Showing posts with label islam. Show all posts
Showing posts with label islam. Show all posts

Thursday, August 12, 2010

saudara baru

Semalam, selepas tazkirah sebelum sembahyang zohor di surau di bangunan tempat kami bekerja tu, ustaz memaklumkan ada seorang ingin memelok islam dan ustaz kata elok di sempurnakan sekarang juga dan selepas ni baru ke perkim untuk pendaftaran, kebelulan ustaz ni juga seorang petugas di perkim..

maka kami semua menyaksikan seorang sedara baru mengucap dua kalimah sahadah.. satu suasana yang sangat mengharukan.. sebelum tu ustaz memberi sedikit tazkirah ringkas kepada saudara baru ni bahawa sesungguhnya tiada paksaan untuk sesaorang memeluk agama islam..saudara baru ni tertarik dengan islam setelah di perkenalkan oleh seorang kawan yg juga merupakan saudara baru..

alhamdulilah..

Thursday, December 10, 2009

semakin melampau....

Kerajaan berhak tidak beri satu sen pun

KUALA LUMPUR 9 Dis. - Jika Perlembagaan Persekutuan difahami dengan jelas dan terang, semua pihak akan mengerti bahawa kerajaan berhak untuk tidak memberi satu sen pun bagi tujuan pembinaan rumah ibadat bukan Islam di negara ini.

Namun, sebaliknya kerajaan tetap juga memperuntukan RM9 juta untuk membantu pembinaan rumah ibadat bukan Islam dari tahun 2000 hingga 2008.

Menurut Pakar Perlembagaan, Prof. Dr. Abdul Aziz Bari, ada dua perkara dalam Perlembagaan Persekutuan yang dengan jelas memberikan tafsiran terhadap peranan kerajaan dalam pembinaan masjid dan rumah ibadat bukan Islam iaitu Perkara 12 (2) dan Perkara 3.

"Jangan cuba letakkan prinsip kesamarataan dan keadilan dan Perlembagaan Persekutuan mengikut kaedah sendiri, Perlembagaan kita adalah unik dari banyak segi," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Ahli Parlimen Taiping yang juga Timbalan Bendahari Agung DAP, Nga Kor Ming yang mempersoalkan perbelanjaan kerajaan sebanyak RM748.26 juta bagi membina 611 buah masjid dari tahun 2000 hingga 2008 tetapi gagal membina rumah ibadat agama lain untuk tempoh yang sama.

Kor Ming mendakwa kerajaan bersikap menganaktirikan rakyat bukan Islam di negara ini.

Perkara 3 (1) Perlembagaan Persekutuan menyebut; Agama Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana- mana bahagian Persekutuan.

Manakala perkara 12 (2) menyebut; Tiap-tiap kumpulan agama adalah berhak menubuhkan dan menyenggara institusi-institusi untuk pelajaran kanak-kanak dalam agama kumpulan itu sendiri, dan tidaklah boleh ada pembezaan semata-mata oleh sebab agama dalam mana-mana undang-undang berkaitan dengan institusi-institusi itu ada dalam pentadbiran mana-mana undang-undang itu; tetapi adalah sah bagi Persekutuan atau sesuatu Negeri menubuhkan atau menyenggara institusi-institusi Islam atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan sebagaimana yang diperlu bagi maksud itu.

nampaknya mereka semakin berani dan melampau membuat permintaan yg mereka tau mereka tiada hak untuk meminta ....