Sunday, May 17, 2015
Car free morning
Sunday, May 10, 2015
Selamat hari ibu...
Alhamdulilah....
Hajat nak jumpa ayah bonda hari ni tercapai juga. Memula nak pinjam kereta alang.. tapi alang ada urusan di luar.. kena la juga balik bawa Unta.. masaalah unta ni belum selesai lagi.. suspen je nak memandu jauh..
Oleh kerana mem tak boleh ikut sama ( alasan ada dalam posting yg lalu..) maka terpaksa la balik sorang. Nak ajak adik dia juga sibuk dengan latihan kawat.. esok ada pertandingan kawat peringkat zon.
Sampai di Chembong saya singgah di satu supermarket ni utk tambah stok keperluan mak di dapur. Beras gula minyak masak susu ikan billis bawang cili garam dan sebagainya. Bila semua dah ready masuk kereta... start injin tak mau idup.. ahh sudah.. dah agak dah bila jalan jauh sikit injin sukar di hidupkan kena tunggu sampai injin sejuk.. kluar semula kunci kereta.. dan terus ke restoren berhampiran minum2 sementara injin sejuk..
Hampir setengah jam juga di restoren tu siap oder mee goreng sekali sebelum pergi semula ke kereta utk cuba hidupkan semula.. masa berjalan tu tak putus2 berdoa memohon bantuan Allah supaya injin hidup dan saya boleh cepat sampai ke kg.. sekali start terus hidup..alhamdulilah.. tak putus2 mengucap syukur..
Akhirnya sampai juga kampong. Memang saya tak talipon mak pun nak balik.. kalau bagi tau awal tentu mak akan masak utk anak cucu dia balik. Saya pun balik sorang je.. apa2 yg ada je lah nanti tak mau menyusahkan mereka. Masa saya sampai mak baru selesai solat asar.. dan ayah masih di bilik solat.. terus bersalaman dengan mak dan cium tangan dan pipi mak sambil bertanya kabar.
Saya terus ke bilik air utk berwuduk dan solat... selesai solat ayah dah sedia menunggu di serambi. Terus dapatkan ayah bersalaman sambil cium tangan dan pipi ayah.. syukur alhamdulilah masih di beri kesempatan utk bersama ayah bonda kesekian kalinya..
Dengan ayah tak banyak yg di borakkan.. sekejap tu mak memanggil dari dapur jemput kami minum petang.. saya terus mengangkat barangan keperluan yg di beli tadi bawa ke dapur.. di dapur telah terhidang goreng pisang panas dan air nescafe.. bila mak yg sediakan semuanya menjadi lebih sedap. Sambil makan sambil berbual dengan mak dan ayah..
Semoga Allah sentiasa memelihara ayahbonda kami.. memberi kesihatan yg baik kepada mereka berdua.. menambah rezeki mereka dan menerima segala amal ibadat mereka berdua.. serta mempermudahkan segala urusan mereka.. amin..