Monday, August 16, 2021

PM letak jawatan...


Assalamualaikum... 

Malaysia bakal mendapat seorang perdana menteri yg baru.. baru 17 bulan menjadi PM hari ini 16hb Ogos 2021  Tan Sri Muhayuddin Yasin terpaksa melepaskan jawatan perdana menteri Malaysia ke 8 apabila tidak lagi mendapat sokongan majoriti dari ahli parlimen. 

Tan Sri mengambil alih pucuk pimpinan apabila berlaku perletakan jawatan PM sebelum nya Tun Mahadhir Mohamad apabila berlaku krisis keyakinan di kalangan ahli dalam PH. Desakan kepada Tun utk menyerahkan jawatan PM kepada Anwar. Tun sempat menjadi PM kali kedua selama 22 bulan.  Apabila Tun meletak jawatan dengan otomatik seluruh kabinet juga terbubar... Maka berlaku rundingan antara kawan dan musuh dan utk mengujudksn kerajaan sementara ) sehingga PRU15.. akhir nya mencapai kompromi antara beberapa komponen dan tertubuh nya Pakatan National, PN.. Gabongan antara Bersatu, BN, PAS dan komponen dari Sabah dan Sarawak. 

Dari awal gabungan ini di lihat tidak bagitu mantap, di antara ahli gabungan curiga mencurigai antara satu sama lain. cantas mencantas terus berlaku. ada di kalangan ahli yg melompat parti. Komposisi ahli kabinet pun ada yg tak puas hati. Pergolakan sentiasa berlaku terutama antara UMNO dan Bersatu. sehingga akhirnya UMNO menarik balik sokongan kepada PM .. dan PM hilang majoriti... 

Negara kita sedang bergelut dengan masaalah covid , rakyat menderita dengan masaalah ekonomi keluarga, kehilangan punca pendapatan dan sebagainya tetapi wakil rakyat nya pula tak habis habis berpolitik. Lagi menyedihkan ada di kalangan menteri yg di lantik langsung tidak berfungsi. Atau gagal melaksanakan tugas dengan baik. 

Semua nya dah jadi sejarah.. ada dua pilihan yg ada 
1. bubarkan parlimen dan adakan PRU15 dalam keadaan negara belum pulih dari kemelut covid. 

2. melantik seorang PM baru yg mendapat sokongan majoriti wakil rakyat..  Ada beberapa calon yg di sebut sebut.. tapi masih samar2 siapa yg bakal di lantik.. 

Kerajaan ini pun jika berjaya di bentuk masih bersifat sementara sehingga sampai tempuh utk PRU 15. Pakatan baru ini hanya boleh di realisasikan jika semua YB berjiwa besar dan sanggup berkompromi sesama mereka.. jika tidak mahu sejarah betulang lagi...

Siapa pun di lantik , parti mana pun yg bakal memerintah.. moga Allah melindungi kita dari mereka yg anti Islam, anti orang melayu( bumiputra) cuba menindas dan menghapus hak ke istimewaan orang melayu.. mencemarkan kesucian tempat ibadat.. dan membuat pelbagai provokasi secara terang2an utk menyakitkan orang melayu dan islam. 

No comments: