Showing posts with label pembedahan 1. Show all posts
Showing posts with label pembedahan 1. Show all posts

Friday, March 13, 2009

seharian di SJMC...



Jam 9.00 kami bertolak ke sjmc.. appointment jam 10.00 pagi.. sepanjang jalan hujan gerimis.. sesampai di SJMC MIL di bawa ipar di atas kerusi roda ke klinik pesakit luar sementara aku berpusing2 dua tiga kali mencari tempat parking.. akhirnya parking di sebelah kawasan perumahan.. harap2 jangan le di saman..

Selepas urusan pendaftaran, urusan x-ray dan sebagainya, MIL di bawa ke wad 311 untuk bertemu dr pakar .. sepanjang tempuh menunggu MIL menangis sambil mengadu sakit.. dan seorang lagi ipar aku sampai.. akhirnya aku bertanya petugas ada ke tempat utk MIL berbaring, mungkin dia tak selesa duduk di kerusi.. kemudian MIL di bawa di satu bilik untuk berbaring sementara menunggu giliran berjumpa Dr..

Bila tiba giliran Dr pakar datang kebilik tempat MIl berbaring.. lantas membawa satu berita.. tulang MIL yg retak telah pun patah.. dan ada keperluan utk membuat pembedahan.. Dr menceritakan risiko sama ada membuat pembedahan dan tanpa pembedahan.. dan meminta kami menimbangkan nya dan membuat keputusan.. sementara kami berbincang Dr keluar utk merawat pesakit lain dulu.. bila ipar meminta pendapat aku.. amat sukar utk aku menjawab nya.. aku biarkan mereka adik beradik membuat keputusan terbaik utk mak mereka..

akhirnye mereka membuat keputusan utk melakukan pembedahan.. tak sanggup melihat mak menderita.. sakit setiap kali berlaku pergerakan.. bila dah ada keputusan kami memanggil semula Dr memaklumkan keputusan.. sekali lagi Dr memberi penjelasan.. supaya kami bersedia dengan sebarang kemungkinan..akhirnya setelah berpuas hati Dr menghulurkan borang perakuan utk di tandatangi.. borang di tanda tangan kakak ipar aku, iaitu kakak mem.. segala yg berlaku dan keputusan yg di capai aku lapur dengan mem yg berada di rumah..

bila nak lakukan pembedahan ?? kami minta secepat mungkin.. maka urusan seterusnya MIL perlu masuk wad.. proses ini mengambil masa yg agak lama.. kerana menunggu kekosongan.. Dr memberi jaminan sekiranya segalanya berjalan lancar, esok jam 1.00 MIL akan di bedah.. sebelum tu Dr akan membuat beberapa ujian tahap kesihatan MIL sebelum membuat keputusan muktamad..jam 7.00 petang baru lah aku dapat meninggalkan SJMC setelah anak ipar datang menggantikan kami menjaga MIL di wad..

bersambung....