Tuesday, November 26, 2019

PERJALANAN HAJI 1440H

  
Komplek Tabung Haji KLIA 25.7.19
Assalamualaikum.. 

Alhamdulilah.. akhirnya tiba masa utk jemaah haji KT 64B dengan pakej Rayhar bertolak ke tanah suci. Kami di minta berkumpul seawal 8.30 pagi di komplek tabung haji KLIA utk perbagai urusan sebelum berlepas ke Jeddah. pada sabelah petang. Bila kami sampai ke Komplek Tabung Haji .. keadaan di sana telah mula sesak dengan jemaah dan sedara mara yg menghantar.. Tetapi keadaan nampak lebih teratur jika di bandingkan dengan keadaan di Komplek Tabung Haji di Klana Jaya setiwp kali musim haji  dulu. Ini kali kedua urusan haji beroperasi di komplek baru yg lebih moden dan lebih teratur.

Pengurusan haji yg di kelolakan tabung haji makin cekap dan pantas.. Pada peringkat awal kami di berikan pas haji ( yg perlu di kalong sepanjang masa di tanah suci) , gelang khas utk semua jemaah haji dan taq utk semua bagasi. . Gelang khas ini mempunyi kod dan maklumat tabung haji. Jika berlaku sebarang musibah semasa di tanah suci pihak berkuasa Arab Saudi dengan segera boleh mengenal pasti jemaah yg terlibat dari mana dan pihak2 yg boleh mereka hubongi.  Bukan saja jemaah Malaysia , semua jemaah dari seluruh pelusok dunia yg datang mengerjakan haji ada gelang haji masing2.. ( di wajibkan kerajaan Arab Saudi. ) 

Terima kasih juga kepada anak2 abah dan adik2 abah yg turut hadir utk mengucaplan selamat jalan kepada kami dan seluruh jemaah yg bakal berangkat sama.. Kalau dulu2 bila ada ibu bapa yg hendak mengerjakan haji orang kampong buat rombongan utk turut menghantar.. hehe Dikatakan penerbangan KT 64B di penuhi dengan jemaah Rayhar serta petugas Rayhar. Ini kali kedua abah dan mak menggunakan khidmat Rayhar... Pertama kali ke tanah suci dulu ( umrah) pun pergi bersama Rayhar. 

Sampai masa kami di minta masuk ke dalam kompleks utk urusan seterusnya , bermaana masa utk mengucap selamat tinggal dengan semua yang menghantar kami di Komplek TH.. Suasana gembira bersama sedih.. Gembira kerana kami akan memulakan perjalanan haji , sedih kerana tahun ini kali pertama mereka akan beraya haji sendiri tanpa kami bersama. 

Di dalam kompleks pihak pengurusan TH menyerahkan semula pasport dan boarding pas.. Bermaana proses check in telah di urus terlebih dahulu oleh TH.. semua ini utk keselesaan dan kemudahan semua jemaah. Selepas melalui pemeriksaan  imigration Malaysia di kompleks TH , Kami berkumpul untuk mendengar taklimat akhir.. Taklimat demi taklimat sepaya kami semua faham akan perjalanan haji ini. perut dah mula keroncong... makanan ada di jual di luar dewan.. kami memilih utk beli roti dan air je utk alas perut... Bila sampai masanya kami di bawa ke Airport menaikki bas yg telah di sewa khas yg terus masuk ke KLIA . 


Satu lagi kemudahan yg harus di puji, Kami check in ke Arab Saudi di KLIA .. Dengan kerjasama strategik dengan kerajaan Arab Saudi, pegawai imigration Arab Saudi membuat pemeriksaan imigration  di KLIA .. satu kemudahan yg sangat membantu mengurangkan kesesakan di Airport Jeddah bila berpuloh2 penerbangan haji masuk setiap hari. Bermaana kami secara teknikal nya telah berada di Arab Saudi semasa di KLIA lagi.. SYABAS TH .. 


Bekalan makanan ada di sediakan.. sementara menunggu waktu utk fly ke Jeddah kami makan dengan cukup berselera... maklumlah waktu lunch tadi makan roti je hehe.. Sempat solat jamak takhir Zohor dan Asar sebelum berlepas.. 

BERSAMBUNG... 


Sunday, November 24, 2019

Debaran mula terasa...

Assalamualaikum

Dah lama blog abah ni sepi tanpa posting2 yg mendebar kan..( ewah macam ada kisah triller je.. hehe.. ) Bila kisah kembara dua tahun lepas naik semula di wall.. bermskna dah dua tahun abah tak travel.. tapi kenyataan tu kurang tepat..

Malah tahun ni lah yg abah banyak kali travel.. hujung Januari kami ( abah mak kakak adik dan kaklong ) ke tanah suci mengerjakan umrah. Kemudian dapat rezeki berganda abah dan mak mendapat jemputan ke tanah suci sekali lagi tapi kali ini mengerjakan ibadat haji.. alhamdulilah.. dan hujung tahun ni.. ehh dua minggu je lagi kami akan travel lagi... katanya flight pun dah lebih 10 jam !!!.. bak kata kawan abah leper buntut hahaha.. 

Semua pun dah tau abah nak kemana kan... dan semua pun dah tau abah nak travel dengan siapa.. ( ketua rombongan ) cuma mungkin belum semua yg tahu siapa2 lagi yg join travel kali ni.. selain abah mak dan kakak , sampai masa kita umum atau ada sesiapa yg nak declare tu di persilakan hehe.. 

Planning ni pun dah hampir setahun.. harap semua nya berjalan lancar dan perjalanan ini di permudahkan.. sedikit hint tempat yg kami bakal lawat.. ( tak sempat nak kumpul semua lagi hehe) tengok gambar dah tau kan.. hehe 


episod 2 abah letak gambar di south Island pulak.. 

Tuesday, November 5, 2019

CADANGAN TERBUKA..

Salam

Tadi semasa berjogging di Taman Tasik Titiwangsa abah terlihat satu kawasan ni.. ( bahagian belakang) Dulu di pasang hoarding.. ingatkan ada kerja2 upgrading di buat (terutama kawasan tasik buatan tu ) tapi bila lalu tadi masih sama saperti asal.. yg hoarding dulu tu buat apa je?? 

abah ingin mengemukakan kepada pihak pengurusan berkaitan utk satu cadangan terbuka utk di majukan kawasan tersebut. 

1. kawasan yg di maksudkan telah sedia ada beberapa tasik buatan tapi kekurangan air.

2. ada satu laluan air/ sungai ? buatan yg air nya mengalir ke tasik .

3. ada beberapa empamgan buatan dan air terjun tapi tak ada air yg terjun ( akibat lekurangan air?)

4. abah bayangkan tempat ni boleh di transform menjadi macam bukit belacan , atau macam ulu yam jeram di ulu yam.

5. jeram mini buatan yg telah berjaya di bina di pusat bandar antara jalan raja laut dan jalan tunku abdul rahman dan jalan tun perak.. cantik.. macam jeram original.

6. hanya perlu kerja pembersihan dan mendalamkan tasik2 sedia ada .

7. menyusun batu2 sungai di laluan air utk kelihatan lebih natural . 

8 membina sistem pam utk dan takungan air utk mengepan air dari tasik ke tangki tadahan ( lengkap dengan sistem tapisan ) dan mengalirkan semula ke tasik buatan yg akan mengalir ke jeram buatan...akhir nya kembali semula ke tasik.

9. boleh di kawal berapa kapasiti air yg perlu di guna kan utk mendapat efek sebagai jeram.

10 membina wakaf di sepanjang jeram dan membenarkan aktiviti air utk kanak2 di bawah pengawasan ibubspa masing masing. 

11. seboleh2nya kekalkan keadaan persekitaran supaya lebih natural.. dan semula jadi. 

12. Deruan air yg mengalir di celah2 batu yg di susun di dalam jeram serta bunyi air di air terjun buatan merupakan satu terapi dan sangat mendamaikan.. 

13 selain ada kemudahan utk bermsin di tamsn permainan yg di sediakan warga kota juga boleh beriadah di tepi sungai di tengah bandar.. 

14. aktivitinberjogging akan lrbih menarik bila berlari atau berjalan di sepanjang jeram buatan tersebut..

15. kos pembinaan rasa nya tak sampai pulohan juta dan boleh di kawal.. dengan pengubahan suaian yg minima.. 

16. Di kemukakan utk pertimbangan pihak pengurusan. 

Terima kasih.