Tuesday, January 1, 2019

MASUK ASRAMA

Assalamualaikum..

Seronok baca catitan ibu bapa (ramai yg menulis ibu je) pengalaman semasa menghantar anak masuk asrama... Jelas terbayang kerisauan mereka untuk meninggalkan anak di asrama. Dapat kah dia mensyesuaikan diri.. dalam suasana baru.. kawan kawan baru.. hidup dengan peraturan .. perlu segera belajar berdikari ..  baju basuk sendiri .. segala2nya perlu urus sendiri.. tempat tidur pun kena kemas sendiri.. hehe

Lagi merisaukan ibubapa bila anak2 yang agak cerewet tentang makan berkira tentang pakaian dan memilih bila berkawan dan sebagainya.. ibubapa juga perlu bersedia menghadapi keadaan anak manja tidak ada di depan mata.. lebih lagi bila selama ini anak yang segala benda ibu bapa yg sediakan..

Tapi yakin lah budak ni akan cepat berubah mengikut keadaan di keliling mereka.. bila mereka dah mula selesa , bila mereka dah ada kawan kawan yg sesuai.. mereka akan mula seronok.. keadaan homesick akan dapat di kurangkan perlahan lahan. lama kelamaan mereka tak kisah pun   jika ibu bapa tidak datang melawat mereka.. ibu bapa tak datang ber outing dengan mereka..

Saya juga mengalami keadaan yg sama bila anak2 masuk ke asrama dulu. Mula2 along bila dapat tawaran ke Sekolah Sains Muar .. Pada peringkat awal kami berulang alik setiap minggu ke Muar.. utk memberi sokongan moral dan menghilangkan rasa homesick dia.., bawa dia outing sekitar banda Muar dan makan2 dan balik ke asrama .. lama kelamaan kami datang sebulan sekali.. Muar KL terasa semakin dekat.. dalam 2 jam kami dah sampai Ke sana.. lepas tu .. bila along perlu baru kami datang  Muar..

Bagitu juga bila angah buat matrik di Kuantan.. angah dari sekolah biasa dia sangat risau bila kami nak tinggalkan di asrama.. maklumlah firstime berpisah dengan famili.. lagi pun geng se asrama tu kebanyakan datang dari sekah asrama penuh.. pada peringkat awal Kuantan pun kami ulang setiap minggu hehe.. masa tu belum ada hiway.. jalan yg berliku macam.ular di palu.. penuh dengan lori sawit.. bila lori ada di depan alamat berderet panjang lah kereta sepanjang jalan ke Kuantan tu.. nak potong sukar sebab keadaan jalan raya masa itu.. Kemudian kami ulang setiap bulan.. sampai petugas hotel sri Malaysia masa itu sampai kenal dan tak perlu sebut nama utk check in hehe..

Yang paling beruntung alang masuk  asrama penuh yg sepelaungan je dari rumah hehe.. itu rezeki alang.. sampai ada ibu bapa dari jauh Kelantan ,Trengganu Kuantan mempertikaikan kenapa anak saya dapat belajar dekat dengan rumah .. Semasa bercerita bersama ibu bapa lain masing2 menceritalan pengalaman perjalanan jauh sampai tersesat utk mencari sekolah anak.. terpaksa bermalam di rumah sedara mara di KL.. dan bila mereka bertanya.. saya tunjuk rumah saya tu kat seberang tu je hehe..

Bertabah lah ibu bapa bertabah lah anak anak.. segala2 nya akan kembali normal bila masing masing sudah selesa dengan tempat baru.. kepada semua... SELAMAT BELAJAR DENGAN SUASANA BARU.. dan kepada ibu bapa bertabah lah.. insyaallah merela semua selamat..

SELAMAT TAHUN BARU..

1 comment:

lupekanje said...

Cerito pengalaman lamo yo...anak dah bosa2, tinggal kenangan yg kita lalui yo lah kan.