Tuesday, August 5, 2014

Gosan

Assalamualaikum....
Bila baca tajuk tu jangan keliru pulak... dan tak payah pening memikirkan nya.. sat lagi saya akan bagi tau.. so macam mana beraya di kampong masing? Mesti la best kan.. tambah lagi bila berjumpa ayah bonda dan sanak sedara.. masa ni la boleh berkumpul.. makan bersama bergurau senda bersama bermaafan bersama.


Tambah manis bila nak balik mak bekalkan dengan masakan kegemaran kita... tak banyak pun tapi sungguh bermakna.. baru2 ni. Mak bekalkan rendang ayat yg merupakan feberet zino hehe.. special nya rendang omak ni dah seminggu pun masih elok lagi masih sedap lagi.. tak ada lauk lain pun tak pe..

Bila tinggal sikit ni lagi la sedap.. kalau boleh nak makan sikit sikit gaul dengan nasi dan makan...mak aii sodap e.. benda ni la yg di panggil gosan.. sebulan boleh tahan rasanya dan tak basi.

Gosan ni rendang yg dah kering tu. Cedok sikit gaul dengan nasi dan makan tak ada lauk lain pun tak pe.. lauk lain yg mem masak tak bergusik.. tapi hari ni last gosan dah habis.. tak pe.. balik kg nanti boleh minta mak masak lagi.. hehe..

6 comments:

uncle gedek said...

selalu buat macam tu... tapi tak tau istilahnya gosan... hehe...

Anaasuria said...

jap.. gosan tu yang dah kering yang tingal sikit ke atau masa banyak lagi pun namanye gosan..?

Yati said...

Ooo... mesti sedap gosan tu.
Dulu arwah mak saya rajin buat serunding daging. Memang kering habis, sebulan tahan. Sekarang tak merasa dah. Beli yang kat kedai, tak sama rasanya.

zino said...

uncle gedek..
itu la kalau boleh nak simpan sebulan makan sikit2 hehe

zino said...

anaasuria..
bila dah tinggal sikit hehe

zino said...

Yati..
sedap la pasal tu sayanag nak habiskan