Assalamualaikum...
Tentu ada yang dah mula jemu membaca kisah yg berlarutan dari satu episod ke satu episod ni.. tapi tak apa ini mungkin episod terakhir kisah pengembaraan kami ke Sumatra.. sebelum kisah ini di tamatkan zino nak buat ucapan dan rumusan sikit hehe...
1.0 Zino nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada Ezuan dan Ukwa Travel kerana merialisasikan impian kami nak ke Sumatra. Lain kali boleh plan ke tempat lain pulak ya.. Kata nya nak Ke bali la Krabi la Jepun la..
2.0 Terima kasih kepada Kamar Saidin dan keluarga kerana sudi ikut serta dalam lawatan ini. dan menangguhkan plan mereka nak ke Aceh katanya. Harap di lain masa kita dapat bersama lagi. Banyak shopping nampak hehe.
3.0 Tidak lupa terima kasih abah kepada Iyra dan Pena Rozie kerana sudi menyambut jemputan dengan notis pendek utk sama sama dalam rombongan kali ini. Harap sudi lagi ikut kami utk misi berikut nya.. Twin pun happy je dapat berjalan jalan.. cuma lain kali kena standby makanan kegemaran mereka tu hehe.
4.0 Tak lupa terima kasih utk mem dan ahli keluarga zino yg ikut sama. Harap kakak berpuas hati dengan program holiday kali ni.. Walaupun asal nya kakak minta ke Jepun hehe.. Terima kasih kepada mem yg sporting sediakan berjuta rupiah utk shopping.. hehe zino tumpang sikit je.. jangan tak ada kenangan kata orang tu.
5.0 Program lawatan kali ini pada pandangan zino sangat menarik dan berjaya. itu pun kalau kita suka alam sekitar. menikmati keindahan alam semula jadi ciptaan Allah yg maha Esa. Gunung ganang yg tersergam indah, Lembah yg terbentang luas. Sawah padi saujana mata memandang.. air terjun yg mempesonakan.. Jalan raya yg penuh cabaran. keluk 9 yang berliku.. keluk 44 yang mencabar.. tidak ketinggalan makanan yg enak sehingga masing masing letak diet ke tepi.
6.0 Bukit Tinggi terkenal dengan kehalusan seni sulaman nya.. Masing masing menjadi rambang mata yang mana satu hendak di pilih , dengan harga yang sangat mampu milik.. tidak mustahil masing masing pulang dengan beg yg bertambah.. kami memang standby dengan beg kosong pun hehe..
7.0 oops tidak ketinggalan juga ucapan terima kasih saya kepada pak Ujang dan Pak In kerana merencana program percutian kami di Padang Bukit Tinggi dan Paya Kumbuh.. Ada banyak tempat menarik di sana utk di lawati.
8.0 terima kasih juga kepada Jonny Indra SSos MSi yg sudi menunggu kami di Paya Kumbuh. Walaupun persahabatan kita sebelum ini hanya di alam maya tetapi kemesraan jelas terjalin walaupun pertama kali berjumpa.
ok la.. jom kita tengok gambar hari terakhir kami di Sumatra...
Mee Soto yg enak.. tempat kita ada nasi impit
tapi kat sini guna nasi.
bergambar di Jambatan Nurbaya
pemandangan di tepi sungai..
ada juga kenangan bersama Ujang kalau tak asyik orang tu je bergambar berdua.. hehe
perkampongan nelayan ?
gambar terakhir di hotel sebelum bertolak balik.
hasil tangkapan..
hehe bukan zino punya tau hehe
ada yg nak ikut balik Malaysia hehe
happy nak balik
dah sampai....
THE END