Wednesday, October 17, 2018

AYAH SEORANG PENYELAM

Assalamualaikum..

Abah nak cerita satu kisah bersama ayah masa kecik kecik dulu.. Pada satu hari tu ayah berpakat dengan seorang abang sepupu utk satu projek. abah tak tau butir yg di bincangkan tapi yg abah ingat abah dan beberapa orang budak lagi (tak ingat siapa mungkin adik beradik abah atau sepupu lain)  mengekor ayah dan abang sepupu masuk ke Lubok Ambun. LA ni satu kawasan sungai yg pada zaman dulu menjadi tempat kami memancing.. Tempat tu dalam dan di war warkan juga katanya ada buaya.. kat sini dulu abah selalu pasang tajo.. (cerita tajo ni lain kali)

Ayah bawa senapang sama.. Ayah pesan nak ikut kena diam2 jangan cakap2... abah masa tu kecik lagi tak ingat umur berapa . yg tau mengekor je lah..

Sampai di satu lokasi di kawasan lubok Ambun tu ayah minta semua mencangkong , dan diam . abah pun ikut je lah pesanan ayah...  ayah dan abang standby sambil memerhati ke dalam lubok.. ayah standby utk terjun dan abang standby dengan senapang di tangan.. abah bedebar2 menunggu apa yg bakal berlaku seterus nya..

Semua orang tak boleh bercakap semua orang tak boleh bising. hingga bila nyamuk gigit pun kena kuis je pelahan2.. masa tu la nyamuk menguji kesabaran. Rasanya lama juga menunggu ... Tiba tiba ayah menunjuk isyarat ke arah lubok, abang terus mengangkat senapang menghala ke arah yg di tunjuk.. abah panjangkan leher nak tengok apa yg sedang di perhatikan...

Tanpa warning tanpa countdown tetiba PANG !!!! bunyi satu letupan kuat dari senapang abang.. terkejut abah.. dan sepantas kilat juga ayah terjun ke dalam air.. pesis gaya seorang atelit yg sedang buat terjunan papan anjal. serentak dengan tu kami semua bangun memerhati dan mencari kat mana ayah.. air berkocak kuat tapi kelibat ayah tidak kelihatan.. ayah terus menyelam menuju sasaran.. lamanya ayah menyelam . Bukan nya ada tong gas untuk bernafas dalam air tu lama2

Lama juga abah menunggu sebelum ayah muncul dan menjulang se ekor ikan yg besar. ikan bujuk kata ayah.. pada abah kelihatan ikan yg berwarna gelap tu besar betul.. besar dan panjang..  ooo pasal tu ke kena tembak.. ( fikir abah masa tu kot) abang membantu menaikkan ikan ke darat.. dalam hati wow terror nya ayah.. Dalam gelap gelap lubok tu ayah masih dapat mengesan kat mana ikan yg di tembak tu pegi..

lama lepas tu baru abah faham rupa2nya walaupun ikan hidup di dalam air sesekali dia akan muncul utk mengimbangi jumlah udara dalam badan utk memudahkan dia berenang dalam air.. macam teori pelampong ..

Kemudian ikan di bawa balik dan di potong2.. Dapat sekor tu pun dah cukup utk di bahagi bahagi dengan sedara mara di kampong .. lupa dah omak buat masak apa ikan bujok tu..Walaupun petistiwa ni dah lama berlaku tapi masih kekal dalam ingatan.. 

Pernah ke tengok ikan bujuk ni ..


ini lah rupa ikan bujuk tu .. ikan yg abang tembak dan ayah selam tu rasanya besar lagi dari yg ni.. 

ini gambar google.. 

Tuesday, October 16, 2018

nostagia KEM SUNGGALA

NOSTALGIA KEM SUNGGALA.

Semasa kayuhan Avillion Culture ride 2018 di Port Dickson baru2 ni (ahad lepas)  laluan kayuhan merentas satu kawasan yang sangat familier buat abah satu ketika dulu. Loop laluan melalui Kg Baru Sri Rusa dan Kem Sunggala.. Secara spontan kenangan tahun 70'an mengamit ingatan.

Abah pun berhenti di tempat yg kami adik beradik selalu datang setiap kali di adakan upacara kawat tamat latihan.. sedang abah leka mengambil gambar papan nama tu ( tepi jalan je pun ) seorang anggota tentera kelihatan berjalan ke arah abah sambil menunjukan isyarat jari tidak boleh mengambil gambar. Abah pun selamba je menyimpan hp mengeluarkan air utk minum .. dia berhenti tidak lagi berhajat utk mendekati abah. Di padang kawat abah tengok ramai tentera sedang berbaris .. sama ada latihan atau satu upacara sedang berlaku.. dan terdengar dengan lantang suara tentera yg memberi arahan... suara itu lah yg mengingatkan abah kisah 50 tahun yg lalu.

Jika abam askar itu datang menghampiri abah... abah akan ceritakan ini kepada nya...

Ayah dulu seorang tentera, mula mula bertugas dalam RAF Singapura di zaman Singapura masih sebahagian dari Malaysia. apabila Singapura terpisah dari Malaysia .. ayah menamatkan perkhidmatan di sana dan balik kampong. Agaknya nya kalau ayah kekal bekerja di sana abah dah jadi warga Singapura hehe.. lama ayah buat kerja kampong (menoreh getah dll ) utk menampong keperluan kami sekeluarga..

Bila berlaku darurat (atau sebelum) ayah mendapat tawaran memasuki askar melayu di Port Dickson. Sejak itu juga kehidupan kami adik beradik berubah.. Mak mengikut ayah ke Port Dickson kami adik beradik tinggal bersekolah di kampong bersama uwan.. ayah juga sempat bertugas di serata tempat seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.

Di Port Dickson ayah menyewa di kampong Sri Rusa.. (kampong Isa Samad. ) dan apabila setiap kali cuti sekolah kami ke sana duduk bersama mak dan ayah.. Anak2 tuan rumah yg mak sewa dulu tu jadi kawan sepermainan kami ( kadang kawan bergaduh juga)  . dan Kem Sunggala juga kawasan rondaan saya bersama abam Mat.. (anak Cik Som tuan rumah ) dan padang kawat tempat abah ambil gambar tadi juga tempat yg selalu kami ada setiap kali majlis tamat latihan.. tugas terakhir ayah ada lah sebagai jurulatih kawat di padang ini.

Jeritan perintah atau arahan ayah bergema di seluruh padang.. pelatih2 yg mendengar menjadi gerun ..  kami anak2 ayah apalagi.. kecut perut.. hehe sekali ayah jerit memanggil kami balik (ayah cukup pantang ) bila waktu magrib kami masih berkeliaran di luar.. Bila jeritan ayah bergema kami mencelinap balik senyap2 pegi mandi dan bersiap.. seminit pun tak berlengah..

ada banyak lagi peristiwa kami di sini... kaklong Sharifah Omar Otsman Omar Abd Rahim Omar ingat lagi kot ..? hehe.. busu Md Khamis mesti ingatkan hehe

mesti abam askar tu terharu dengan cerita abah ni hehe..


ini ayah abah.. masih sihat berusia lebih 86 tahun.


ini arwah Uwan.. terlalu banyak jasa Uwan dengan kami adik beradik..


ini lah rumah tempat kami di besarkan


Di belakang ni padang kawat tamat latihan.. tempat yg kami selalu datang menyaksikan askar tamat latihan 

Friday, October 12, 2018

BUKU ABAH DAN MAK POI ICELAND .. PART 1

assalamualaikum

Wah lama nya blog ni sepi tanpa berita .. jom la kita meriahkan semula dengan berita terkini lagi sensasi hehe

Bila abah melancarkan buku pertama lebih sebulan yg lalu ramai yang terkejut.. tak ada warning tak ada bayang2 (tapi ada juga abah sebut nak buat satu projek besar) tetiba meletop sebuah buku ala ala travelog dengan tajuk yg di katakan mencuit hati sesiapa yg membaca nya 

ABAH DAN MAK POI ICELAND DAN UK

ada juga yg payah nak menyebutnya terutama perkataan POI .. orang NEGORI cepat lah tangkap tapi kalau yg tak biasa jumpa perkataan tu ada yg menyebut bunyi nya jauh pegi nya dari makna asal hehe .. di situ lah bermula ke istimewaan buku ini.. Ia menjadi tanda tanya.. tapi soalan yg lebih besar ...

" betul ke abah ni boleh menulis ? ada qualiti ke? best ke cerita abah ni? ehh tak sangka engineer yg dulu bergelumang dengan besi dan konkrit ada darah seni utk menulis!!! wow !!!" 

bagitu lah pesepsi awal yang abah terima... dalam hati abah lagi lah dap dup dap dup menunggu respond pembaca.. takut juga indah kabar dari rupa.. maklum lah siapa lah abah hehe..

MACAM MANA TIMBUL IDEA MENULIS BUKU? 

abah terima banyak pertanyaan dari kawan kawan , bagaimana timbul idea utk menulis buku ni? entah... tup tup dah siap satu buku hehe.. 

Jom kita imbau sejarah sikit sebelum abah jawab soalan tu.. atau ada jawapan dalam kisah ini nanti .. Walaupun sejak sekolah dulu subjek yang abah suka matematik dan sain tapi abah juga suka menulis. Zaman abah dulu mana ada blog mana ada fb mana ada internet semua ni . yang ada kertas pen dan stem hehe.. Dulu abah ada ramai sahabat pena mungkin di situ mula nya kecenderungan untuk menulis. kita tulis dan kita pos lepas tu kita tunggu posman . seminggu dua minggu sebulan atau ada kalanya berbulan2 baru kita terima balasan . dan kita menulis lagi.. masa tu abah ada rakan di seluruh negara sehingga sabah sarawak .. 

Bila datang dunia blogging abah terus kan hobi menulis dan membaca tulisan kawan2 lain .. melompat dari satu blog ke satu blog.. ada blog yg mesti singgah kerana tertarik dengan gaya tulisan nya . ada blog yg penuh dengan ilmiah dan nasihat ada blog yg penuh kisah sedih yg boleh buat kita sama bersedih.. ada blog yg makan makan makan... hehe macam blog abah juga lah.. kita baca kita belajar dan kita menulis.. 

Bila wabak FB menyerang , masing2 mula meninggalkan blog sedikit demi sedikit sehingga ada yg lupa kat mana kunci blog di letak hehe ada segelintir yg masih menulis tapi ramai yg dah serender.. dulu masa duduk oversea teman setia nya blogging.. bila dah balik Malaysia.. tetiba dah tak ada cerita nak tulis.. dulu student banyak lah story bila dah kerja ni rutin dah jadi biasa.. hehe

Namun bagitu Abah terus menulis walaupun tidak lagi serancak dulu.. ada mood rajin ada mood tak berapa nak rajin.. bila abah melancong kemana mana mesti abah rakam di sini . Bila keluar makan tempat yg best2 kongsi kat blog.. walaupun sekarang dah tak ramai yg baca sekurang2nya untuk kenang2an di masa depan atau bacaan anak cucu satu hari nanti. 

Perjalanan abah ke ICELAND juga abah rakam di sini..  ramai yg singgah membaca . tetiba rating blog abah mencanak naik.. perasan je lebih ni dan di situ lah mula timbul idea utk membuku kan nya..

Ok kita stop dulu.. esok lusa abah sambung.. bagaimana angan2 jadi cita2 dan akhirnya jadi kenyataan. 

BERSAMBUNG