Showing posts with label dua majlis..... Show all posts
Showing posts with label dua majlis..... Show all posts

Saturday, July 11, 2009

aktiviti sabtu....

pepagi dah keluar rumah.. memula hantar fizah sekolah lepas tu terus ke PJ.. ada forum berkaitan public transport.. saja nak dengar apa yang akan di perkata oleh pakar pakar.. ada planner, ada professor, ada developer, ada akitek, ada engineer , NGO's , persatuan penduduk, OKU dan ramai lagi lah.. mengupas isu lama dan baru.. matlamat akhirnya untuk melihat berlaku perubahan kepada sistem pengangkutan awam sedia ada..

satu cabaran besar yang ada dalam sistem pengangkutan di malaysia ni ada 13 agensi yang terlibat dan berkait dengan masaalah pengangkutan.. setiap agensi mempunyai fungsi dan pendekatan yg berbeza , matlamat yg berbeza, keutamaan yg berbeza dan menteri yg berbeza hehe.. so kuasa yg berbeza juga lah jawab nya.. kita ada EPU,MOF,MOT,JPJ,LPKP,PBT,JKR,LLM,POLIS,JPM,KTM, dan beberapa lagi agensi yg mempunyai bidang kuasa tertentu yang perlu di selaraskan untuk membuat sesuatu keputusan.. ada usaha untuk memusatkan semua kuasa ini kepada satu agensi.. berkuasa utk membuat dasar, menyediakan pelan induk pengangkutan dan melaksanakan segala program yg di rancang..

kisah ke dua....

lepas forum kami menjamu selera di sebuah kedai mamak berhampiran.. penganjur tak sediakan lunch.. hehe nak jimat belanja hehe.. masa makan tu baru teringat jiran sebelah ada jemput ke majlis kesyukuran di rumah nya.. bila sampai rumah terus je ke rumah jiran.. majlis kesyukuran kerana anak dia yg aksiden motor superbike dulu (pernah zino cerita di sini) telah kembali pulih seperti sediakala.. kebetulan sorang lagi anak dia yg belajar di Russia, fatin balik bercuti.. Sofie Nur kenal ke?dan anak dia yg sulung baru saja melahirkan anak.. walau pun kami sampai agak lewat tapi majlis nampak bagitu meriah..

bila dah sampai majlis tu kena juga lah makan walaupun jamah sikit je.. dah konyang.. hongeh den.. hehe