Friday, September 8, 2017

Ke Langkawi lagi episod 5

SATU KISAH..

Wah wah macam suspen je kan.. tapi ini betul betul satu kejadian.. dan satu keajaiban.. Subhanallah.. kisah nya macam ni.. 

Pada hari ke tiga kami kluar utk sarapan di KUAH lepas tu nanti nak meronda last sebelum balik ke KL. Kalau tak salah nama tempat tu pusat penjaja Sg Kuah.. tak jauh dari pekan Kuah la tu.. masa kami samoai tu belum ramai orang lagi.. parking pun banyak.. nak makan apa tak tau lagi..

Sebaik abah parking dan keluar dari kereta... nampak seekor burung Tiong yg telah mengeletek di atas jalan.. agaknya baru kena langgar dek kereta yg lalu laju situ.. agaknya asyik mematuk makanan di tengah jalan tu tak sempat terbang semasa kereta lalu kat situ. sekawan burung lain seolah2 datang membantu sambil mematuk2 mengajak burung itu terbang semula... sekejap tu sebuah moto pulak lalu berpusing burung tu kena angin moto yg laju tu.. timbul pulak rasa kesian..

Abah terus menuju ke arah burung yg sedang mengelupur tu dan terus mengangkat nya.. sudah tentu burung tu meronta ronta minta di lepaskan.. abah terus bawa burung ke meja tempat kami nak bersarapan.. sambil memegang kemas burung yg tengah pening tu sambil abah usap usap kepala tiung tu macam belai kucing hehe.. lama kelamaan burung tu rasa selesa dan tidak lagi meronta ronta.. abah pun longgarkan pegangan supaya burung tu rasa lebih selesa..

Saperti seorang pakar burung abah kembangkan sayap burung tu satu persatu.. patah ke terkehel ke seliuh ke.. burung tu senyap je.. abah kembangkan sayap satu lagi.. dia masih relak je .. maknanya sayap masih utuh.. belek belek juga bahagian lain ada cedera ke kat mana2.. lama lama abah lepaskan cengkaman kalau dia nak terbang dia boleh je terbang masa tu.. tapi tiong tu seolah olah jinak dan masih tak mau terbang.. dia pun tak kisah abah terus usap usap kepala dia.. ehh dah tak geti nak terbang ke burung ni.. nak suruh siapa bela ni.. nak serah kat Rose Baiduri ke Safa ke atau Razman nanti ni.. hehe

Beberapa minit lepas tu baru lah dia terbang.. tapi masih tak kuat terbang agak rendah.. dan ada masa nya jatuh semula ke tanah.. seekor kucing nampak burung tu jatuh ke tanah cuba mengambil peluang.. lauk tu.. hehe tapi akhirnya burung tu berjaya terbang tinggi.. Alhamdulilah.. selamat.. 

ini lah burung tu...


burung tiong baru di langgar dan 
sedang mengelupur.. rakan2 cuba membantu..


rakan2 hanya mampu memerhati tak tau 
nak bantu macam mana..


hidup kah mati kah... kesian pulak tengok..


abah angkat dan bawa ke tempat kami 
duduk.. dia meronta2.. takut cemas..


masih tidak tenteram..


akhirnya tenang.. selesa relak..


perlahan lahan abah letak di atas meja 
dan kalau boleh terbang terbang lah


ehh dia tak mau terbang


masih termenung


wah dah jinak pulak.. ehh nak ikut balik KL ke 


amboi dah manja la pulak hehe


terima kasih la sebab selamat kan saya tadi... selamat tinggal.. 





4 comments:

Kakcik Nur said...

Alhamdulillah... Kalau dia boleh berkata-kata, mesti dia ucapkan rasa terima kasih tidak terhingga...

zino said...

alhamdulilah... dapat membantu

m.u.l.a.n said...

Alhamdulillah kata burung tu andainya blh bersuara

zino said...

Alhamdulilah dapat membantu ... Mulan