Sunday, October 25, 2020

KP KKM: Jangan bertelagah

PUTRAJAYA: Kementerian Kesihatan terus mengingatkan masyarakat untuk bersatu memerangi penularan COVID-19 serta mengambil ikhtibar Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang sebelum ini terbukti menyumbang kepada peningkatan kes COVID-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, menerusi ciapan di Twitter nya berkata, petugas barisan hadapan kini berada di lapangan selama 24 jam seminggu sejak 10 bulan lalu.

Berikutan itu beliau tidak mahu peningkatan kes ketika PRN Sabah berulang kembali.

"Kita perlu bersatu padu dan bekerjasama untuk melawan penularan COVID-19, bukannya bertelagah antara satu sama lain. Petugas barisan hadapan sudah berada di lapangan 24/7 sejak 10 bulan lalu, (sudah tentu) terdapat keletihan mental dan fizikal.

"Sebahagian daripada mereka (petugas barisan hadapan) sudah mula berputus asa. Tolong ambil ikhtibar daripada PRN Sabah dan berharap ia tidak akan berulang kembali," katanya dalam ciapanya, di sini hari ini.

Sementara itu, menerusi hantaran beliau di Facebook, Dr Noor Hisham turut meminta rakyat Malaysia untuk berusaha sekali lagi bagi melandaikan lengkung penularan wabak berkenaan di negara ini.

"Ia adalah cabaran untuk melindungi dan mencapai keseimbangan antara kesihatan dan ekonomi dalam memerangi COVID-19. Hilang keseimbangan bermakna kehilangan nyawa dan mata pencarian.

"Bersama-sama kita mengubah sesuatu yang mustahil kepada kejayaan melandaikan lengkung sekali lagi," katanya,

Semalam, Malaysia mencatatkan pertambahan 710 kes baharu menjadikan jumlah kumulatif kes di negara ini sebanyak 24,514 kes.

Sehingga kini, sebanyak 466 kes yang dilaporkan daripada individu yang mempunyai sejarah perjalanan ke kawasan berisiko iaitu Sabah serta mewujudkan beberapa kluster baharu di negara ini termasuk Kluster Bah Tropicana di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Selangor serta Kluster Bah Manggis di Selangor dan Negeri Sembilan.

  • Lagi berita mengenai COVID-19
  • Saturday, October 24, 2020

    Covid19 makin mengganas

    Assalamualaikum... 

    Hari ini kes positif covid yg di rekodkan melebihi 1000 kes sehari... atau lebih tepat 1228 kes !!! ini sangat sangat membimbangkan.. Pelbagai usaha telah di buat bermacam nasihat telah di beri .. tapi kadar jangkitan ( dan kebarangkalian terkena jangkitan) terus meningkat.. jauh lebih tinggi dari jangkitan gelombang pertama dulu...  

    Satu keputusan lebih agresif perlu segera di ambil .. penularan perlu di kurangkan dengan kadar pantas... Pertimbangan utk menyelamatkan nyawa melebihi keutamaan lain.. jika perlu PKPP lakukan jika perlu PKP sekali pun lakukan .. sama ada tersasar atau keseluruhan... Kami sokong.

    Sudah tentu apa saja keputusan pasti akan menjejaskan periuk nasi rakyat ramai.. apa saja tindakan sudah tentu menyusahkan.. Kita yg gagal mematuhi SOP  .. kita yg gagal hidup cara norma baru.. sudah sampai masa SOP paksaan utk mencegah penularan.. 

    Sebelum ini telah  kita hampir berjaya.. sebelum ini kita sudah melandaikan geraf jangkitan.. Tapi kita juga menyebabkan berlaku penularan semula.. Kali ini dia datang dengan gelombang yg lebih besar... seolah2 kita tidak berupaya menepis nya lagi..  Semua gara kerakusan sebahagian dari kita juga.. 

    Esok akan berlangsung mesyuarat majlis raja raja.. Utk mendengar dan memperhalusi serta membuat keputusan tentang hala tuju cadangkan ( kabinet) kerajaan.. Lockdown ke DARURAT ka.. atau apa saja boleh mengekang penularan covid dan membantu rakyat harus kita sokong...

    Berhentilah berpolitik.. berhenti lah bercakaran... berhentilah berangan2 ( nak jadi PM) ..ayuh kita berganding bahu .. menyingsing lengan membantu memudahkan kerja frontliner kita.. yg kaya bantu lah harta , yg kuat bantu lah dengan tenaga ,yang berilmu bantu lah dengan nasihat , yg berpengaruh bantu lah dengan jaringan pengaruh mu.. 

    Jangan kita bezakan kita ini siapa kita ini bangsa apa kita ini sokong mana kita datang dari negeri mana kita ini golongan mana... Kita semua sama.. kita rakyat Malaysia.. kita jaga kita kita bantu kita.. 

    ayuh !!!