Saturday, August 29, 2020

SKYBOX Menara KL

Assalamualaikum..

Alhamdulilah satelah sekian lama abah tak datang sini, akhirnya berkesempatan utk naik semula ke Menara Kuala Lumpur. Last berjalan2 di sini semasa kakak tadika lagi.. adik belum lahir lagi.. masa tu ada view deck je utk pelawat. 

Kebetulan pihak MenaraKL ada membuat tawaran kepada semua fronliner utk naik ke level sky deck dan skybox secara percuma dan dua pengiring hanya di kenakan bayaran 10 inggit dan ahli ke tiga dan seterusnya bayaran separuh harga.. maka nya abah dan mak jadi pengiring kepada kakak ( frontliner) . hehe.. secara teknikal nya along dan angah pun layak mendapat tawaran ni.. hehe. 

Bila sampai ke tapak menara abah tengok ramai yg sedang beratur.. memang dah agak tu yg abah siap siap bawa tongkat kerusi.. tapi beratur tak sampai 1/ 2 jam pun walaupun que nya panjang. Bila sampai.di depan abah tak nampak pun kaunter tiket cuma beberapa orang petugas dengan hp atau ipad. Kakak kata kat situ baru nak semak atau book slot naik jam berapa . rupanya mereka hadkan dalam sehari tu merapa ramai je prlawat boleh sampai ke sky deck.. Kawasan tu bukan nya besar mana.. Sky deck ni berbeza dengan viewing deck sebab ianya terbuka dan terdedah kepada keadaan cuaca. Kalau hujan kawasan ni di tutup. 

Kami dapat naik slot jam 2.30 petang.. masa tu baru jam 11.30 pagi.. Kesempatan yg ada kami gunakan utk singgah di restoren 360 utk menjamu selera dulu.. lepas tu naik solat di level 1 sebelum menunggu turn utk naik ke atas. Cuti hujung minggu ni memang ramai yg datang bawa ahli keluarga beriadah.. tambah2 lagi sekarang ni ada offer.. utk anak anak ada sebuah mini zoo di kaki menara.. sementara menunggu slot boleh la jalan2 ke situ.. atau berjalan jalan di jambatan gantung berhampiran . 

Bila tiba masa baru di benarkan masuk utk membeli tiket dan naik ke level sky deck.. di situ juga terletak skybox. apa itu skybox ? ianya satu platform yg terjulur keluar dari bangunan berlantaikan kaca dan berdindingkan kaca. Jika pandang bawah tu dia sayup2 tanah nun jauh di bawah.. view dari level ni sangat menarik.. tapi kalau hujan level ni tutup nasib baik bila sampai turn kami utk naik hujan dah berhenti. kalau tak harap selera.. hehe. 

Setiap pengunjung di beri masa 45 minit utk berada di level sky deck.. dan beberapa minit utk berada di skybox.. tapi sempat la la beraksi utk merakamkan gambar.. utk keselamatan kasut kena buka beg pun tidak di benarkan bawa ke atas skybox. kepada yg gayat berada di tempat tinggi fikir2kan lah sama anda ingin mencabar diri atau sebalik nya hehe..

Sebelum turun kami singgah di sky cafe utk menikmati latte ( tanpa gula) .. harga jangan tanya la hehe

boleh sentuh pun hehe
ini di level sky deck
view dia macam ni👍
bersama mak hajjah ..
ini lah rupa sky box..dinding lantai gelas ( yg di jamin kokoh insyaallah.)
jangan pandang bawah hehe
berada di awang2an 
frontliner ni free hehe
abah selamba je hehe
mengopi jap..
enak dia lain macam ni

mak hajjah pun nak juga 
mengopi
last sebelum turun 

Sunday, August 23, 2020

Kayuh taman je

Sejak semalam lagi dah set nak pi berkayuh di Putrajaya .. dah sebulan tak berkayuh.. dah naik lemau rasa badan ni.. ajak mak hajjah teman.. ( tapi dia tak kayuh pun ) 

Dah siap masukan basikal dalam UNSER teringat kad TOUCH & GO dalam kereta lagi satu.. masuk nak ambil kunci tengok kunci tak ada di tempat... ehh mana pulak pergi nya... mengelilau juga mencari.. mak hajjah kata mungkin dalam poket seluar... tapi tak ada juga..  abah pasti sebelum naik tidur semalam abah lock kereta dan letak di tempat kunci.. tinjau2 juga bawah tempat kasut kot2 terjatuh bawah tu..

Last last terfikir nak tengok kat tempat adik ( tempat yg mustahil kunci ada kat situ) .. belum sempat bertanya adik ( yg dah sambung tidu) elok je kunci kereta abah kat atas beg sandang dia tu... macam mana kunci ada kat atas tu masih muskil.. nanti lah tanya..

So abah pun bergerak lah ke Putrajaya ikut MEX .. sebelum susur ke Serdang tu abah perasan TEMPERATURE kereta UNSER terlampau tinggi ( di zone MERAH!!) Allahhukbar!! terkejut abah...bila abah slow down temp. turun ke normal... abah pun terus masuk susur ke serdang buat U TURN dan balik semula ke BTR.  

Mak hajjah suggest pindahkan kereta ke kereta lagi satu.. Tapi abah decide kayuh kat sini je lah.. pukul berapa nak start kayuh nak ke Putrajaya semula...

Yang penting abah dapat berkayuh. dapat beriadah.. yg penting pagi ni abah dapat minum kopi Vietnam... teringat kopi Vietnam di Vietnam beberapa tahun dulu.. 

      Stesyen MRT Taman Midah
      Sekolah Menengah AGAMA 
       Stesyen LRT Ceras..
        Surau baru... area Sri Sabah 
     Kopi Vietnam depan Sekolah          Sain Selangor
    alhamdulilah... 




Thursday, August 20, 2020

Jalan2 cari makan KEDAI HIJAU

Assalamualaikum..
Salam maal hijrah utk semua sahabat abah.. ini ada satu kisah yg berlaku sebentar tadi nak share .

Memula mak hajjah ajak makan kat Nilai.. restoren ( kat Nilai)  ni memang dah lama viral kami pun dah beberapa kali datang sini. Bila kami sampai , tu dia full house.. !!! kat dalam penuh dan yg menunggu di luar pun ramai. abah pun daftar juga nama book utk tiga orang.. lepas tu fikir punya fikir kami putuskan tak payah tunggu la kita cari tempat lain je lah.. 

Kami pun ikut jalan dalam menuju ke Seremban.. bila sampai di satu tempat ni ehhh rasanya gerai ni abah pernah singgah dulu masa kayuh dengan geng Sendayan ( SSC ) , kayuh dari Seremban2. Last last ok lah kita singgah sini je lah.. 

Banyak juga kereta yg parking sebelah gerai .. ( makna nya popular juga la) tapi tempat duduk masih ada tak perlu beratur dan book tempat macam restoren yg tadi. 

Bila masuk je tu dia !!! banyak nya lauk.. semua nampak sedap . abah survey dulu nak target yg mana satu hehe.. ikutkan hati semua nak di cedok hehe yg dalam kawah pun banyak jenis.. ehh betul2 rambang mata.. 

last last abah ambil siput sedut dengan tulang rusuk masak kari.. dan sambal tempoyak yg lain tu try lain kali lah ( kok datang lagi la) 

mmm memang sedap dan boleh rekomen gerai ni . betul2 depan masjid .. cerita banyak pun tak guna .. tengok la lauk pauk ni hehe

                  siput sedup.
              gulai tulang rusuk 
anika lauk cedok yg mana suka 
            banyak pilihan 
sambal tempoyak ni pun abah sedok hehe 
                anika ulam 
ada lagi ni tak tau nak cedok yg mana hehe
kawasan parking sebelah gerai 
 sila singgah utk menjamu selera. 


 

Friday, August 14, 2020

Program bicara ilmu ke dua

 Asalamualaikum

Selepas program bicara ilmu bersama perpustakaan UTM KL berjalan lancar dan mendapat sambutan dari warga pembaca ( termasuk kawan kawan abah) abah di lamar pula oleh sebuah lagi perpustakaan utk program yg sama.. Iaitu bicara ilmu tapi dengan syarat abah mengulas buku dari penerbitan sebuah penerbit besar . Bermaana abah kena lah baca buku dari penerbitan tersebut .. dan membuat ulasan dari buku yg abah baca.. 

Abah buat counter offer apa kata saya ulas buku yang saya tulis sendiri kan lebih mudah.. Kalau berbaloi syarikat penerbitan ni boleh je beli buku abah atau terbitkan semula buku tu hehe.. ( itu tak bincang abah je saja2 tambah) tapi abah bagi tau yg penting program tu bicara buku.. kalau buku abah mudah sikit abah nak cerita.. Akhirnya abah di maklomkan pihak penerbit bersetuju .. wow !!!!! Bermakna sekali lagi abah akan on air dan di wawancara berkenaan buku...

Jangan lupa menonton nanti ya bila tiba masa nya abah akan war warkan 



Wednesday, August 5, 2020

sembang santai alumni dan buku

Assalamualaikum

Petang ini abah akan ke library UTK Kuala Lumpur utk memenuhi jemputan mereka utk menjadi salah seorang panel bual santai atas tajuk 

alumni dan buku.

ini merupakan jemputan ulong kali abah terima satelah lebih setahum buku abah berda di pasaran ai itu

ABAH DAN MAK POI ICELAND DAN UK. 

program akan berjalan secara live melalui fb perpustakaan UTM Kluala Lumpur.. Mudah2an program ini berjalan lancar dan berjaya menaikkan rating program yg di anjurkan oleh PERPUSTAKAAN UTM .. Sebagai alumni UTM saya menyokong penuh usaha pihak Library utk menggalakkan minat membaca di kalangan alumnai khas nya dan masyarakat umum ..

jom ramai2... like page library UTM dan mengikuti semua program yg di anjurkan nya.. 

Monday, August 3, 2020

ePENJANA

Assalamualaikum..

abah dah dapat !!!! anda bila lagi ???.. abah dapat apa? dapat duit la RM50.00 dari ePENJANA  masuk akaun eWALLET ( Touch n Go ) abah . ehh nak juga !! cam mana nak buat ? ok macam ni.

1. mula2 kena ada akaun mySEJAHTERA  down load je app tu dan register maklumat diri.

2. perlu ada akaun eWALLET ini pun kena download.. ewallet ni ada mcm2 , abah pilih TOUCH N GO pastikan maklumat yg sama di masukan utk register .

3 buat claim duit ePenjana tu melalui eWallet.. dan tunggu kelulusan... 

Good luck... duit kan orang nak bagi kita ambik la..  lepas baru fikir macam mana nak guna eWALLET pulak hehe