Saturday, October 29, 2022

Umrah bersama XKDSR pada 24hb Nov 22 hingga 4hb Dis 2022

Episod 1 ( deraf 1) 
29.10.22 

Assalamualaikum..

Insyaallah jika di izinkan Allah, abah mak dan adik akan berangkat ke tanah suci pada 24hb Nov 2022 utk mengerjakan umrah. Kali ini abah pergi bersama rombongan xKDSR seramai 64 orang..  Kumpulan xKDSR ni kebanyakan ahlinya terdiri dari veteren TLDM perbagai pangkat. Walau bagaimana pun ramai juga sahabat awam yg menjadi sahabat bersekutu  sama2 aktif menjayakan setiap program xKDSR.

LATAR BELAKANG..

Apa itu XKDSR.? KDSR ada lah ringkasan kepada KD Seri Rejang iaitu sebuah pengkalan tentera laut di Raja Malaysia yg di tubuh kan pada tahun xxxx di Sibu Sarawak. Pengkalan ini di tubuhkan  utk membendung atau menghapuskan ancaman komunis di Sabah dan Sarawak ketika itu. Pengkalan ini telah beroperasi selama xxxx tahun dan operasi pengkalan ini di tamatkan pada tahun xxxx apabila Malaysia bebas dari ancaman komunis . Ramai pengawai dan kakitangan lain lain pangkat pernah berkhidmat di sini dan mempunyai seribu satu kenangan semasa bertugas di sana menjadi ahli dalam kumpulan ini. 

Kumpulan wasap xKDSR ini di tubuhkan oleh Datuk Rosli Yoop ( dan rakan2)  beliau merupakan  bekas Panglima (?) Pengkalan TLDM di Langkawi ( jawatan terakhir ) sebelum bersara.. Beliau juga pernah bertugas di KDSR, Sibu  selama xxxx tahun dan jawatan terakhir di sana sebagai xxxxx. Kumpulan ini sangat aktif mengadakan pelbagai extiviti dan setiap program yg di buat mendapat sambutan dari ahli di seluruh Malaysia.. 

BAGAIMANA ABAH TERLIBAT ? 

.. bersambung 




Sunday, May 8, 2022

Selamat hari raya aidilfitri 2022

Assalamualaikum..

Selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin 2022..

Apabila pengumuman dibuat pemegang mohor besar raja raja raya jatuh pada hari isnin... masing masing terkejut .. hehe.. ramai yg menjangkakan kan raya pasti jatuh pada hari selasa.. sebab telah sekian lama anak bulan tidak kelihatan, dan ramadan di cukupkan  30 hari sebelum syawal menjelma. Se ingat abah pernah pulihan tahum dulu berlaku kes yg sama raya " awal" .. Kali ini dapat beraya awal satelah dua tahun tak dapat beraya.. akibat covid19.. 

Sebaik di maklumkan kami pun apa lagi bertungkis lumus la membantu mak hajjah di dapur menyiapkan segala juadah yg belum di buat (memang satu pun tak buat lagi hehe) masa tu la nak masak rendang masa tu la nak buat sup tulang masa tu la nak rebus ketupat.. hehe.. Lontong kena tangguhkan hehe.. Kakak dan adik masih di KL !! malam tu juga kerah balik segera.. hehe

Lemang kami dah tempah seminggu sebelum raya.. tokei kata isnin naru nak bakar.. tapi bila masing2 terkejut raya " awal" tokei lemang give up tak sempat nak siapkan semua tempahan.. katanya malam tu dia melemang sampai ke pagi.. tempahan kami di batalkan.. aduhhh .. tak apa lah tak ada rezeki.. bila hari raya tu ada juga yg bawa lemang dapat la merasa.. 


Dua tahun masing memendam rasa .. tak dapat berhari raya tak dapat nak balik kampong tak dapat nak jumpa orang tua.. masing masing terkurong di rumah masing2.. merentas negeri ada lah satu kesalahan.. kunjung mengunjung ada lah satu kesalahan.. bersalaman juga satu kesalahan... pergerakan terhenti di seluruh dunia.. !!! macam2 jenis PKP di kenakan...


Baru kali ini boleh kunjung mengunjung ziarah menziarah sesama sedara mara dan sahabat andai.. dua tahun beraya ONLINE bervideo meet bersama anak anak 😭😭😭.. 


Terpancar kemeriahan suasana 1 syawal di kampong.. walaupun yg berkunjung tak seramai sebelum pendemik.. tetapi sekurang2an suasana hari raya kembali meriah.. Dapat lah solat sunat aidilfitri berjemaah di masjid.. 2 tahun ketua keluarga menjadi imam tarawih dan iman solat sunat raya.. syabas kepada semua imam interim hehe..


Sudah tentu ayah bonda ternanti2 kan anak cucu cicit datang berkunjung.. walaupun tak semua dapat datang tetapi kemeriahan tetap ada.. 


ini sebahagian dari anak cucu ayah dan mak jika semua ada serentak harus perlu bergambar di bawah.. hehe.. anak 5 cucu 24? cicit 25? abah pun dah tak terkira hehe.. 


ayah yg kami hormati dan sayang.. 


Maryam dengan abah belum ada chemistry.. belum boleh dekat belum boleh usik belum boleh dukung hehe..


Dengan mak teh ok je..  tak aci la Maryam ni hehe


Angah baru dapat beraya dengan kami  mereka beraya di Ketereh Kelantan... 10 jam perjalanan pergi 10 jam perjalansn bslik.. 


Kemuncak yg berlaku bila atuk dekat juga dengan Maryam hehe 


Alhamdulilah hadiah baju raya dari Angah dan Kakngah... Duit raya dah dapat awal ( online) .. Terima kasih Angah . 











Friday, April 29, 2022

Fasa endemik.. dan hari raya

assalamualaikum ..

Mulai 1 Mei 2022 negara kita beralih ke fasa endemik.. apa makna nya ? bermaana kita bakal bergerak ke keadaan asal.. Kita bebas bergerak tanpa perlu mengikuti SOP yg ketat...

Face mask hanya perlu di pakai bila berada di dalam bangunan atau kawasan sesak di luar bangunan. manakala di tempat lain kita di beri pilihan utk memakai atau tidak. 

Kita juga tidak perlu lagi utk scan mysejahtera bila memasuki mana mana premis.. tak.perlu juga nak semak suhu bagai.. tak ada lagi pakgud menunggu di pintu masuk .. 

Tiada lagi sekatan sesaorang memasuki mana mana premis walaupun apa saja status vaksinasi nya . ianya bukan  lagi satu kesalahan.. 

Semua axtiviti ekonomi dan sosial adalah di benarkan 100 % tiada lagi sekatan.. nak buat majlis ke nak dine di mana ke pukul berapa ke tak ada lagi sekatan dan larangan. 

Mereka yg di jangkiti covid tidak perlu lagi kurentin sehingga 7 hari sekiranya di hari ke 4 5 6 ujian menunjukan ia nya -ve .

Terpulang pada anda bagaimana ingin menjaga kesihatan diri dan mengelakkan di jangiki covid.. hari raya menjelang kita.. Dah dua tahun kita tersekat dan tidak dapat merayakan hari kemenangan.. nak jumpa mak ayah pun di tegah.. adalah di jangkaka  jutaan warga kota akan bergerak pulang ke kampong masing masing.

Perlu di ingatkan virus covid belum hapus ( tak mungkin terhapus) bermakna kita akan hidup bersama covid . Gunakan kebebasan ini dengan bijak . 

Raya aidil fitri tahun ni katanya jatuh pada 2 Mei 2022.. 

SELAMAT HARI RAYA 
MAAF ZAHIR BATI