Thursday, May 27, 2021

kemalangan LRT siri 5

Jangan salahkan pemandu LRT saja, kata bekas CEO Prasarana

3.1kShares
facebook sharing button 3k

PETALING JAYA: Adakah hanya menyalahkan pemandu tren kosong yang menyebabkan pertembungan LRT pada Isnin lalu hingga mencederakan sejumlah penumpang, sesuatu yang betul?

Tidak, kata bekas CEO Prasarana Malaysia Bhd mengulas kenyataan Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong, yang mengaitkan kemalangan itu dengan kecuaian pemandu.

Ketua Pegawai Eksekutif pertama Prasarana Ridza Abdoh Salleh, berkata pasukan petugas yang menyiasat kemalangan itu juga perlu melihat apa yang sedang berlaku di pusat kawalan.


Powered by Streamlyn

Merujuk kepada hasil siasatan awal semalam, Wee berkata kemalangan itu menunjukkan ia disebabkan oleh “kecuaian hostler (pemandu tren), yang memandu TR40 ke arah yang salah”.

Ridza Abdoh Salleh.

Ridza berkata, agak jelas bahawa kecuaian manusia menyebabkan kemalangan itu, namun katanya, pasukan petugas perlu mengetahui adakah kesilapan itu berlaku semasa prosedur asas ketika sebuah tren yang direhatkan (time-out) dibut semula (rebooting).

Beliau memberitahu FMT, adalah normal untuk sebuah tren yang sedang berehat dikendalikan secara manual untuk masuk ke trek sebelum dibut semula untuk kembali ke mod operasi kereta api automatik (ATO). Lokasi kereta api dalam mod ATO boleh dilihat pada layar di pusat kawalan.

Apabila tren dibut semula, pemandu dan pusat kawalan akan meneruskan komunikasi radio kerana kereta api yang dikendalikan secara manual tidak lagi dapat dilihat di layar.

Kakitangan yang mengendalikan pusat kawalan serta seluruh tren ATO boleh menghentikannya untuk memberi masa dan ruang kepada tren yang dikendalikan secara manual menuju ke pintu masuk dan selamat sampai ke trek.

Ridza berkata pusat kawalan akan mengarah setiap pergerakan pemandu semasa proses ini.

“Prosedurnya bukanlah sains roket atau sesuatu yang rahsia. Ia dilakukan hampir setiap hari. Sekiranya mereka gagal melakukan prosedur mudah ini dan menyebabkan kemalangan, maka kita perlu risau. Ada banyak masalah lain yang perlu diselesaikan.

“Macam mana seorang pemandu tren boleh memandu ke arah lain?”

Sedangkan seorang pemandu tren hanya akan mengikut arahan pusat kawalan dan memberikan maklum balas mereka, katanya.

“Pasukan petugas juga perlu bertanya sama ada pusat kawalan melakukan kesilapan kerana membenarkan tren ATO bergerak seperti biasa walaupun mengetahui ada sebuah tren dalam mod manual sedang dalam proses masuk semula.”

Dia berkata tren dalam mod ATO pada dasarnya berada dalam keadaan terkawal, dengan kelajuan dan perhentian di hujung jari pusat kawalan.

Dia bagaimanapun tetap meyakinkan orang ramai bahawa jaringan LRT masih selamat, dengan sistem automatik yang ada.

Namun, katanya pengurusan Prasarana perlu memandang serius organisasi tersebut dan menempatkan individu yang sesuai di peringkat atasan.

“Kegagalan tidak datang dalam waktu yang singkat. Ada isyarat, seperti badan yang mengalami gejala ketika sakit. Sekiranya kita mengabaikan tanda-tanda ini, maka ia boleh membawa kepada bencana.

“Saya tidak menyalahkan sesiapa kerana menimbulkan persoalan tidak kira betapa remehnya persoalan itu. Kemalangan itu telah menimbulkan kebimbangan mengenai suatu kuasa yang diluar kawalan, melihat kepada video dan gambar di media sosial,” katanya.

Kemalangan pada malam Isnin lalu itu berlaku di laluan Kelana Jaya. 213 orang cedera, 47 daripadanya



Wednesday, May 26, 2021

SURAT TERBUKA UTK YB KJ

SURAT TERBUKA UTK YB KJ..
26hb Mei 2021
Vaksin AstraZaneca

Salam sejahtera YB.. saya terpanggil utk menulis surat ini utk perhatian yg berbahagia YB.. 

Saya sedia maklum bekalan vaksin utk rakyat Malaysia mencukupi utk di suntikan 80 % rakyat.. utk program imunisasi kebangsaan. Saya faham bekalan vaksin datang secara berperingkat. Saya juga sedia maklum isu berbangkit pasal vaksin AstraZeneca sehingga YB memutuskan pengambilan nya atas dasar suka rela.. sambutan fasa pertama vaksin ini di katakan laris macam pisang goreng panas.. beberapa jam di buka pendaftaran semua dos telah habis di tempah.. 

Jika YB membaca keloh kesah rakyat saat ini.. isu pendaftaran secara sukarela utk mendapatkan vasin AstraZeneca sangat menyedihakn.. Katanya sukar utk tembus talian, sukar utk mendapatkan tarikh , sukar utk membuat pengesahan.. membuatkan rakyat marah geram tension.. give up fed up.. 

Jika YB perhatikan kegairahan rakyat sekarang, faktor kesukareaan tu dah  tak releven. Semua orang pun sanggup mengambil vaksin apa saja sekarang ni.. Yang penting masing masing mau cepat di lindungi. Penularan covid seolah2 tidak terkawal lagi sekarang ni. Jumlah yg di jangkiti meningkat setiap hari. Lagi menggerukan jumlah kematian juga meningkat.. semua ini menakutkan rakyat. 

Untuk mematuhi SOP seolah olah sesuatu yg mustahil bagi rakyat Malaysia.. Bukan saja rakyat sukar nak patuh , VIP sendiri pun ramai yg tak patuh. Dan ada yg dah di kenakan tindakan.. Ada YB sendiri pun masih tak faham2 nak patuhi SOP.. ada juga selebriti yg sengaja melanggar SOP seolah olah mereka ni golongan yg kebal dan kalis kovid.. semalam pun ada YB yg tak patuh SOP.. ( dalam siasatan polis) .. Guru kencing berdiri murid kencing berlari. Macam ketam mengajar anak berjalan lurus. 

Saya ingin mencadangkan, bagi melegakan keresahan ini, bagi mengembalikan keyakinan rakyat , TAK PERLU LAGI MENDAFTAR SECARA BERASINGAN utk mendapatkan vaksin AZ ni.. gunakan saja maklumat sedia ada dalam pendaftaran yg telah di buat melalui MYSEJAHTERA.. masukkan vaksin dalam progran imunisasi kebangsaan sedia ada. terus je set tarikh vaksin, sebut jenis vaksin yg nak di guna letak option NAK ATAU TIDAK.. dahulukan yg telah berdaftar lebih awal. yg menolak letak nama mereka di bawah ( sekali) 

Praktis yg di buat sekarang rakyat melihat seolah olah kerajaan menggalakkan rakyat potong que.. yang kemudian di dahulukan yg dahulu di kemudiankan.. yang cekap dapat dulu yg memerlukan terus menunggu. Kemudahan telah sedia ada kenapa tidak di gunakan. Jangan menyusahkan rakyat YB.. 

Moga mendapat perhatian dan pertimbangan YB yg bijaksana.. 

Ikhlas.. 
ENGINEER PENCEN

Kemalangan LRT siri 4


Rentetan dari ucapan CEO Prasarana yg langsung tidak mencerminkan sikap professionalnya dalam mengendalikan satu krisis besar.. dan seolah olah memandang remeh kemalangan yg berlaku telah mendapat kecaman nitizen dan orang ramai.. 

Tambah pelik bila dia mengumumkan kan pampasan RM1000.00 utk setiap menumpang yg di timpa bencana akibat kemalangan tersebut.. 

Ini merupakan satu krisis benar pertama kali berlaku dalam sejarah 25 tahun LRT beroperasi di Malaysia.. Tambah muskil bila di lapurkan dua gerabak bertembung.. di landasan yg sama.. perkara yg mustahil utk berlaku.. tentu berlaku satu kesilapan teknikal yg besar yg perlu di siasat secara terpeinci.. sama ada kesilapan sistem atau manusia.. 

Perkara pertama yg perlu di buat ialah menubuhkan satu badan penyiasat bebas terdiri dari pakar kejuruteraan dan teknikal lai utk mengenal pasti punca sebenar kejadian . Bagaiman boleh dua tren bergerak di landasan yg sama berlawanan arah.. ?? 

Pampasan sepatutnya berdasarkan kecederaan yg di alami setiap penumpang .. kata nya ada yg parah dan ada yg ringan.. biar ia di uruskan pihak insuran. Setiap penumpang patut mendapat lampasan yg bersesuaian akibat kemalangan ini. 

Jika berlaku kecuaian manusia ia nya juga perlu di siasat dengan teliti dan menyeluruh supaya kes seumpama ini tidak berulang.. 

bersambung....

Kemalangan LRT siri 3



Assalamualaikum...

Ini statement dari CEO PRASARANA.. Nilai lah sendiri. 

Kemalangan LRT: Kenyataan 'first thing in the morning' Tajuddin dikecam

Penjelasan Pengerusi Prasarana Malaysia Bhd Tajuddin Abdul Rahman berkenaan ketiadaannya di tempat kejadian ketika kemalangan transit aliran ringan (LRT) semalam dikecam di media sosial.

Kebanyakannya tidak senang dengan kenyataan "first thing in the morning" yang dibuatnya.

Dalam sidang medianya hari ini, Tajuddin memberitahu yang dia tidak akan meletakkan jawatan susulan kejadian semalam, yang menyaksikan 47 penumpang dirawat di hospital - enam daripadanya dalam keadaan kritikal.

"Saya baru habis tugasan dengan syarikat di Subang petang (semalam), saya pun dapat tahu lambat. Saya pun dah sedia untuk vaksinasi hari ini. Saya patut terima dos kedua hari ini, you know?" katanya.

Dia juga berkata tahu bahawa pihak lain seperti Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong dan CEO Prasarana Norila Noah ada di tempat kejadian.



Tuesday, May 25, 2021

Kemalangan LRT part 2

Kes kemalangan LRT (laluan Klana Jaya ) terburuk di Malaysia... 

ini respond prasarana... 


KUALA LUMPUR: Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) menyediakan bantuan khas sebanyak RM1,000 kepada 213 mangsa terbabit dalam insiden pertembungan tren Transit Aliran Ringan (LRT) malam tadi.

Pengerusi Prasarana, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, berkata pihaknya juga menanggung kos perubatan mangsa yang menerima rawatan di hospital. Katanya, mangsa yang kehilangan kerja akibat insiden itu turut akan diberi bantuan kewangan sewajarnya.

"Prasarana dukacita dengan kejadian ini dan mengambil tanggungjawab penuh untuk membantu mangsa terbabit. Bantuan khas, kos rawatan dan pembayaran pampasan akan diberikan dalam masa terdekat kepada mangsa," katanya pada sidang media selepas melawat lokasi tren LRT bertembung dalam terowong berhampiran KLCC, hari ini.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohamad Zainal Abdullah, ketika dihubungi hari ini memaklumkan seramai 65 mangsa nahas berkenaan masih dirawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Mereka terdiri daripada 29 lelaki dan 36 wanita. Enam daripada yang menerima rawatan adalah warga asing, bakinya warga tempatan.

Mengulas lanjut, Tajuddin berkata mengikut maklumat terkini, enam penumpang kritikal dengan tiga daripadanya memerlukan bantuan pernafasan di HKL.

"Seramai 15 lagi penumpang masih dirawat di HKL namun dilaporkan stabil. Dalam kejadian semalam, seramai 64 penumpang cedera dikejarkan ke HKL dan ada antara mereka sudah dibenarkan pulang selepas menerima rawatan," katanya.

Selain itu, beliau berkata, Prasarana akan mengambil masa tiga hari untuk mengalihkan tren terbabit dalam kemalangan semalam. Pihaknya bersama Kementerian Pengangkutan sedang giat menjalankan siasatan dan ia dijangka lengkap dalam tempoh dua minggu.

"Setakat ini perkhidmatan LRT berjalan seperti biasa, namun Prasarana menyediakan bas pengantara pada waktu puncak bagi mengurangkan kesesakan di stesen berdekatan.

"Prasarana memberi jaminan perkhidmatan yang terbaik kepada penumpang dan sentiasa meningkatkan perkhidmatan," katanya.


Seribu je ? 

Kemalangan LRT 24 May 2021

maklumat awal insiden 

*Makluman Awal*

*KEMALANGAN MELIBATKAN TREN LRT, - LALUAN KELANA JAYA, JALAN AMPANG, KLCC*

Pada 24 MEI 2021, jam 2045, satu kemalangan telah berlaku melibatkan dua buah KOC Tren LRT bertempat Laluan Kelana Jaya di Stesen KLCC - KJ 10, Jalan Ampang, KUALA LUMPUR.

Siasatan Awal.

2. Jam 2045, berlaku pelanggaran antara Koc Tren LRT dari Stesen KLCC menghala ke Stesen Kg Bharu yang dipandu secara automatik dengan KOC daripada Stesen Kg Bharu menghala ke Stesen  KLCC dipandu secara manual. Pemandu Koc daripada stesen KLCC tidak dapat “Detect” koc daripada Kg Bharu kerana berlaku “Miscommunication” daripada pusat kawalan. 

3. Jam 2130, setakat ini jumlah mangsa yang terlibat belum dapat dipastikan kerana kerja² penyelamatan sedang dijalankan oleh Pihak BOMBA, PDRM dan JPAM dibantu bersama staff Rapid.

Pemantauan diteruskan.

kenyataan media

KENYATAAN MEDIA 

Kemalangan yang melibatkan 2 tren LRT Laluan Kelana Jaya pada malam tadi merupakan satu kemalangan tren yang sangat serius dan yang paling teruk dalam sejarah LRT sejak ia beroperasi pada tahun 1998 di negara kita.

Mengikut laporan daripada pihak polis, terdapat 213 penumpang yang cedera termasuk 47 yang cedera parah. Kemalangan ini melibatkan pertembungan 2 tren yang bertentangan. Seperti diketahui umum, tren LRT dipandu secara automatik tanpa pemandu. Salah satu tren yang terlibat yang dikatakan mengalami kerosakan dipandu secara manual dan berada dalam landasan yang tidak sepatutnya.

Memandangkan kejadian ini menyebabkan kecederaan orang awam, saya menyeru pihak polis membuat siasatan secara mendalam dan sekiranya ia melibatkan kecuaian manusia, tindakan pendakwaan di bawah Akta Pengangkutan Awam Darat  2010 mesti di ambil segera. 

Selain siasatan polis, taskforce siasatan yang ditubuhkan oleh Kementerian Pengangkutan mesti terdiri daripada pakar-pakar bebas dalam bidang tren dan diberikan kebebasan sepenuhnya untuk menyiasat semua aspek dalam kemalangan tersebut.

Laporan daripada taskforce bebas tersebut mesti diumumkan secara telus kepada pihak orang ramai dan tindakan susulan untuk memperbaiki segala kelemahan mesti diambil serta merta untuk mengembalikan keyakinan orang ramai terhadap aspek keselamatan dalam sistem pengangkutan awam negara. 

Saya juga ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada seluruh pasukan penyelamat yang terdiri daripada pihak bomba, pihak polis dan para petugas kecemasan dari hospital berdekatan yang berjaya menyelamatkan semua mangsa dari tren tersebut. 

LOKE SIEW FOOK
AHLI PARLIMEN SEREMBAN

24 MEI 2021

Gambar2 mangsa di dalam tren yg terlibat.. usaha menyelamat giat di lakukan pihak bomba polis  dan pihak berkuasa lain. 









Lapuran dari Doktor di HKL
Bencana LRT Semasa Pandemik

Semasa pandemik, hospital-hospital di seluruh Malaysia bergelut dan berhempas pulas untuk menempatkan pesakit-pesakit Covid saban hari. Apabila, saya masuk untuk bekerja pada pukul 10 malam di Jabatan Kecemasan & Trauma HKL, saya dikejutkan dengan berita bahawa terdapat insiden dua gerabak transit aliran ringan (LRT) laluan Kelana Jaya  bertembung di terowong berhampiran KLCC. 

Terdapat 213 orang penumpang dalam gerabak tersebut. Sebelum saya masuk, terdapat 3 pakar Kecemasan yang bertugas iaitu Dr Nurul Liana, Dr Azman dan Dr Khairul Izwan. Kejadian dikhabarkan berlaku pada pukul 8.33 malam. 

Kira-kira setengah jam sebelum saya masuk, Dr Liana dikejutkan dengan 3 pesakit kritikal yang datang serentak. 5 minit selepas itu, 12 ambulans tiba. Dr Liana segera menghubungi Ketua Jabatan kami, Datuk Dr Mahathar dan dengan cemas melaporkan situasi.

"Tarik nafas dalam-dalammm..." Datuk Mahathar menenangkan Dr Liana. Dia mendengar setiap butir cerita. Pusat Panggilan Kecemasan memaklumkan ada 47 mangsa. 

Kami selalu mengusik Dr Liana kerana kerapkali insiden ‘bencana’ berlaku ketika dia bertugas. Dia pula tetap ‘rancak’ walaupun sarat mengandung. 

Dari perkiraannya, dengan mengoptimakan staf, kami masih dapat menampung pesakit asalkan tidak melebihi 50 orang. Tambahan pula, agak dikhuatiri jika pesakit yang salah dibawa ke hospital yang salah. 

Misalnya, pesakit dengan kecederaan otak tidak harus dibawa ke hospital yang tidak ada pakar neurosurgeri. Maka semuanya diterima oleh HKL. Jika mangsa lebih dari 50, kami akan 'berkongsi' pesakit-pesakit dengan hospital-hospital lain. Ini pernah kami lakukan pada masa lalu.  

Di tempat kejadian, sudah ada lebih 10 ambulans dari Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, pasukan ambulans Bomba dan Penyelamat, pasukan St John's Ambulance Malaysia dan pasukan ambulans dari Hospital Kuala Lumpur. 

Apabila masuk kerja, saya sedar, perkara pertama adala untuk memahami situasi. Setelah ini saya lakukan dan mendapat semua maklumat, saya mula fikirkan tentang penempatan pesakit-pesakit di setiap zon. Kita perlu besarkan setiap zon. 

Maka saya membuat ' briefing' ringkas di zon merah dan zon kuning yang tidak terlibat dengan kes-kes Covid. Semua petugas syif petang diarahkan untuk tidak pulang dan bersama-sama petugas syif malam menyelesaikan setiap kes. 

"Penyelia-penyelia, buka katil-katil kanvas di zon-zon tambahan. Team leader malam, agihkan semua staf untuk ambil pesakit. Sister, gunakan tag lain warna untuk asingkan pesakit insiden dan pesakit yang lain. Sila senaraikan semua nama pesakit insiden di 'whiteboard'."

Saya tahu, semua petugas syif petang keletihan kerana sudah sampai masa untuk mereka pulang. Tetapi mereka sangat tabah dan sabar. Tidak ada satu wajahpun yang memperlihatkan riak wajah yang tidak suka dengan arahan ini. Sebaliknya semua nampak bersemangat. 

Saya bernasib baik, kerana selain 3 pakar yang sudah ada, ada lagi pakar-pakar lain yang datang dari rumah - Dr Ibrahim, Dr Rathini, Dr Hafiz dan Dr Amira sudahpun sampai. Malah ada pakar kecemasan, Dr Shah Jahan dari Hospital Sungai Buloh yang turut serta. "My house dekat jer," katanya.

Pakar-pakar ini dibahagi-bahagikan ke setiap zon untuk merawat pesakit bersama pasukan kami. 

Ketua Jabatan kami, Datuk Dr Mahathar pun tiba sejurus selepas itu dan mula memantau semua perawatan pesakit. Hati kami semakin berbunga kerana pengarah kami, Datuk Dr Herric sudah tercegat di tepi pintu. 

Sementera Datuk Mahathar dengan pantas dan teliti memeriksa pesakit-pesakit malah ada yang sudah siap dibuat pemeriksaan ultrasound, Datuk Herric pula kami berikan maklumat insiden. Dia sangat membantu, dengan memberikan arahan kepada pasukan kejururawatan untuk melihat katil-katil wad bagi menampung tambahan pesakit. 

Malah, apabila saya katakan kepadanya, "Datuk, we have 42 patients in the green zone and they are all queing up for X-Ray in the emergency department. If we can get the radiologist to open their X-Ray department, we can send those who can walk there and speed up all X-Rays."

Sepantas itu, dia terus menelefon ketua jabatan radiologi, Dr Shantini. Dr Shantini terus bersetuju. Dr Amira selepas itu mengumpulkan semua pesakit yang perlukan X-Ray dari zon hijau dan seramai 19 orang dihantar untuk secara berkumpulan. Ianya menjadi pantas.

Pakar-pakar Neurosurgeri, Anestesiologi, Surgeri dan Ortopedik juga turun dan bersama mereka keputusan pembedahan dan kemasukan wad juga pantas setelah semua pesakit diperiksa dan distabilkan oleh pasukan kami. 

Sementara ini berlaku, pesakit-pesakit Covid atau bukan-Covid yang sudah sedia ada di jabatan tetap dirawat seperti biasa. 

Menjelang pukul 12, seramai 67 pesakit sudahpun ada di jabatan kami dan pasukan yang ada berkerja dengan efisyen. Respons di tempat kejadian sudah diisytiharkan 'stand down' pada pukul 11.37 malam. 

Pasukan kejururawatan telah menyediakan katil-katil di hospital untuk semua yang perlukan ICU dan Wad. dari 67 pesakit, 6 adalah kritikal, 19 separa kritikal manakala 42 adalah tidak kritikal. 

Kami juga perlu memeriksa suhu badan dan memastikan mereka tidak ada gejala Covid semasa memberikan rawatan. Malah bagi setiap pesakit yang perlukan kemasukan wad, ujian RTK antigen atau Gene Expert PCR dibuat. 

Akhirnya, menjelang pukul 1 pagi, semua pesakit selesai diperiksa dan telah ada perancangan rawatan. Maka pada pukul 1.25 pagi, kami semua mengadakan sesi 'debriefing'. Semua gembira kerana insiden ini dapat ditangani dengan amat efisyen berkat kerjasama semua di HKL. Kami melepaskan petugas syif petang untuk pulang. 

Datuk Dr Mahathar mengucapkan terima kasih kepada semua petugas dan akhirnya dia mengisythiharkan 'stand down' tepat jam 1.38 pagi.

Walaupun insiden ini dapat ditangani, ‘loceng’ terus berbunyi bagi kes-kes Covid yang datang ke hospital membawa pesakit yang tercungap-cungap. Dua daripada mereka terpaksa kami ‘tidurkan’ dan pasangkan mesin ventilator. 

Bencana seperti ini tidak memilih masa malah masih boleh berlaku ketika pandemik dan mengusutkan lagi keadaan. 

Tidak kira walau apapun krisis yang menimpa, kita harus tenang, rasional, sabar dan bersatu hati menyelesaikan setiap masalah.

Jika semua mencurahkan tenaga untuk ‘menjambatankan’ setiap jurang, setiap ribut dapat kita hadapi bersama. 

Facebook: Dr Alzamani Mohammad Idrose

gambar2 dari fb doktor .. 

#alzainsights #alzastories


Sunday, May 16, 2021

PKP 3.0 satu analisa..

Assalamualaikum.. 

PKP 3.0 satu analisa.. 


Ini ialah masjid di Wangsa Maju.. apa nama masjid ni abah tak ingat pulak.. tersergam indah di atas bukit.. dari jauh kita dah boleh nampak.. cantik .. selalu di imarahkan dengan pelbagai aktiviti keagamaan. Alhamdulilah.. 


Kenapa dengan masjid ni.. ?


Masjid ni merupakan projek abah terakhir sebelum berpindah jabatan . Sebelum tu abah merupakan jurutera struktur dalam mereka bentuk dan pembinaan masjid ni. Masa dulu kami tak melantik sebarang perunding utk melaksanakan projek yg kami di pertanggung jawabkan.. semua nya di lakukan secara in house .. akitek sendiri engineer sendiri qs sendiri kerani tapak pun sendiri.. proses dari A to Z semua kami buat sendiri.. 


Projek ni milik JAWI dan pembiayaan dari JAKIM.. 


Bila berlaku PKP semua aktiviti di masjid di tangguhkan.. solat jemaah 5 waktu juga di hadkan bilangan nya.. solat Jumaat juga di hadkan kehadiran dengan SOP yg ketat.. tiada lagi tazkirah magrib.. tiada lagi tazkirah subuh.. Ramai yg tak puas hati .. ramai yg berungut.. ramai yg menyalahkan pihak kerajaan yg membuat peraturan menyekat aktiviti di masjid.. Walaupun PKP dilaksanakan tetapi aktiviti ekonomi masih berjalan saperti biasa. Pergerakan masih macam biasa.. 


Bila mendapat berita banyak masjid yg terpaksa di tutup terus ( di negeri Sembilan) akibat berlaku penularan wabak covid bermula di masjid masjid dan surau. Kemungkinan berlaku pelanggaran SOP yg memaksa pihak berkuasa menutup terus masjid masjid tersebut.. Bagi mengelakan penularang berterusan masjid2 ini terpaksa di tutup. Bila dah berkumpul memang sukar utk patuh kepada SOP .. gagal mengekalkan penjarakan , gagal memakai pelitup muka dengan sempurna.. gagal mengamalkan kebersihan diri ( cuci tangan dengan senitizer) selalu. 


Covid tak mengenal mangsa, covid tak mengira usia, covid tak ada belas kasihan kepada sesiapa.. orang kayangan ke orang marhein ke VIP ke .. orang biasa ke.. semua nya akan terkena jika kita lalai.. jika kita leka .. kita tak tau siapa pembawa ( pembawa tidak bergejala) , kita tak kenal  siapa yg +ve dikalangan kita.. di kalangan sahabat kita rakan kita sedara mara kita adik beradik kita anak beranak kita.. 24 jam kita kena akur patut kepada SOP yg telah di tetapkan. Kadang2 memang mustahil.. 


Sedih dan bimbang bila mendapat berita ada di kalangan kawan kawan kita yg di sahkan +ve covid19. Tak ada apa yg dapat kita bantu selain berdoa dan berdoa semoga Allah menyembuhkan beliau dan semua yg di jangkiti covid.. Sebahagian kita telah pun mendapat vaksin tapi masih jauh dari sasaran utk mencapai vaksinasi komuniti.. ( malah vaksinasi pun menerima banyak bantahan dan kecaman ) . Ramai di kalangan sahabat abah yg telah menerima dos pertama vaksin.. tapi masih ramai lagi yg masih belum.. abah sendiri pun tak tau bila.. 



Pilihan terbaik duduk je di rumah..

Friday, May 7, 2021

Anak pungut....


Assalamualaikum... 

Pada satu hari tu.. ( 25 hb April 2021) abah terdengar bunyi anak kucing mengiau tak berenti2... memula ingat mesti anak kucing jiran.. baru beranak... mungkin terberanak kat porch rumah sebelah .. Dari pagi sampai ke petang.. dan dari petang sampai ke malam masih mengiau.. macam anak kehilangan mak.. esok nya semasa abah menyiram pokok bunga kat luar bunyi anak kucing tu rasa macam dekat je.. bila abah tinjau kat belakang rak pasu mak hajjah tu tengok ada kotak.. bila abah dekat .. tu dia seekor anak kucing yg kelaparan ada dalam kotak tu.. siapa la yg tergamak buang.. 



Pada mula nya abah menjadi serba salah apa nak buat dengan kucing yg macam baru lahir tu.. kecik nau lagi nak jaga pun tak pandai... tapi perasaan kesian tu menyusup ke dalam hati... abah pun ambil kotak tu bawa masuk.. se ekor anak kucing yg kelaparan mengiau buat hati rasa sayu.. abah pun keluar cari susu utk baby cat ni.. 


abah mengadu dengan doktor vet pasal anak kucing ni.. dan tanya dia nak bela macam mana hehe Doktor Azreen minta abah datang klinik nanti dia ajarkan.. Doktor Azreen bertugas di klinik Veterina di dwitasik ni je .. Kitty Care.. Kalau tuan puan mencari klinik haiwan yg sangat mesra pelanggan boleh la ke sini.. ( promosi sikit) hehe. 


Dr Azreen pun cerita la serba sikit bagaimana nak jaga anak kucing.. terutama macam mana nak bagi minum susu.. macam mana nak bagi dia kencing.. dan beberapa tips lain... abah tak boleh nak janji tapi akan pastikan dia dapat penjagaan terbaik.. Dortor bagi kucing tu susu namapk mudah je tapi bila abah buat meronta2 dia hehe.. 


ini gambar  selepas seminggu.. tali pusat masih melekat .. mata masih pejam.. comel je kan.. doktor pesan 2 jam sekali bagi susu.. macam jaga bayi...la pulak  ( bayi terakhir yg abah jaga dah 19 tahun dah hehe) 







ini gambar terkini ( hari ini 7 May 2021 ) dah besar la sikit.. bulu pun makin lebat dan warna pun dah mula kelihatan.. mesti comel nanti ni.. moga dia dapat membesar di bawah jagaan abah... satu pengalaman baru utk abah... kami memang suka kan kucing.. dan ada banyak kucing di bawah jagaan kami.. tapi kucing tu bebas utk kemana mana.. semua dah ada 8 ekor.. sihat2 semua nya..