Tuesday, November 5, 2019

CADANGAN TERBUKA..

Salam

Tadi semasa berjogging di Taman Tasik Titiwangsa abah terlihat satu kawasan ni.. ( bahagian belakang) Dulu di pasang hoarding.. ingatkan ada kerja2 upgrading di buat (terutama kawasan tasik buatan tu ) tapi bila lalu tadi masih sama saperti asal.. yg hoarding dulu tu buat apa je?? 

abah ingin mengemukakan kepada pihak pengurusan berkaitan utk satu cadangan terbuka utk di majukan kawasan tersebut. 

1. kawasan yg di maksudkan telah sedia ada beberapa tasik buatan tapi kekurangan air.

2. ada satu laluan air/ sungai ? buatan yg air nya mengalir ke tasik .

3. ada beberapa empamgan buatan dan air terjun tapi tak ada air yg terjun ( akibat lekurangan air?)

4. abah bayangkan tempat ni boleh di transform menjadi macam bukit belacan , atau macam ulu yam jeram di ulu yam.

5. jeram mini buatan yg telah berjaya di bina di pusat bandar antara jalan raja laut dan jalan tunku abdul rahman dan jalan tun perak.. cantik.. macam jeram original.

6. hanya perlu kerja pembersihan dan mendalamkan tasik2 sedia ada .

7. menyusun batu2 sungai di laluan air utk kelihatan lebih natural . 

8 membina sistem pam utk dan takungan air utk mengepan air dari tasik ke tangki tadahan ( lengkap dengan sistem tapisan ) dan mengalirkan semula ke tasik buatan yg akan mengalir ke jeram buatan...akhir nya kembali semula ke tasik.

9. boleh di kawal berapa kapasiti air yg perlu di guna kan utk mendapat efek sebagai jeram.

10 membina wakaf di sepanjang jeram dan membenarkan aktiviti air utk kanak2 di bawah pengawasan ibubspa masing masing. 

11. seboleh2nya kekalkan keadaan persekitaran supaya lebih natural.. dan semula jadi. 

12. Deruan air yg mengalir di celah2 batu yg di susun di dalam jeram serta bunyi air di air terjun buatan merupakan satu terapi dan sangat mendamaikan.. 

13 selain ada kemudahan utk bermsin di tamsn permainan yg di sediakan warga kota juga boleh beriadah di tepi sungai di tengah bandar.. 

14. aktivitinberjogging akan lrbih menarik bila berlari atau berjalan di sepanjang jeram buatan tersebut..

15. kos pembinaan rasa nya tak sampai pulohan juta dan boleh di kawal.. dengan pengubahan suaian yg minima.. 

16. Di kemukakan utk pertimbangan pihak pengurusan. 

Terima kasih.
 

No comments: