Saturday, February 10, 2018

Kayuhan Negaraku Malaysia JASIN

Assalamualaikum..

ini lah aktiviti hujung minggu abah, berkayuh dan terus berkayuh.. bukan utk berlumba , bukan mengejar podium , tidak juga mengejar hadiah..  Tapi abah berkayuh sebagai satu aktiviti riadah.. boleh je kayuh sensorang di taman tapi bila berkayuh beramai2 ni lain kemeriahan nya..

Pihak penganjur kata tak perlu laju, sebab ini hanya fun ride.. tapi siapa nak menghalang kalau ada yg nak laju juga.. biar je la itu kemampuan mereka.. yg penting keselamatan di utamakan..

Abah sangat berpuas hati dengan penganjuran kayuhan kali ni. Di sepanjang jalan apabila rider tiba di laluan tertentu semua kenderaan berhenti di tepi jalan meraikan kami yg sedang berkayuh.. mereka menunggu dengan sabar sambil mengukir senyumsn bila melihat kami.. Syabas penduduk Melaka syabas juga pihak urusetia para mashall dan PDRM dan semua yg terlibat.

Utk standard abah laluan kali ini sederhana sukar.. dengan bukit dan lurah silih berganti.. utk standard rider ini lah laluan yg mereka suka.. bila mendaki mereka menguji kekuatan kaki bila menurun mereka menguji keberanian utk meluncur laju..

abah ? saperti biasa bukit selow menurun pun selow.. hehe.. yg penting abah dapat menghabiskan kayuhan dalam tempuh yg di tetapkan. seboleh2nya cuba tidak menolak basikal.. tolak pun penat... lebih baik kayuh perlahan menggunakan gear yg paling rendah .. biar la 4km/j pun hehe..


peminat no 1

bersama Idola hehe

beberapa minit sebelum kayuhan bermula 


sebahagian dari ribuan peserta


peserta semakin ramai tapi ramai juga yg menunggu di luar..


tak tau pulak Rd wan pun berkayuh jumpa di waterstaion .. 


sambutan baik dari peminat basikal..


ramai kan 


sorang lagi Idola sama berkayuh beberapa kali jumpa masa berkayuh tapi hanya sempat ber selfie selepas tamat kayuhan..


satu lagi


akhir nya medal ini milik abah..


alhamdulillah.. medal ke tiga tahun 2018.. medal sekadar kenang2an utk setiap kali program kayuhan

sekian...
catitan dari note5

4 comments:

meintheswim said...

Nampak meriah sungguh. Sesiapa yang tidak melibatkan diri dalam program/aktiviti sebegini, mereka miss something dalam hidup.

zino said...

Meintheswim

setuju sangat .. sama sama memeriahkan suasana

Angah said...

tahniah abah..teruskan aktiviti yang menyihatkan ini..

zino said...

tq angah akan terus berksyuh selagi terlarat..