamualaikum...

Alhamdulilah kami dah selamat sampai ke homestay di CH.. Kami jangkakan perjalanan naik ke sini tentu lah lancar dengan mengambil kira cuti hujung tahun dah habis dan anak anak pun dah masuk sekolah.. so no more JJCM kepada mereka yg bekerja... 

Giliran kami memulakan percutian pendek ke sini.. adik masih bercuti.. cuti sem adik tak sama dengan kolej2 lain.. Tadi pilih utk naik CH ikut Tapak... awal perjalanan lancar.. satelah 1 jam jalan berliku Tetiba dah nak sampai Ringlet pergerakan terhenti.. ehhh apa hal pulak tu . semua kereta berhenti.. !!! ahh sudah. Tunggu je lah..tak tau apa berlaku .. Kelihatan ada beberapa pemandu yg keluar dari kereta .. mesti dah tunggu lama tu... ada seorang sedang berjalan kaki sebelah kereta abah... 

kenapa kat depan tu ? 
ada pokok tumbang ? 
ada orang clearkan ke?? 
tak ada..!! Allahukbar


akhirnya abah pun turun dan berjalan kaki ke depan utk melihat sendiri.. Tak jauh pun dari tempat abah berhenti.. dari jauh kelihatan sebatang pokok besar tumbang melintang di atas jalan ..

Masing masing hanya mampu memerhati.. tak mampu nak nak buat apa.. pokok yg tumbang tu besar.. katanya berlaku lebih kurang 1/2 jam sebelum kami sampai.. depan abah ada lebih kurang 10 biji kereta.. Pokok yg tumbang melibatkan talian TNB dan Telikomunikasi.. ( tapi tak putus ) .. Bantuan belum sampai.. masing masing sibuk merekodkan kejadian.. ( termasuk abah ) 

1/2 jam lepas tu baru TNB sampai.. ya lah bukan nya dekat nak sampai segera .. Kerja kerja memotong pokok yg besar pun bermula menggunakan chainsaw.. JPAM juga datang membantu.. ( 4 chainsaw di gunakan) orang ramai membantu mengalihkan dahan dahan dan batang pokok yg telah di potong . 


Petugas TNB , JPAM bertungkus lumus melakukan kerja kerja pembersihan.. ada juga usaha utk menarik pokok tu ke tepi menggunakan 4×4 .. tapi pokok tak bergerak.. terpaksa di pokok pendek2 dan di golekkan ke tepi.. Lepas satu jam baru laluan clear...

Terima kasih kepada petugas TNB , JPAM yg telah menjalankan tugas dengan cekap dan berjaya memulihkan laluan dengan cepat.. tepat 2.30 ptg kami meneruskan perjalanan... 


Alhamdulilah....