Assalamualaikum
Ini pertama kali saya menjejak kaki ke seri Suasana.. Port Dickson. Tapi maaf kalau anda cari dalam senarai hotel atau resort utk di sewa.. nama seri Suasana tak mungkin muncul.. kerana tempat ini tidak di senaraikan utk menginapan umum.
Seri Suasana mempunyai sejarah yg sangat panjang pembinaan nya.. tapi biar lah sejarah menjadi kenangan suka duka kepada mereka yg terlibat. Tetapi apabila siap ia menjadi tempat percutian yg menarik setanding resort resort komersial di luar sana.
Sejak di buka ini lah pertama kali saya berkesempatan bermalam di sini. Adalah diharapkan lebih ramai yg dapat menginap di sini di masa masa akan datang. Sama ada melalui program kursus atau bercuti bersama keluarga..
Saya sangat jarang atau telah berpuluh tahun tidak menggunakan kemudahan yg di sediakan .. kerana beberapa isu masa lalu. Itupun biar lah jadi sejarah juga. Cuma di harap pengurusan sekarang lebih cekap telus dan professional.. sebagaiman pengurusan resort2 di luar sana..
Tahniah kepada team yg terlibat..