Assalamualaikum..
akhirnya sampai juga hajat nak bawa famili ke singapura... walaupun tak semua dapat ikut hanya saya mem kakak dan adik.. tapi percutian 2 hari sangat bermakna.. saya dan kota singa bukan sangat asing... di zaman kanak2 dulu zino selalu ke sana sejak zaman singapura masih lagi sebahagian dari malaysia dan di zaman kita hanya perlu menggunakan pasport terhad utk ke sana.. dan sehingga sekarang zino masih ada ramai sedara mara yg tinggal di sana .
Ingat lagi masa sekolah rendah dulu.. bila cuti sekolah je kami ke singapura naik keretapi dan tinggal bersama sedara di Pearl's Hill .. iaitu di quaters polis.. pak sedara seorang anggota polis di sana dan mak sedara berniaga di bawah flat quarters tu.. utk kemana mana zino meronda bersama sepupu yg tinggal di sana.. satu tempat yg masih zino ingat ialah satu komplek perniagaan di panggil People's Park.. ya best nya masa zino kesana baru baru ni kami lalu di kedua2 tempat tu.. yg dah berpuloh tahun tidak di jejak.. perubahan sangat ketara.
kami tak tinggal di singapura sebalik nya menginap di JB dan masuk ke singapore 2 kali .. sedara tegur juga kenapa tak tinggal je rumah dia.. rumah pun kosong je.. tapi kami tak mau di kata ambil kesempatan .. biar la bersusah sikit asal hati puas... pagi nak masuk singapore tu hujan lebat..di JB.. plan nak ke USS tempat yg di kata pasti lawat bila masuk kesana.. kalau hujan pasti tak seronok nanti.. kami decide kalau hujan tangguhkan esok nya je kalau tak hujan teruskan plan asal..
tapi bila masuk je ke singapore tak hujan pulak so plan di teruskan... tempat pertama tentu la USS .. itu firstime masuk ke sana.. jalan masuk menuju ke casino hehe suspen juga di buat nya.. apa yg berlaku seterus nya gambar ini boleh beri penjelasan....
sebelah petang hujan di USS maka pergerakan agak terbatas.. makna nya tak habis semua tempat di lawat.. bila masing masing dah penah kami decide utk kluar.. lebih kurang jam 4.00 petang kami meninggalkan USS.