Sunday, March 31, 2013

beriadah berjamaah...

Assalamualaikum...

pagi tadi zino berkesempatan beriadah beramai ramai dengan BIG BOS... tujuan nya serampang dua mata... utk beriadah sambil memperkenalkan dan menghebahluaskan Taman Botani kepada warga kota... kepada yang menonton Malaysia Hari Ini MHI pagi tadi pasti dapat melihat aktiviti yg kami jalankan di Taman tersebut... nampak zino tak? hehe

Dengan kehadirian wakil dari pelbagai agensi menambah meriahkan majlis pagi tadi... Majlis di mulai dengan acara semanrobik... acara memanas badan kata nya sebelum berjalan laju ( ramai yg jalan slow sambil berbual bual..) mengikut laluan yg telah di tetapkan.. mejoriti telah menghabiskan perjalanan dengan jaya nya ada juga yg ambil short cut.. dan yg tak larat ada kenderaan yg pick up on the way... hehe

selesai majlis ada pulak cabutan no bertuah.. ada sponser yg bermurah hati nak bagi hadiah bagi memeriahkan majlis... berangan je nak dapat beskal tu.. tapi seperti biasa yg bertuah tu orang lain bukan zino hehe... tahniah kepada semua peserta yang dapat hadir... dan mengambil bahagian ada yg telah datang seawal jam 7.00 pagi... lepas selesai majlis ada makan makan lagi....

sekian lapuran utk minggu ini... jom tengok gambar nya pulak...




























Sunday, March 24, 2013

Penunggang motosikal....

Assalamualaikum....

Cerita ni bukan nak memburukkan sesiapa.. lebih lebih lagi menunggang motosikal... anak saya pun bawa motosikal pegi kerja.. tapi sikap sebahagian kecil menunggang motosikal ni yg membuat kita geleng kepala dengan gelagat mereka bila di jalan raya..

ada banyak kejadian sebenar nya telah berlaku membuat kita yg memandu kereta rasa mengirap je tengok menunggang motosikal ni.. kejadian terkini patang tadi... Dalam keadaan jalan raya yg sesak tadi sebuah motosikal telah bergesel sikit dengan kereta zino gara gara tak sabar nak menyelit juga dalam keadaan yg tak berapa selesa.. dia yg gesel kereta zino .. bukan nya nak angkat tangan ke minta maaf.. tapi dia pulak yg pegi tendang kereta zino seolah2 dia je yg ada hak berada di jalan raya ni...

Dalam keadaan tu apa yg boleh zino lakukan cuma beristifar banyak banyak.. dan bersabar.. dengan gelagat menunggang yg merasakan dia lah raja di jalan raya.. orang lain perlu memberi laluan dan keselesaan utk mereka meluncur laju.. bilangan motosikal terlalu banyak di jalan raya dan kemalangan melibatkan motosikal pun banyak.

Hargai lah nyawa anda sendiri... 


Kairina

Assalamualaikum

Kairina pun pandai buat peace....
Tapi peace dia satu jari
Minta gambar di rakam
Lepas tu nak tengok
Cantikkan

Mungkin itu yg dia nak tanya
Dalam bahasa jerman la


Sunday, March 17, 2013

kami sokong perjuangan parajurit di Lahat datu..maklumat terkini


SEORANG LAGI MUSUH TUMPAS, OPERASI BERSIH TANJUNG BATU DIGIATKAN 

Lahad Datu, 17 Mac - Operasi Daulat yang diteruskan hari ini dengan usaha memburu dan 'membersih' Kampung Tanjung Batu, Lahad Datu, Sabah, menyaksikan seorang lagi militan Sulu ditumpaskan. 

Musuh ditembak mati dalam pertempuran kira-kira 10.15 pagi apabila pasukan keselamatan bertembung dengan sekumpulan penceroboh bersenjata, menjadikan bilangan keseluruhan pengganas yang terbunuh setakat ini kepada 62 orang. 

Panglima Medan Tentera Darat Lt Jen Datuk Seri Zulkiple Kassim berkata pasukan keselamatan kini giat menjejaki tiga lagi musuh yang melarikan diri dalam kejadian itu. "Operasi memburu saki-baki penceroboh akan diteruskan sehingga Kampung Tanjung Batu selamat dan bersih dari musuh," katanya pada sidang media bersama Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib di Felda Sahabat, Lahad Datu. 

Mayat musuh yang dibunuh dikeluarkan dari Kampung Tanjung Batu petang ini dan diserahkan kepada pihak forensik. Dalam pada itu, Hamza berkata 80 peratus daripada keseluruhan 28 mayat pengganas yang telah dibawa keluar daripada kawasan Operasi Daulat selesai dibedah siasat. 

Bagaimanapun belum ada indikasi daripada Manila untuk menuntut mayat-mayat tersebut walaupun tempoh tiga hari yang diberikan oleh Malaysia tamat hari ini. Malaysia sebelum ini memberi tempoh tiga hari untuk Filipina menuntut mayat rakyatnya yang ditembak dalam Operasi Daulat setelah mereka menceroboh negara sejak 12 Feb lepas. 

Beliau turut memaklumkan anggota keluarga Jamalul Kiram dipercayai antara 104 orang yang ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA). 

Bagaimanapun, katanya operasi membanteras tidak hanya tertumpu kepada keluarga Jamalul Kiram, yang didakwa dalang insiden pencerobohan di Sabah, kerana kaum keluarga anggota militan lain tidak terlepas daripada buruan polis. 

Sementara itu pengorbanan anggota pasukan keselamatan di Lahad Datu dihargai mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang membuat kunjungan singkat ke daerah itu hari ini bagi memberi sokongan moral. - BERNAMA

Ambik mood

Assalamualaikum

Dah lama tak update blog rupanya ..sejak laptop tak boleh caj bateri hari tu sejak tu mood meng update pun tak ber caj juga . Skrg laptop dah ok kos pembaikkan cuma 10 inggit je cable buat hal lagi.

Ini entri ambik mood..tunggu penerbitan selanjutnya.....

Jumpa lagi..

Tuesday, March 5, 2013

Pahlawan ku....

Pahlawan ku

Demi maruah bangsa dan negara
Demi kedaulatan malaysia tercinta
Demi keamanan kita semua
Demi masa depan anak bangsa

Berjuang lah!!!!
Berjuang lah!!!!
Berjuang lah!!!!
...

Pantang bumi bertuah diceroboh
Pantang berundur barang seinci
Pantang negara kita di cabar
Pantang musuh mendabik dada

Hapus kan musoh durjana
Hapus kan penjenayah semua
Hapus kan!!!!!!
Hapus kan!!!!!!

Rakyat semua bersama mu
Kami semua di belakang mu
Mengiringi doa dan restu
Memohon perlindungan ilahi

Tangisan
Rintihan
Linangan air mata
Sebak didada
Sedu dan pilu
Mengiringi kamu yg gugur

Pergi mu kami tangisi
Gugur mu kami ratapi
Kehilangan mu satu tragedi
Jasamu tetap abadi

Engkau lah pejuang bangsa
Engkau lah pahlawan ku

Friday, March 1, 2013

Tanah runtuh normal.... Bumbung runtuh..pun dah nak jadi normal... sekarang jambatan runtuh !!!!!

Assalamualaikum...

Tiba tiba kita di kejutkan dengan satu berita kejadian jambatan runtuh di Putrajaya.. tak ada angin tak ada ribut tak ada gempa bumi atau gunung meletop tetiba jambatan tu runtuh..senang cakap patah dua..gambar ni di tunjukkan kat zino.. masa sedang mempengerusikan satu mesyuarat tapak yg berkait kerja kerja pembinaan.. terkejut dan macam tak percaya.. cepat2 buka FB.. dan memang sah zino pun ada berita yg sama gambar yg sama dari sumber yg lain..

Dengan pantas kejadian ini menjadi bahan bualan di media maya... pelbagai spekulasi dan andaian di berikan oleh orang awam berkait punca kejadian.. sehingga ke serangan raksaksa dan atoman.. hehe.. selagi berita resmi tidak di keluarkan dengans segera oleh pihak2 yg berkaitaan.. berita2 tidak resmi akan tersebar luar.. hehe..

Malam tadi berita ni keluar dalam berita perdana.. katanya jambatan di persimpangan bertingkat yang di bina PKNS menghubungkan Taman Putra Perdana Puchong dengan Taman Sains Selangor2 di Kilometer 2.4 Putra link runtuh pada pukul 12.30 tengah hari semalam. Insiden berlaku di katakan berpunca dari pergerakkan dari salah satu tiangnya.. Keadaan kelemahan struktur jambatan ini rupanya telah di ketahui lebih awal dan laluan di bawah jambatan itu telah pun di tutup sejak 7 Dis 2012 atas arahan menteri kerjaraya.. Datuk Sri Shaziman Abu Manshor atas faktor keselamatan..

Dalam sidang akhbar itu juga di lapurkan syarikat perunding bebas telah pun di lantik untuk menyiasat dan mengumpul maklumat utk menilai keadaan keselamatan jambatan .. tapi belum sempat menyiapkan lapuran jambatan telah memberi maklum balas yg ia memang tidak selamat..

Sekarang dah pun runtuh.. kenapa dia runtuh.. kenapa berlaku pergerakkan pada struktur tiang... dan banyak lagi persoalan yg perlu di cari jawapan dan di dokumenkan serta di hebahkan.. sama ada berlaku kecuaian di mana mana pihak.. ketidakpatuhan kepada mana mana peraturan dan amalan kejuruteraan .. kesilapan rekabentuk.. keadaan sebenar geologi tanah.. asumption2 yg telah di gunakan semasa rekabentuk.. kajian2 teknikal dan geologi yg di jalankan sebelum rekabentuk di lakukan.. kontraktor yg terlibat dan sebagainya .. semua persoalan ini perlu di huraikan satu persatu..