Vaksinasi dos pertama
pengalaman abah..
PENDAFTARAN
Abah mendaftar sejak bulan Mac lagi .. dan menunggu dengan penuh debaran bila la agaknya abah mendapat temujanji utk suntikan vaksin .. abah termasuk seorang warga emas berisiko yg perlu di beri keutamaan..
Tarikh yg di tunggu2 tak kunjung tiba.. beratus kali menyemak status di MySejahtera..tak ada apa2 makluman. bila di tanya pun jawapan nya " dalam proses" satu jawapan selamat..
PENDAFTARAN BERASINGAN UTK VAKSIN ASTRA ZENECA
Tetiba berlaku pulak pendaftaran berasingan utk suntikan vaksin AstraZeneca.. terbuka kepada yg mereka yg sukarela utk mendapatkan suntikan vaksin jenis ni... semata mata kerana pada satu ketika vaksin ini menerima kritikan nitizen.. pendaftaran ini telah menyebabkan program asal bercelaru.. program asal utk vaksinkan mereka yg berisiko seolah2 terganggu.. anak2 muda yg ramai mendapat temu janji lebih awal. Rakyat mula gelisah
Kali kedua program pendaftaran berasingan ini di buka.. baru lah ada slot utk warga emas.. anak2 berpesan supaya kami juga turut serta mendaftar. Tanpa mengharapkan apa2 abah pun daftarkan nama abah dan mak.. pendaftaran kali ni memang kecoh.. ramai yg komplain susah mendapat acces .. nama abah di kata dalam standby list.
VAKSIN DOS PERTAMA.
Akhirnya abah dan mak mendapat slot suntikan hari ni 12hb. Jun 2021 di PWTC. Doktor Baker kata nak temankan ke PWTC.
naik kereta doktor je la
Perjalanan dari rumah ke PWTC lancar, tak banyak kereta di jalan raya dan tak ada roadblok.. Masuk je parking di basement PWTC terus dapat park.. alhamdulilah rezeki utk kami.
PROSES PENDAFTARAN.
Appointment abah ikut MySejahtera 11.30 dan utk mak hajjah 12.00 tapi bila kami sampai petugas rela terus membenarkan kami masuk mengikut laluan zon yg di tetapkan. HP perlu sentiasa berada di tangan dan My Sejahtera perlu di buka utk semakan petugas. Kebetulan abah dan mak di zon yg sama..
Perkara pertama perlu dilakukan scan kehadiran guna MySejahtera.. memula dua tiga kali scan ( guna sistem) tapi gagal... ah sudah...
kenapa pulak tak boleh!! abah terus je jalan ikut lorong yg di sediakan sehingga check point kat pintu masuk. petugas kata check suhu dan scan.. abah tunjuk la notis tu .. ooo kena scan manual bukan guna sistem ..scan macam kita nak masuk mana2 premis tu..
Bila abah dan mak hajjah steady je jalan. doktor baker tak di benarkan masuk.. ok la kakak tunggu kat kereta je lah.. Abah dan mak terus masuk menuju stesyen pertama.. ada banyak kerusi di sediakan .. tak sempat duduk lagi kami telah di minta bergerak ke stesyen kedua 2.
Stesyen 2 pun hanya utk menunggu giliran utk ke stesyen seterusnya.. di situ sekali lagi kami di minta scan kehadiran.. maknanya nya confirm hadir.. tak sampai 10 minit menunggu kami di minta bergerak ke stesyen 3.
mak ikut rapat kat belakang hehe
ini waktu kami masuk ke stesyen 2 satu jam lebih awal dari masa appointmen.
Stesyen 3 terletak di tkt 4 kami hanya perlu berjalan ikut lorong zon masing masing.. Di stesyen 3.0 kami di bekalkan 2 keping borang utk di isi.. ada tempat duduk di sediakan , ada clip board di sediakan utk menulis tapi hanya ada satu meja di depan sekali. Abah terus ke meja utk menulis borang abah dan mak .. tapi tulisan dalam borang tu halus je. abah pun sebut kat petugas di situ.. saya tak clear sangat nak baca ni halus sangat. Baliau terus menawarkan diri utk tolong isikan borang tu... ooo alhamdulilah terima kasih.
Selesai isi borang kami bergerak pula ke stesyen 4.. tersedia beberapa kaunter yg bersedia memproses borang kami.. sepanjang masa mak hajjah ada je sebelah.. Kemudian kami bergerak pulak ke kaunter interview dengan doktor petugas. bertanyakan tentang sejarah kesihatan dan penyakit yg ada.. depan doktor tu kita sain perakuan dalam borang tadi.
Selesai interview bergerak pulak ke stesyen 5.. kat sini lah kena cucuk vaksin.. ada banyak bilik satu bilik tu dua misi.. abah dan mak masuk sekali.. sekali lagi mereka semak my sejahtera.. pastikan semua teratur.. misi tunjuk bekas vaksin yg nak di guna.. tunjuk jarum dan.. cucuk.. ok dah siap !!.. la pantas nya tak rasa apa pun..( tak sempat nak selfie hehe) lepas tu kita kena klik dalam mysejahtera scan kod telah di vaksin .. sebelum bergerak ke stesyen 6...
Wah banyak nya stesyen.. dan di setiap stesyen pun tak lama.. lama masa utk bergerak dari stesyen ke stesyen.. Di stesyen 6 ni lah mereka update dalam mysejahtera proses cucuk vaksin telah selesai.. Di stesyen 6 ni kami di minta menunggu dalam 30 minit .. utk observation awal.. jika ada sebarang komplikasi.
berehat selesai kena cucuk.
jam 11.15 dah selesai . jam 11.30 kami beredar keluar. tapi sebelum keluar pastikan kat mysejahtera tu dah di update telah vaksin dos pertama.
SESI BERGAMBAR
Bila dah keluar baru lah ada masa nak bergambar.. dari stesyen ke stesyen tak sempat pun.. proses laju je..
akti mak hajjah..
selfie je la malas nak minta orang ambilkan..
ni mak yg klik kan hehe
jumpa pulak aiskrim hehe
Alhamdulilah.. keseluruhan proses berjalan lancar.. terima kasih kepada semua petugas yg telah melaksanakan tugas secara professional dan cekap, berbudi bahasa dan memudahkan semua urusan.. amin
SEKIAN