Friday, April 10, 2020

Ron95 turun lagi

MURAH MURAH !!!

Harga runcit petrol Ron 97 Ron 95 dan disel turun lagi.. menjunam ke harga yg tak pernah di mimpikan sebelum ini. Malah lebih murah dari harga yg di canang berulang kali sebelum ini.. 

Tapi adalah rakyat kisah?.. ada ke rakyat melompat girang dengan penurunan mendadak ini ?? Kalau dulu setiap sen yg turun pasti di raikan.. Sekarang masing2 seolah2 tak ada masa nak menikmati penurunan harga.. bukan tidak bersyukor tapi apa kan daya.. 

Minyak murah pun tak ada kenderaan yg berebut nak isi minyak.. minyak yg di isi minggu lepas pun tak bergerak2 lagi. Petrol stesyen lengang, tak ada peluang nak jalan jauh, tiada pergerakan lintas sempadan yg di benarkan.. travel melebihi 10 km pun dah di arah u turn. hehe 

Apa yg lebih penting utk di fikirkan sekarang bagaimana utk memenuhi setiap minit yg terluang semasa berkurung di rumah.  Bagaimana utk mencari ruang dan peluang mencari pendapatan tambahan dalam keadaan sekarang. 

Satu persoalan yg masih belum terjawab ; bila semua ini akan berakhir ?

4 comments:

al-lavendari said...

Pemilik Stesyen minyak tentu tertekan sekarang ini.

Suria Amanda said...

minyak turun tapi x dpt jalan pi mana pun abah...bertabah la duduk kat rumah x pi mana2

zino said...

betul tu.. sekatang kat IS minyak dah tak ada nilai..

zino said...

isi dua minggu lepas tak luak lagi.. tak kemana pun sekaramg ni