Wednesday, February 28, 2018

konvoi kayuhan 1 Wilayah Persekutuan 2018

Assalamualaikum...

Program kayuhan santai di teruskan. Kayuh bukan utk berlumba.. tapi kayuh sekadar mau keluar peluh .. beramah mesra dengan rakan yg mempunyai minat yg sama dan berselfie di tempat2 yg menarik ..

Sekali lagi abah bersama ribuan peminat sukan berbasikal berkonvoi beramai2 sempena kayuhan konvoi 1 Wilayah yg di anjurkan pihak KWP dan DBKL.. Kayuhan bermula di dataran DBKL dan berakhir di tempat yg sama. sabtu 24hb Feb 2018.


malam sebelum kejadian prepare dulu siap2.. jangan jadi macam kayuhan Titiwangsa hari tu dah sampai di lapangan tengok no plat tertinggal kat rumah.. nasib baik kakak ada boleh juga minta tolong hantar.. itu pun pasal dekat


meresmikan jersey kayuhan ke siam.. event tu April nanti.. bendera Malaysia dan Thailand ..tapi tak kayuh kot hehe


bersama team SPCT.. Hasbauni dengan team dia . meriah ramai.. 


sebahagian dari peserta di belakang kat depan lagi ramai.. yg datang awal kat depan yg lambat duduk belakang.. yg suka menyelit pun ramai hehe


bila jumpa menara ni ramai yg stop utk bergambar.. ini bakal menjadi menara tertinggi di Malaysia mengatasi KLCC.. di bina dan di miliki saudagar dari indon.. mesti pekerja ramai Indon juga ni.. menara 106 katanya


lepas tu jumpa pulak menara Tabung Haji. Dengan tabung ni pernah selfie sebelum ni tapi dulu dari bangunan PNB tapi kali ni dari Jln Tun Razak.. hari biasa tak berani nak kayuh kat sini.. kereta sentiasa banyak.. dan jalan sesak.


jumpa dengan team IKATAN DBKL. Tempat ni lagi rare di atas jambatan di jalan Tun Razak berhampiran marinara.. susur ke elevated hiway ampang.. lanskap KLCC di belakang.yg cantik.. .bila lalu dengan kereta teringin nak berenti tangkap gambar tapi tak mungkin berlaku bahaya ..


selfie pun perlu..di rakam..


jalan terus lagi jumpa pulak PWTC.. selfie lagi .. berlaku ke peralihan kuasa di sini nanti.. ? sama2 kita tunggu dan lihat.. ramai sangat yg dah berangan2 nak jadi PM .. menang pun belum tentu entah2 hilang wang pertaruhan.. hehe tapi siapa kita utk melakukan kerja Allah.. 


nun sayup sayup bangunan parlimen persoalan yg sama juga mahu di kemukakan siapa yg bakal jadi penyokong siapa yg bakal jadi pembangkang.. yg penting Malaysia tetap aman.. jangan jadi pak turut negara luar.. 


 yang bakal jadi sejarah akan di abadikan di sini.. sama ada sejarah kegemilangan atau sejarah kehancuran .. mohon di jauhkan.


satu lagi bangunan yg rugi kalau tak selfie.. hehe


tentu tau kan bangunan apa ni


dah habis kayuh baru jumpa.. nama aziz slow.. tapi kayuh berdesup2.. dah kena tukar nama tu aziz.. dan saya sungguh respek dengan dia sebab dia berani melakukan kayuhan solo merantau sampai ke siam.. 


kenalkan ini manager abah hehe 
manager ni dah habis kayuh baru sampai... sampai ke terus cari sarapan hehe


ini lah pingat nya.. masa kempen di katakan 30 km.. setakat 30km tu memang mainan lah.. tapi kayuh kali ni terasa cepat betul habis nya.. laju nya saya kayuh hehe (perasan la tu ) tapi jarak kayuh tak boleh nak tipu .bila kluar lapuran STRAVA ternyata hanya 19 km SAHAJA mana pegi 11km lagi.. 

rupanya (dimaklumkan oleh sumber yg boleh di percayai) jarak di pendekkan pihak polis.. agaknya rimas dengan rungutan orang ramai yg terpaksa menunggu lama apabila jalan di tutup secara berperingkat..

nasib baik kayuhan ni free kalau tak nak minta ganti rugi dah.. bermakna pihak penganjur sila ambil maklum.  tak sesuai utk buat di KL sebab orang ramai di KL ni tak tau sabar.. dan lebih sesuai di buat hari ahad..


last sekali baru dapat selfie dengan nasri.. jersey se akan akan sama sebab ada bendera Malaysia tapi jersey yg saya pakai tu ada juga bendera Thailand.. oleh kerana warna bendera Thailand sama dengan Malaysia .. tak berapa menyerlah ada dua bendera..

utk pengetahuan jersey tu ada lah utk kayuhan EPIC dari Malaysia (utara) ke Thailand sejauh lebih 100km.. yg di jadualkan bulan April.. pengayuh gagah perkasa tentu tak sabar menunggu acara ni..

utk rekod ini kayuhan ke 4 bermakna medal ke empat utk tahun 2018..

SEKIAN
 


tertinggal lak gambar ni.

sebelum edit


selepas edit..

Saturday, February 10, 2018

Kayuhan Negaraku Malaysia JASIN

Assalamualaikum..

ini lah aktiviti hujung minggu abah, berkayuh dan terus berkayuh.. bukan utk berlumba , bukan mengejar podium , tidak juga mengejar hadiah..  Tapi abah berkayuh sebagai satu aktiviti riadah.. boleh je kayuh sensorang di taman tapi bila berkayuh beramai2 ni lain kemeriahan nya..

Pihak penganjur kata tak perlu laju, sebab ini hanya fun ride.. tapi siapa nak menghalang kalau ada yg nak laju juga.. biar je la itu kemampuan mereka.. yg penting keselamatan di utamakan..

Abah sangat berpuas hati dengan penganjuran kayuhan kali ni. Di sepanjang jalan apabila rider tiba di laluan tertentu semua kenderaan berhenti di tepi jalan meraikan kami yg sedang berkayuh.. mereka menunggu dengan sabar sambil mengukir senyumsn bila melihat kami.. Syabas penduduk Melaka syabas juga pihak urusetia para mashall dan PDRM dan semua yg terlibat.

Utk standard abah laluan kali ini sederhana sukar.. dengan bukit dan lurah silih berganti.. utk standard rider ini lah laluan yg mereka suka.. bila mendaki mereka menguji kekuatan kaki bila menurun mereka menguji keberanian utk meluncur laju..

abah ? saperti biasa bukit selow menurun pun selow.. hehe.. yg penting abah dapat menghabiskan kayuhan dalam tempuh yg di tetapkan. seboleh2nya cuba tidak menolak basikal.. tolak pun penat... lebih baik kayuh perlahan menggunakan gear yg paling rendah .. biar la 4km/j pun hehe..


peminat no 1

bersama Idola hehe

beberapa minit sebelum kayuhan bermula 


sebahagian dari ribuan peserta


peserta semakin ramai tapi ramai juga yg menunggu di luar..


tak tau pulak Rd wan pun berkayuh jumpa di waterstaion .. 


sambutan baik dari peminat basikal..


ramai kan 


sorang lagi Idola sama berkayuh beberapa kali jumpa masa berkayuh tapi hanya sempat ber selfie selepas tamat kayuhan..


satu lagi


akhir nya medal ini milik abah..


alhamdulillah.. medal ke tiga tahun 2018.. medal sekadar kenang2an utk setiap kali program kayuhan

sekian...
catitan dari note5

Sunday, February 4, 2018

fun ride @ Lembah Pantai

Assalamualaikum..

Wah lama tak menulis blog.. dan dah lama juga tak cerita pasal aktiviti berbasikal. Sejak Nov tahun lepas lagi saya tidak berkesempatan untuk menyertai sebarang program berbasikal ni. Saya berbasikal bukan nya mengejar Podium.. dah terlewat utk semua itu.. apa lagi berlumba dengan kawan kawan yg lebih muda dan bertenaga. Memang tak terkejar la.

Sejak dua tahun lalu saya mula berminat dengan sukan berbasikal .Memang terdapat pelbagai jenis sukan yg boleh kita ceburi dan saya memilih utk berkayuh.  Pada saya ianya satu bentuk rekreasi yg sihat.. saya hanya berlawan dengan diri sendiri ,walaupun berkayuh bersama ribuan penyaguh lain. Saja untuk menguji keupayaan dan kemampuan diri sendiri.. bukan utk membandingkan dengan orang lain.. masing2 mempunyai keupayaan dan kekuatan tersendiri.. Kalau mereka laju biar lah, kalau mereka kuat biar lah. 

Selain kayuh bersendirian,  saya suka menyertai FUN RIDE yg di sertai sama ramai peminat sukan berbasikal .Baru bersemangat nak berkayuh.. FUNRIDE ni sering di adakan oleh pelbagai pihak dengan pelbagai matlamat.. Jika rajin mencari hampir setiap minggu ada je pihak yg menganjurkannya. Sukan berbasikal telah menjadi sukan rekreasi utama dewasa ini Dimana 2 saja di anjurkan ia bakal menerima penyertaan yg tinggi dari segenap lapisan masyarakat tanpa mengira umur pangkat kedudukan jantina malah kaum.. mereka sama sama berkayuh berlawan dengan keupayaan diri sendiri menggunakan pelbagai jenis basikal. Ini lah satu sukan yg saya lihat dapat menggabungkan ramai rakyat jelata tanpa mengira latar belakang berkayuh dengan satu matlamat... kayuh utk sihat.

Yang muda berkayuh dengan cara orang muda yg berusia berkayuh mengikut kemampuan mereka, kanak2 juga tidak ketinggalan. Ada yg menjadikan aktiviti berkayuh ini sebagai riadah keluarga..ayah emak dan anak2 berkayuh bersama sama.  Bila penat berkayuh berenti seketika.. tiada kesegeraan utk sampai awal.. kecuali orang muda yg ingin menguji ketangkasan diri masing2.. biarkan lah . yg penting kita menamatkan kayuhan dalam tempuh yg di tetapkan . jika lewat kita mungkin di jemput naik lori hehe. bila di luar tempuh yg di tetapkan tiada lagi marshal bertugas tiada lagi bantuan polis trafik tiada lagi ambulan standby.. tiada lagi tanggungjawab pihak penganjur..

Utk menghargai peserta kayuhan yg berjaya menamatkan kayuhan . Satu medal akan di hadiahkan di akhir kayuhan.. maka semakin lama semakin banyak koleksi medal utk di kumpulkan sebagai tanda kita telah berjaya menghadapi cabaran. Medal tidak menentukan siapa no satu siapa no corot.. Kecuali kayuhan untuk berlumba.

Hari ini saya berkayuh lagi. semalam pun berkayuh. kali ini menyertai kayuhan FUN RIDE @ LEMBAH PANTAI. bermula di eco Lembah Pantai.. Ia merupakan satu kawasan rekreasi yg baru siap di bina utk kegunaan orang ramai. Asal tempat ni ialah sewerage treatment plant . Treatment plan masih berfungsi tetapi berada di bawah kawasan rekreasi tersebut.. ada banyak basikal di sediakan di sini utk kemudahan berkayuh.. Fun ride yg di anjurkan mendapat sambutan ramai peminat sukan berbasikal .. Setiap penganjuran funride saperti ini biasanya menghadkan penyertaan (untuk memeudahkan kawalan keselamatan) dan di kena kan bayaran .

Laluan kayuhan di tentukan pihak penganjur.. dan kali ini laluan yg di gunakan sangat mencabar.. terpaksa berkayuh di kawasan bukit yg tinggi di sekitar Bangsar.. yg gagah akan terus berkayuh dengan senyuman hehe.. yg tak larat berkayuh dengan perlahan sehingga kluar peluh jantan atau turun je tolak beramai hehe that is fun.. ada juga yg sentiasa memeriksa degutan jantung.. ada banyak peralatan dalam pasaran utk monitor heart beat. saya gunakan jam yg ada app utk membaca heart beat.. pada satu2 level kita perlu berhenti dan berehat sebelum sambung kayuhan.. motto kayuhan ia berkayuh untuk sihat..  so sentiasa jaga kesihatan. jangan terlalu memaksa .. ikut keupayaan diri sendiri.



teman berkayuh pagi tadi.. sama semasa pelepasan je lepas tu berdesup dan hilang dari pandangan hehe dan jumpa semula setelah tamat kayuhan.. hehe


ini sebahagian peserta


satu pemandangan yg cantik di laluan kayuhan tadi tak tau apa nama bangunan di belakang tu.. menara tiga serangkai. (kembar tiga) 


alhamdulilah akhirnya berjaya menamatkan kayuhan.. bukan yg pertama sampai dan bukan juga yg terakhir.. hehe


medal yang cantik. medal kedua utk tahun 2018


dah tamat kayuhan baru berjumpa.. ramai yg memakai t shirt pihak penganjur sediakan .. itu yg sukar nak cam bila dah ramai pakai tshirt yg sama.. saya pun dapat tshirt yang sama tapi memilih untuk menjadi wakil kanada hahaha


naik juga la ke podium utk bergambar hehe


ini la kawasan ECO Lembah Pantai.. kawasan reakreasi yg cantik.. datang la terutama kepada penduduk sekitar.